15 January 2012

Putra LRT | Naik tren guna token

Salam kepada readers semua.

Aku rasa semua orang dah tahu kot yang Putra LRT sekarang dah tak pakai kad nak naik tren. Masa kali pertama sistem ni diperkenalkan, aku pun macam blur-blur jugak lah nak beli token ni. 


Touch skrin pulak tu. Maklumlah, orang kampung dok sebelah gua..janggallah sikit. Tapi aku tak pakai token pun, aku pakai Touch n Go. Hehe.

Tapi hari tu masa aku nak balik Gombak, ntah macam mana aku boleh terlupa nak bawak Touch n Go tu. Terpaksalah aku standby duit awal-awal, letak kat kocek belakang. 

Wah! Bonus kepada penyeluk saku kalau dorang terserempak dengan aku sebab dah tahu kat mana aku selalu letak duit. Keh keh keh!

Entri kali ni, aku nak tunjuk sikit macam mana nak beli token kat stesen Putra LRT ni.


Dekat menu mesin ni, ada dua pilihan. Samada korang nak pilih "Token Sehala" atau "Analisa Kad". Analisa kad ni aku tak pasti kad apa yang dianalisakan. Sebabnya aku pun tak pernah guna. Hehe.


Nak beli token, korang kena sentuh kat bar yang warna biru tu, "Token Sehala".


Contoh la kan kalau korang nak g KLCC, sentuh kat skrin yang ada word KLCC tu untuk tumbesaran. Kalau tak nanti susah nak pilih destinasi. Nak-nak yang tangan besar kan. Kot-kot tersalah tekan ke. Hehe.


Bila dah zoom in, nanti dekat stesen yang kita nak pergi tu dia dah state harga token sekali. Kalau yang KLCC tu, harga token dia RM2.10.


Cek destinasi yang korang pilih tu betul ke tak. Then, buat bayaran. Tapi sebelum tu kena sentuh "OK" kat bar warna hijau tu. Itu pun kalau korang nak cepat. Kalau nak tunggu boleh je. No problemo!


Dah kuar skrin yang ni, jangan segan silu suap mulut dia dengan duit. Kat situ dia tunjuk gambar duit mana yang boleh dipakai dan tak boleh dipakai. Buat masa sekarang ni, duit baru tak boleh guna lagi.


Agak-agak korang ada dengar bunyik macam syiling jatuh, dah settle ar tu urusan jual-beli token. Siap ada tulis RapidKL lagi kat token tu. Kalau ada baki, jangan lupa amik pulak.


Aku pun dulu kawan aku yang ajar. Tapi masa kuar dengan dia hari tu, aku pakai Touch n Go. Malas nak keluarkan dompet. Hehe.

Lepas tu ada sorang brader ni datang kat aku masa aku dok bizi snap-snap mesin token ni.

“Dik, tolong abang boleh? Macam mana nak guna mesin ni? Abang tak reti la.” Sambil garu-garu kepala dia yang tak gatal. Aku rasa la. Haha.
“Abang nak gi mana?”
“Abang nak gi KL Sentral.”

Aku pun tunjukkan la kepakaran aku tekan-tekan mesin tu. Padahal blur jugak pasal mesin tu. Yang penting confident level kene tinggi beb! Haha.

Well, biasalah..benda baru kan. Kalau tak explore macam mana nak tahu, ye tak?

Sekian!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

10 comments:

Nissa Irna said...

kat mana ye nk buat kad touch n go??

nadeafu chan said...

sebelum sistem ni diguna pakai, kad touch n go boleh je beli kat stesen2 putra lrt ni. tapi xsemua stesen la. skng xsure ade lagi ke tak. kat kl sentral kompem ada jual :)

Muttallif said...

salam, maaf kerana lambat reply...rupa-rupanya awak ada meninggalkan komen dalam blog saya. maaf! masih perlukan jawapan?

Unknown said...

oh.. dah ketinggalan dah neh. Last balik rawang dulu memang takde lagi ni. fuh.. jakun suda

nadeafu chan said...

@ AcidFlynN WratiH: aik? Putra LRT tak dek stesen sampai Rawang.. incik acid silap kot..ke KTM? huhu

Anonymous said...

Diorang wat style singapore beli gune mesin...
Perubahan yg baik...

Unknown said...

touch n go tu kalo nk buat brpa ratus?

nadeafu chan said...

@tiqah nazar: touch n go tu murah je. Beli kad dia RM10. Kat stesen minyak pun ada. Yang beratus tu alat smartag tu. RM120 kot.

iskandarkb said...

Maseh bro.. amat mmbntu..part last tu hahah

KLTRANSIT said...

Bagus blog ni,congrats. Boleh juga dpt info sini https://shareinfobaik.blogspot.com/

Post a Comment