01 December 2016

Trip Autumn Korea 2016 | D7 518


19 November 2016

Lepas habis rancangan Doraemon di NTV7, saya terus bergerak ke KLIA2. Kebetulan, adik saya mahu pulang ke Banting. So dah alang-alang, sekali jalan je la. Sedih pulak 10 hari tak jumpa Iman. Huhu! Nanti balik, mesti dia tak kenal makcik dia yang sorang ni. Kawan saya dia dah sampai KLIA2 dulu. In the mean time, saya suruh dia pergi la mana-mana pun yang dia suka or pergi makan ke sementara tunggu saya sampai.

Purata kadar tukaran ₩100,000 = RM380

Kami berjumpa jam 10.30pm dekat kaunter information. Kemain satu family hantar dia. Haha! Maklumlah, first time naik kapal terbang katanya, and terus terbang jauh. Hehe! Lepas wrapping beg, kami terus ke kaunter untuk drop baggage. Berat tak sampai 15kg pun. Membazir je amik luggage. Kemudian, saya terus ke kaunter Wiyo nak amik wifi yang kami da book.

Jam 11.15pm, kami masuk ke dalam. Saja masuk awal. Sebab tak tahu jauh ke dekat gate P15 tu. Sebelum meneruskan perjalanan, saya singgah ke surau sat sebab nak solat Isya’. Ada la lepak-lepak sat dalam 20 minit macam tu.

Dah nak dekat jam 12am, kami terus menuju ke gate P15. Boleh tahan jauh jugak. Ternampak water dispenser. Terus isi air dalam foldable bottle. Masa scanning dekat security, memang dia cakap tak boleh bawak air. Tapi dia tak cakap pun tak boleh bawak botol air. Huhu!

**********
20 November 2016

Flight time pagi macam ni, ramai orang Korea, Jepun and tak lupa jugak cina. Tak tahulah cina Malaysia ke or cina China. Mata sepet sepesen je. Tapi yang pastinya, flight yang saya naik ni, ramai orang Korea and cina. Seat saya 48B. Kemain jauh ke belakang dekat ekor sana. Ada sorang ahjussi ni mintak tukar sebab nak duduk sebelah wife dia. Layankan aje la. Malas nak kepoh-kepoh. Dah tahu nak duduk sama, beli la seat siap-siap.

Flight AAX bound to Busan

Orang Korea sembang kuat. Nak tido pun tak lena. Kejap-kejap terjaga. Perut pulak dah start rasa pedih. Ntah bila la depa ni nak serve makanan. Pengumuman pun boring. Totally dalam bahasa Korea. Mentang-mentanglah flight ke Korea. English announcement cuma dari kapten je. Tu pun sembang pasal cuaca and environment. Malang dok sebelah orang Korea. Bau kurang sedap. Bau kat sini bukan bau badan ke bau peluh ke ape. Paham-paham sendiri la.

On the way nak ke KLIA2 tadi ada singgah mekdi Kota Warisan. Rembat dua bijik beger. Takut kebulur. Last-last bila terasa nak makan dalam flight, rasa macam tak sampai hati pulak. Satgi ahjussi sebelah ni dok tengok je aku makan. Ntah mana la budak ni dapat beger. Tak pasal-pasal dia g request kat pramugari nanti. Tahan je la pedih perut tu. Minum air tapi berpada-pada supaya tak cepat habis sebab perjalanan jauh lagi. Haha!

Masa dalam flight, pramugari akan edarkan  Arrival Card dengan Traveller Declaration Form. Sebab saya naik low-cost flight, maka takdaklah cara-cara nak isi form ni. Terjeling-jeling ahjussi sebelah saya ni apa yang dia tulis. And ahjussi ni pun copy dari bini dia. Ntah betul ke salah, tak taw la. Tibai je. Masa g Jepun dulu, naik ANA. So, dekat skrin depan tu ada la dia tunjuk cara-cara nak isi form tu. Hehe!


Lagi 2 jam 30 minit nak bound to Busan, baru depa start serve makanan. Saya request air dekat pramugara. Sebab nampak air mineral tu ada dekat dia. Dia cakap, partner dia tengah serve kopi tapi dalam masa yang sama dia bagi jugak air mineral. Saya tak ingat amik air apa. Sebab rasa macam ada tukar dekat manage booking dalam akaun AirAsia tu. Saya cakap nak tukar, dia cakap takpa. FOC. Rezeki. Sebab ahjussi sebelah ni, nak kopi, kene beli.

Saya tengok orang sekeliling, menu depa semua nasi. Saya amik omelette. Ahjussi sebelah saya dok pandang-pandang makanan saya and lepas tu dok tengok-tengok makanan dia pulak. Tak tahu dia sembang apa dengan bini dia. Wife dia da start makan da pun haa. Jangan dia mintak tukar dengan makanan saya dah la. Haha!

