29 September 2012

Interview SPA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera aku ucapkan kepada para pembaca yang sudi melawat blog aku yang dah bersawang, itu pun kalau labah-labah boleh hidup dalam ni plus blog yang macam hidup segan mati tak mahu da ni.

Tak tahulah samada korang secara tak sengaja terjumpa blog ni atau pun memang dah siap-siap bookmark. Tapi aku rasa part bookmark tu macam tak je kan, ye dak? Ok, aku harap sedikit sebanyak entri kali ni dapat memberikan jawapan kepada persoalan yang sedang bermain-main di fikiran Korang.

Sudah, cukup sudah! Panjang bebenar mukadimahnya haaa.

Weh, kau buatlah satu entri pasal interview keje gomen ni weh. Supaya kau tak lupa suasana masa interview, proses dia segala macam, bla.. bla.. bla..” – permintaan dari salah sorang member aku.

Ok, sekarang aku cuba untuk memenuhi kemahuan dia.

**********

One day lepas balik dari minum pagi, kawan aku bagitahu yang dia ada dapat emel dari SPA. Rupa-rupanya panggilan temuduga. Aku pun cek jugak la inbox akaun emel aku. Kot-kot dapat ke. And yes, Alhamdulillah, I got it. Setelah habis pom pang pom pang dengan kawan-kawan lain yang dapat panggilan temuduga tu, rupa-rupanya aku lah orang pertama yang akan ditemuduga nanti pada minggu pertama dan pada hari pertama sesi tersebut. Tapi seingat aku, aku calon nombor 9. Calon nombor 1 dengan 2, kosmet aku jugak masa sama-sama amik program degree dulu.

Aku ingatkan tu saje je nak kenakan aku time April Fool

Sebelum hari kejadian, aku dengan kawan-kawan yang lain study bagai nak gila. Macam nak final exam je rupanya. Siap print nota bagai; Perintah Am, Tugas-tugas Pegawai Sains (Fizik), Undang-undang Negara apa semua la yang berkaitan. Nasib baik semua bahan bacaan boleh dapat online je. Almost nak beli buku Perintah Am yang berpuluh-puluh ringgit tu semata-mata untuk panggilan temuduga SPA ni.

Oh ye! Before that aku ada maklumkan supervisor aku masa aku buat praktikal kat tempat dia dulu. Aku dengan member aku jumpa dia sebab sebelum ni dia pernah jadik panel untuk temuduga jawatan ni. So, mintak la tips-tips bagai semua kat dia. Dia ajar cara macam mana nak tarik panel supaya minat dengan diri kita. Kira dia ajar macam mana nak promote diri la. Ini promote diri yang positif, bukan negatif, ok! And soalan paling femes, “Please introduce yourself” – in English!

Tempat praktikal masa dulu, sekarang tempat kerja

Di hari kejadian, semua-semua soalan yang telah dispot tu tak ade langsung! Panel dari SPA tu yang banyak tanya pasal latar belakang keluarga, akademik, persatuan apa semua. Yang panel dari pihak KKM (jawatan ni under KKM) banyak tanya soalan-soalan yang berkaitan dengan tugas-tugas jawatan tu. Alhamdulillah, aku boleh menggoreng sekaligus semua jawapan tu dengan lancarnya. Betul tak betul, belakang kira. Yang penting confident!

Orang cakap sebelum nak masuk gomen kene pergi exam sana exam sini, interview sana interview sini dan apa semua la. Aku pun heran jugak. Bila orang tanya, aku tak dek pergi mana-mana exam and terus dipanggil untuk temuduga, lagilah dorang yang bertanya tu bertambah pelik. Aku contact supervisor aku. Dia cakap, “maybe jawatan ni sangat kritikal kot” – see, ada word ‘kot’ pulak haaa. I don’t know laaa.

Berdasarkan statsitik calon yang dipanggil untuk temuduga jawatan ni, dari 14 000 permohonan, hanya 100 orang sahaja yang berjaya dipanggil untuk ditemuduga. Ini setelah ditapis oleh pihak SPA la kan. Then, kekosongan jawatan yang perlu diisi sebanyak 14, manakala simpanan sebanyak 10 orang.  Bertuah la kan dari beribu-ribu tu, kau di kalangan 100 orang calon yang berjaya dipanggil untuk temuduga. Nisbah kebarangkalian nak berjaya tu berapa?

