01 September 2011

Korean Drama | Keghairahan dalam perubatan


Salam kepada pembaca sekalian.

Finally, habis jugak aku tengok drama Korea yang satu ni. Nak kata episod dia banyak, tak jugak. Ada la dalam 36 episod semuanya. Mungkin bagi sesetengah orang, kalau episod lebih dari 20.. dorang akan cakap jalan cerita dia panjang, bosan la, lambat nak habis la dan lain-lain lagi la tertakluk pada pandangan masing-masing.

Tapi bagi aku, as long as jalan cerita dia menarik minat sehingga membuatkan aku sanggup menontonnya berjam-jam, aku tak kisah. 

Title: Jejoongwon
Genre: Medical, Historical
Episodes: 36
Casts: Park Yong Woo, Han Hye Jin, Yeon Jung Hoon etc.

Jejoongwon. Itulah nama tajuk drama Korea nya. Cerita ni berkaitan pasal perubatan. Macam mana aku boleh tahu pasal drama ni? Ini adalah kerana aku telah menggunakan perkhidmatan pak cik Google untuk mencari semua drama Korea yang bergenre perubatan atau ‘Medical’.

Jejoongwon adalah salah satu yang tersenarai. Aku baca komen-komen yang ada kat situ, semua cakap best! Rating dia pun agak tinggi jugak. Aku pun mintak tolong kawan aku downloadkan. Sebab line internet kat rumah ni dah slow! Lagi pun rumah dia pakai unifi. Memang tak dek hal la.

**********

Drama ini mengisahkan sebuah hospital yang diberi nama Jejoongwon, iaitu hospital moden pertama di Korea yang telah ditubuhkan di era Joseon pada tahun 1885. Baek Do Yang merupakan golongan bangsawan dan telah ‘membuang’ status tersebut demi perubatan Barat. Hwang Jung merupakan seorang anak penjual daging yang sangat rendah kastanya dan telah dinaikkan statusnya untuk menjadi seorang pakar bedah yang hebat. Seok Ran pula merupakan seorang jurubahasa tetapi telah mengambil latihan perubatan untuk menjadi pakar obstetrik dan sakit puan.


Kenapa drama ni aku cakap ia sangat menarik? Sebab jalan cerita dia merangkumi kisah berkaitan perubatan, sejarah, persahabatan dan percintaan. Where you can find a drama all in one shot? Jejoongwon is the answer!

Nak tahu dengan lebih detail? Boleh klik sini!

Jalan cerita, tema, perincian, peralatan (pembedahan, pendarahan, jahitan) semuanya terbaik! Aku bagi 9/10. Sebabnya? Aku rasa ending dia macam tergantung. Memang la happy ending, tapi bagi aku habis macam tu je la.

Aku nak pengarah ni tunjukkan apa yang dah berlaku pada Hwang Jung selama 5 tahun dia kat Manchuria. Sudahlah dipisahkan dari Seok Ran. Tak boleh ke kalau Do Yang jumpa balik dengan Naoko? Macam mana keadaan Korea sepanjang 5 tahun berlalu? Apa jadik dengan Jepun? Apa jadik dengan family Seok Ran, dan apa jadik pada semua warga kerja Jejoongwon?



Tapi nak buat macam mana dah jalan cerita dia macam tu kan? Masih boleh diterima lagi. Overall, peminat korea, peminat perubatan dan macam-macam peminat lagi.. mesti tonton drama ni! Aku sangat mengesyorkannya, ok!

An insignificant doctor heals the diseases,
An average doctor heals the people,
But a great doctor heals the nation.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

Anonymous said...

layan jer drama korea ni...
hehe

p/s: ni dpt read more ni...

nadeafu chan said...

dah tgk eh? best kan citer ni ehe :D

Post a Comment