Omelette panas-panas. Cepat je habis!

Selang sebaris, seat depan sebelah kanan saya, ahjumma. Dia taknak makan. Dia pulangkan balik makanan dia. Nak je saya cakap, “Ahjumma, juseyo” sambil hulur tangan. Haha! Ahjussi sebelah saya ni pun last-last taknak makan. Dia pun pulangkan jugak makanan dia. Baik bagi saya je. Rugi betei! Haha! Yela, waktu-waktu pagi buta macam ni, sapa ja berselera nak makan? Tapi saya makan jugak la sebab perut memang dah lapar.

Alhamdulillah, safely arrived at Gimhae International Airport, Busan around 8.30am waktu Korea. Suhu masa tu kapten announce 11 0C. Masa kat KLIA2 saya dah siap-siap pakai heat tech. So, rasa macam biasa je. Tak sejuk sangat. Kami sangkut dekat imigresen lama gile. Bukan sangkut sebab ada masalah ke apa. Depa yang bermasalah. Kaunter untuk foreigner bukak berapa je. Last-last semua kaunter Korean, depa bukak bagi foreigner. Lagi pun Korean dah ada auto-gate, guna lah auto-gate. Susah apa. Haha!

Stuck dekat imigresen

Alhamdulillah. Takdak masalah dekat kastam and imigresen depa. Lepas tu kami bergilir-gilir pergi bersihkan diri. Tips kat sini -- dalam daily backpack tu, sediakan small toilettries like pencuci muka, berus gigi, ubat gigi kalau flight korang tengah malam. Dalam flight tu, kalau nak pakai baju tido je pun ok. Sampai Busan, pergi tukar. Kalau rajin la nak tukar-tukar baju. Haha!

Dah selesai semua, kami pergi topup T-Money. Saya topup ₩20,000. Around Jam 10.30am, baru kami gerak keluar dari Gimhae airport. Destinasi kami ialah Busan Station. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang sejam jugak la campur sesat ape semua. Haha! And guest house yang kami book tu jugak dekat dengan Busan Station. Plus kawan saya yang dari Ulsan juga akan tunggu saya dekat sana.



View dari Busan-Gimhae Light Rail Transit train

Nice shot!


Dari subway Line Airport, kami akan tukar dekat Sasang (Line 2, menghala Jangsan). Kemudian akan bertukar lagi di Seomyeon (Line 1, menghala Sinpyeong) dan seterusnya berhenti di Busan Station. Subway kat Korea, tak sekomplikated subway dekat Tokyo, Jepun. Bayangkan, dekat Tokyo saja ada 620 stesen. Masa kami sampai, kawan saya dah tunggu dekat situ. Kami cakap, kami nak letak beg dekat guest house dulu. So, dia pun follow kami ke sana.

Tengah - stesen yg berhenti sekarang, Sasang.
Kiri - ke Gamjeon. Kanan - ke Deokpo

Kami book dekat Busan Suk BakDot Com Guest House. Rating guest house ni agak tinggi jugak la. Apa yang korang baca review dekat internet, macam tu la rupa guest house ni. Sebijik macam dalam review. Tapi sayang, sebab kami stay sini satu malam je. Dah setel simpan beg and bawak apa yang perlu. Kemudian, kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya. Ke mana?


Tengok dari jauh belah tepi, memang tak perasan pintu dia

Tunggu sambungan entri lain.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

5 comments:

Nirah Nadhirah said...

Salam, maaf nak tanya. Arrival card & declaration form tu kena isi semua ke atau isi mana yang perlu je? Macam arrival card ada part occupation, address, no.phone, tu nak kena isi juga ke? Kalau kena, nak tulis alamat & no.phone tempat kita menginap tu ke macam mana ya? And lastly (sorry soalan panjang huhu) yg declaration form tu nak declare semua brg yg kita bawa atau tak perlu? Apa yg saya pernah baca di internet, kita perlu declare semua, betul ke?

Sorry saya 1st time travel jauh, banyak yang tak tahu hehe.

Unknown said...

ada satu kes x isi semua detail dlm arrival card tu kena balik pd hari yg sama ke malaysia....sbb x isi pekerjaan sebenar...

Unknown said...

Setahu saya kena isi semua nanti xpasal2 kena balik malaysia hari tu juga

nadeafu chan said...

ye. baiklah isi semua maklumat seperti yang diminta di dalam kad untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini - seperti dihantar pulang ke malaysia hari yang sama

Anonymous said...

hi..nak tanya sikit boleh..T Money card tu kena ada sorang satu ke..atau dlm satu group ada satu kad T Money pun boleh?

Post a Comment