Sebulan lebih berlalu, result SPA tak keluar lagi. Aku pun mulalah bermonolog dalaman dengan jiwa kacau apa semua. Berlaku perdebatan antara akal fikiran dengan hati aku. Nak sambung master ke nak kerja? Persoalan bagi orang yang dah nak putus harapan sebab tak dapat kerja. Hari tu last day permohonan master. And hari tu jugak keluar result temuduga SPA. Alhamdulillah, aku berjaya. Membazir RM20 buat bayar wang pos untuk permohonan master tu.


Setelah selesai semua urusan; akuan sumpah dengan laporan pemeriksaan perubatan, aku pun pergi la lapor diri kat HKL; tempat aku dilahirkan dan ditempatkan di Jabatan Perubatan Nuklear; tempat aku buat praktikal masa tahun akhir study dulu. Dekat pun dekat dengan rumah. Ulang alik je la. Duduk rumah dengan mak ayah lagi syok!

Sekian, terima kasih!

p/s: Joyah, aku dah penuhi permintaan kau. Mungkin rezeki kau bukan sekarang. Sampai masanya akan tiba juga :)

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

46 comments:

Anonymous said...

Salam awak...saya nak tanya....berapa lama awk tunggu nak lapor diri lepas awk dpt surat berjaya temuduga tu? and nanti dia inform kan tarikh lapor diri melalui ape ye?

nadeafu chan said...

wsalam. maaf lambat reply. waktu saya dulu, adalah dalam lebih kurang sebulan and dia inform by letter. dorang akan hantar surat kat rumah.

lerond said...

Wow tahniah2. Melapor diri tu perlu datang kat putrajaya ker?

nadeafu chan said...

@lerond: lapor diri di penempatan masing-masing seperti tertakluk dalam surat panggilan. hehe terima kasih :)

lerond said...

Thanks for the info :)

Unknown said...

nak tnye...heee..cane nak thu jawatan ni under kkm or kementrian sains? sy pon dapat pnggilan interbiu gak, utk pegawai sains(fizik kesihatan)... ke fizik mmg otomatik bwh kkm?

nadeafu chan said...

@wan suhaila: tak sure pulak. rasanya dalam surat panggilan interview dia ada bagitahu kot. rasanya kalau pegawai sains (fizik) tu memang under kkm dah. hee

Anonymous said...

salam nadeafu chan, nak tnya, berapa lama u dpt surat dr spa slps da tau kptusn tmuduga?
dan lps dpt srt dr spa, akan mnyusur srt dr jbtan/kementerian kan, berapa pula u dpt surat untuk penempatan... dan lg u ada pergi program selama seminggu mcm orentasi la....

sy pn bjaya tmuduga tuk peg. sns dan sekarang tgh tggu surat dr spa..
sy Man

nadeafu chan said...

@Anonymous: wslm. first sekali make sure tu jawatan pegawai sains (fizik) la. kalau selain dari jawatan pegawai sains (fizik), maaf, saya tak tahu.

waktu saya dulu lbh kurang sebulan surat dpt surat spa dan lbh kurang sebulan jugak dpt surat dari kementerin.

program transformasi minda (dulu orientasi) wajib pergi sbg salah satu syarat untuk pengesahan dalam perkhidmatan.

Anonymous said...

nadeafu chan..., trima ksih dgn penjelasan, sy da dpt surat dr spa sminggu slps tau kputusan dr web spa...skrg tngh tnggu surat lapor dri dr jabtn, sy dpt offer peg sns forensik under jbtn kimia....

nadeafu chan said...

@Anonymous: tahniah saya ucapkan. kalau dapat HKL, roger-roger la. kot boleh sembang kencang. all da best :)

Anonymous said...

Hai nadeafu chan, tq... post ni x hantar p mn2 hospital pn...kat jabtan kimia..x pe bleh roger2 kat blog awak ni pn boleh...

Anonymous said...

nak tanya jugak..interview tu semata ckp omputeh ke? ke masa introduce diri sendiri je ye?

Anonymous said...

As salam... Alhamdulillah, tahniah ye... Masa temuduga, fully speaking english?

nadeafu chan said...

depends pada panel. kalau dia tye in english, jwb in english je

Anonymous said...

salam.. saya simpanan lantikan utk peg sc fizik. dah 2 bln lbh jd calon simpanan.. awak ada tak apa2 info berkenaan calon simpanan. mana tau ada pengalaman kawan2 ke..hehe..tq!

Unknown said...

Salam, saya nak tanya, saya dah dapat panggilan temuduga, dan telah menghadiri temuduga, berapa lama proses keputusan temuduga.
Buat masa nie bru seminggu menunggu...

nadeafu chan said...

@Firdaus Muhamad: wslm. Bila ye temuduga tu? Saya tak pasti sebab mereka akan inform melalui emel. Kalau berjaya, surat akan menyusul kemudian.

