07 February 2013

DG Homestay : George Town, Pulau Pinang

Salam kepada readers semua.

Entri kali ni aku nak share sikit pasal homestay yang menjadi tempat aku mandi, tidur suatu ketika dulu masa aku ada training dekat Hospital Pulau Pinang (HPP) baru-baru ni. 



Kepada pelajar atau pelatih klinikal atau mana-mana pelajar yang nak buat penempatan praktikal kat HPP tapi ada masalah transport, diharap entri ni dapat membantu korang semua. Sebabnya, homestay ni dekat je dengan HPP. Jalan kaki saja lah. 10 minit je pun! Haha!

Ok, aku bawak korang jalan-jalan dulu dalam rumah. Oh! sebelah pintu masuk ke dapur tu, ada sinki plus cermin. And dekat situ jugak ada bilik air. Aku tak tahu kenapa aku lupa nak snap gambar tu. Maafkan saya.

Bawah tangga yang sebelah kiri tu, ada bilik jugak kat situ. Maybe deluxe room kot. Ada penghawa dingin plus tandas sendiri dalam tu. Korang nampak macam ada pintu macam dalam gambar bawah ni? Bilik tu aku tak ingat ada berapa katil. Tapi ada penghawa dingin dengan TV. Tandas kena share kot. Kat depan bilik tu je.

korang akan nampak ruang ni dari pintu masuk rumah

Single room plus single bed kene share bilik air. Sebabnya? dalam bilik tu manada bilik air. Sama jugak dengan single room double bed dengan single room triple bed. Ada je bilik yang ada air-cond plus tandas dalam tu sekali. Bilik sebelah bawah kot. Bilik single tapi triple bed hanya ada air-cond sahaja and bilik air kene kongsi jugak. 

stairway to heaven? haha
ni anak tangga untuk ke bahagian atas, ruang bilik

Ruang sebelah atas ni jugak, boleh tahan panas la. Mungkin sebab jarak antara siling dengan zink dekat kot. