17 January 2012

Kem Pandang Alam | Rumah Api Tanjung Tuan


Salam semua.

Masa aku join student-student UKM ni gi kem kat Tanjung Tuan, salah satu aktiviti yang kitorang buat ialah jungle tracking sambil melihat keindahan ciptaan dan kebesaran Yang Maha Esa. Jungle tracking ni meliputi seluruh kawasan kat Tanjung Tuan tu.


Sampai kat rumai api Tanjung Tuan atau nama lain dia Cape Rachado; dalam bahasa Portugis maksud dia “batu pecah”, kitorang berhenti berehat sekejap untuk makan tengah hari dan solat Zohor berjemaah.

Kira sangat-sangat bertuah la dapat masuk tengok kat kawasan dalam rumah api tu. Sebabnya, tempat ni tak dibuka untuk orang awam atas dasar faktor-faktor keselamatan. Seni bina dia pun nampak lah jugak ada macam ciri-ciri omputeh.



ada 66 buah anak tangga. sikit je. banyak lagi anak tangga kat bt caves

Masa aku dok snap pic laut dari rumah api tu pun, aku macam ada nampak pelancong-pelancong ni kat kawasan sekeliling rumah api. Patutlah dorang tak naik kat dalam kawasan rumah api. Rupa-rupanya memang pelawat or pelancong tak boleh masuk. Huhu.






Pada tahun 1606, telah berlaku satu peperangan besar antara armada Belanda dengan armada Portugis. Untuk pengetahuan korang jugak, dari puncak rumah api ini akan kelihatan pusaran air yang ganas yang dapat meneggelamkan sekurang-kurangnya empat buah kapal perang dorang. Tapi aku tak jumpa pun pusaran tu. Huhu.

Ada orang cakap Tanjung Tuan ni terletak kat Melaka. Ada orang cakap jugak yang Tanjung Tuan ni kat Negeri Sembilan. Aku pun tak pasti kedudukan yang betul. Tapi kalau korang bukak website Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Majlis Perbandaran Port Dickson, kat dalam dua-dua website ada ni story pasal Tanjung Tuan.

Google punya google, rumah api ni merupakan salah satu tempat bersejarah. Patutlah budak-budak ni seronok bila perkhemahan buat kat sini. Dapat tengok pemandangan laut dari rumah api. Apesal la dari mula lagi aku tak sedar tempat-tempat macam ni? Sudah lah tak dek kamera nak snap sana-sini.


Tak pe, ada rezeki boleh jejak kaki kat sana lagi. InsyaAllah.

p/s: Ada jugak gambar-gambar dalam ni aku amik kat google je.

p/s lagi: Menyesal aku tak pinjam kamera sape-sape. Nak harap kan handset, memang bateri cepat kong la kan.
 

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment