Salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani #eh?
Fuh! Last tulis entry adalah pada tahun 2018. Itu pun aku tak habis update. Banyak dalam draf je. Sebab aku tak rajin nak pilih-pilih gambar. Dulu tulis dekat blog sebab masa tu tak reti lagi pakai FB. Lepas tu upgrade ke Instagram and then Twitter. Sekarang nama dia da jadi X kan? Now semua-semua tu pun dah tak rajin. Bukak sekejap, then skrol-skrol, lepas tu tutup balik. Mungkin juga faktor usia. And this is the only post - first and last in 2025! 😂
Ok! Berbalik kepada tajuk entry ni. Semalam kawan aku ada mesej - tiba-tiba je dia tanya siapa orang dalam gambar salah satu entry blog aku ni. Aku tanya dia balik - mana dapat gambar tu? Dia tak jawab soalan aku lagi. Last few days aku ada tanya dia pasal soalan interview SPA hari tu. Aku tanya dia sebab dia intake terbaru jugak la bagi aku - tahun 2020. Dia rasa dia tak layak jawab pertanyaan aku sebab aku pernah tulis blog pasal interview SPA.
Lepas tu baru dia jawab soalan aku. Dia kata gambar tu jumpa dekat blog aku. Aku pun terkejut sebab aku da limit kan pencarian blog aku dekat enjin carian Google. Siapa jumpa, memang dia gigih. Haha! Aku pun jawab - tu gambar budak-budak intern masa kat HKL. Padahal kalau baca betul-betul entry tu, itu adalah kawan-kawan aku sebenarnya. Haha!
Hancur harapan member sorang tu nak tengok muka hingusan aku. Sebab aku tanya kawan tu, kenapa tiba-tiba cakap pasal blog aku. Sebab dia tiba-tiba jugak nak tengok gambar aku dulu-dulu 🤭
Aku lama da tak tengok blog aku. So komen-komen kat situ aku da tak reply. Tapi aku baca je la. Itu pun selepas kawan aku bagitahu. Interview aku masa tu untuk jawatan Pegawai Sains (Fizik) under KKM. So, mana-mana yang tanya pasal jawatan lain, aku tak reply. Ada jugak yang tinggalkan no telefon peribadi. Bahaya uihhh!
And ada je aku kenal orang yang komen kat post tu. Ada yang pernah kerja sama dengan aku, ada yang kerja dekat Hospital Pulau Pinang, ada yang kerja dekat Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP) KKM, lepas tu pindah pergi Institut Kanser Negara (IKN). Macam tu lah. Haha.
Yang kelakar tak boleh blah, pernah kerja sama tempat tapi sampai sekarang tak realize aku adalah orang yang tulis entry tu. So, kalau korang yang baca ni tahu siapa aku, mohon simpan sendiri-sendiri je 🤫
Swear? 🤞
Kenapa aku tanya kawan aku ni pasal soalan interview Pegawai Sains (Fizik), walaupun aku pernah tulis pasal interview tu? Sebab dah 13 tahun berlalu since entry tu ditulis. And aku dapat interview tahun 2012. So aku rasa dah tak valid da kalau ada kawan-kawan tanya soalan untuk interview jawatan ni, bila keputusan interview keluar, and yadayada. Sekarang pun dah ada ujian psikometrik (yeke nama dia?) before berjaya dipanggil interview kan?
Zaman aku dulu takdak. So minta maaf awal-awal naa. Memang aku tak boleh jawab. Aku share dekat blog sebab aku taknak lupa pengalaman tu. Walaupun dah lupa lama dah, tapi ada jugak kawan yang mengingatkan pasal blog tu.
Actually salah sorang kawan aku yang sama buat intern dekat HKL, and sama belajar degree (dalam entry ni) pernah tanya aku pasal soalan interview jawatan PSF ni beberapa hari lepas. Ni third time dia dapat panggilan interview utk jawatan yang sama. First time, sama dengan aku dulu. Second time tahun 2016 ke? Ntah la.. and third time, this year. Kot la. Aku agak je. Haha!
Since zaman dah berubah, and aku yakin pihak SPA pun da upgrade depa punya sistem and workflow or procedure whatever you called for the interview.Tapi soalan famous yang panel akan tanya - kalau awak ditempatkan di Sabah dan Sarawak, awak nak terima tak jawatan ni? Hihi. Kalau takdak soalan tu, selamat sikit. Takyah pikir jawapan da 🤗
Kepada yang berjaya dipanggil interview, good luck aku ucapkan. Semoga mendapat tempat di kerja kerajaan 🤲
P/s: Entry kali ni takdak gambar jugak, tulisan semata-mata je. Sebab tak rajin nak bubuh gambaq! 🙏
No comments:
Post a Comment