08 December 2011

Siapakah Diego Rivera?

Salam dan selamat pagi semua.

Pagi yang gelap, kini sudah terang. Aku adikmu dan engkau abang. Ops! Tak payah sambung. Bukan nak nyanyi pun. Hehe.


Well, hari ni 8 Disember 2011, incik Google buat doodle untuk pelukis berbangsa Mexico yang terhebat. Nama penuh dia Diego Maria de la Concepción Juan Nepomuceno Estabislao de la Rivera y Barrientos Acosta y Rodriguez. Panjangkan? Cuba korang sebut dalam satu nafas je. aku pun tak boleh.

Frida Kahlo & Diego Rivera

Beliau lahir pada 8 Disember 1886 dia Guanajuato, Guanajuato, Mexico. Seorang komunis yang aktif dan juga suami kepada Frida Kahlo. Diego Rievera merupakan golongan bangsawan Sepanyol sebelah ayah dia and dia jugak ada kembar tapi dah meninggal masa umur dorang 2 tahun lagi.

Diego Rivera mendalami ilmu kesenian sejak berumur 10 tahun lagi di Akademi San Carlos, Mexico City. Masa dia melanjutkan pelajaran di Eropah, dia telah ditaja oleh seorang gabenor State of Veracruz, Teodoro A. Dehesa Méndez.

Selepas sampai ke Eropah pada tahun 1907, Diego Rivera mula belajar bersama Eduardo Chicharro di Madrid, Spain. Kemudian dari Spain dia ke Paris, France tinggal dan bekerja bersama sekumpulan artis yang hebat di Montparnasse serta yang paling utama di La Ruche di mana kawannya Amedeo Modigliani telah melukis potretnya pada tahun 1914.

potret yang telah dilukis oleh Amedeo Modigliani 

Diego Rivera mula melukis masa umur dia 3 tahun, setahun selepas adik kembar dia meninggal. Dia pernah kantoi dengan mak ayah dia masa dia melukis kat dinding rumah. Rather than punishing him, mak ayah dia telah membekalkan papan tulis dan kanvas kat dinding untuk kegunaan pelukis muda ni.

Pada tahun 24 November 1957 semasa dia berumur 70 tahun, dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di Mexcio City, Mexico.


p/s : sumber : dah sah-sah ada kat incik Wikipedia.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

1 comment:

farahaznil said...

hahaha...nama mcm pernah selalu dgr...tp tak kenal orgnya..hehehe

Post a Comment