Unknown said...

Temuduga pada 3/10/16...keputusan temuduga selalunya memakan masa berapa lama?1 bulan?

nadeafu chan said...

@Firdaus Muhamad: depends pada kekosongan.

mspurplewhite said...

Saya dapat panggilan dari spa pun belum lagi.. Mcam mana nak suruh spa panggil untuk interview ye.. Depa dok suh update je.. Hari2 buka tapi sampai skrg belum ada rezeki..

nadeafu chan said...

@mspurplewhite: hmm susah nak cakap. Sbb saya pun bukan kerja dgn spa. Maaf ye :)

Unknown said...

Salam,nak tanye, lpas result temuduga kluar, brape lame baru surat spa sampai rumah exactly?

nadeafu chan said...

@Ejol Eri: wslm. Maaf, tak pasti. Boleh try tanya SPA

Anonymous said...

berapa lama tempoh result keluar selepas temuduga?

Unknown said...

salam kak..kalau x keberatan..saya nak tau lebih lanjut tentang kerjaya ni..plis as saya 019 9538309 or email.. draimanpharma@gmail.com

Unknown said...

akak, kawan-kawan yang sama course tu dapat juga ke?

Maizatul said...

Hai.. Still nak tanya walaupon blog ni dah lama. Hehe.. Saya dpt panggilan temuduga by surat dan sudah hadiri temuduga. Mcmna kita nak tahu tarikh keputusan temuduga keluar ye? Ada yang cakap by email tapi sebelum2 ni saya dapat panggilan temuduga pon by surat sahaja.

5zal said...

Hai,sorry nak tanya ...keputusan temuduga awak sudah keluar ke dan berjaya ke?berapa lama tempoh menunggu untuk tahu keputusan temuduga tu?

Unknown said...

Assalamualaikum,sy nk ty berkenaan jwtn peg sains fizik ni berserta tugas2 dan tios temuduga..sbb sy akan temuduga 2 minggu lg

nur sabirah said...

asslamaualaikum..saya nak bertanya ttg jawatan peg sains fizik ni.saya nk mnta tips dr awak.boleh x wasap saya 0135323178

Unknown said...

Saya nk tanya permohonan dalam spa sudah diterima adakah tarikh temuduga akan diberitau dalam spa jugak ?

haleeda said...

Awak brjaya TD x?

haleeda said...

Awak berjaya TD x?

haleeda said...

hai, awak dah di lantik ke? Sb saya nk sembang pasal calon simpanan dengan awk boleh? Nk no wasap

Mfadzil said...

Awak dh dptlantikan tetap ker? Saya buka portal spa saya juga calon simpanan.iv bulan 3 ari tu

haleeda said...

Di portal semakan awak dah tukar status calon simpanan? Atau dpt emel? 0199627695 ni no wasap sy

Syahirah said...

Boleh saya tanya, biasanya calon semenanjung akn ditempatkan di semenanjung jgk ke mcm mne? Ke termasuk sabah sarawak?

haleeda said...

Awak dah iv ke? Jwtn psf?

Syahirah said...

Dah lulus iv. Sy dpt latihan kejurawatan. Awk tau x kalau calon semenanjung, penempatan tu termasuk sabah sarawak ke?

haleeda said...

Ohh sy xtau dalam ni untuk jwtn psf je..

Intan Nur A'in binti Halim said...

Hai..saya akn interview untk jwtan penolong pegawai sains kimia..blh kah awk kongsi serba sedikit soalan yg biasa ditny semasa ditemuduga penolong pegwai sains kimia?

Intan Nur A'in binti Halim said...

Hai..saya bakal interview untk penolong pegawai sains dkt jabatan kimia..ini pertama kali sy interview..jd blh x awak kongsikan pengalaman dan dan serba sedikit soalan yg ditny ketika interview..

Unknown said...

Nk tnya.. Klu lpas lulus iv tu.. Tinggal nk tunggu surat dr jabatan ke.. Then trus lapor diri . Xada prctical ka apa ke..

Unknown said...

Salam.. Time sy interview tu panel dr spa banyam tanya pasal diri saya.. Part panel jawatan.. Langsung x tanya pasal jawatan yg sy pohon.. Dia cuma ckp.. Awak bagus dpt jawab semua soalan yg kami ajukan.. Tp yg pelik dia x tanya pun😂. Apa pentanda tu

nur dalila said...

salam.. saya baru ja dapat panggilan setelah hampir setahun jadi calon simpanan... haleeda dah dpt panggilan ke?

Post a Comment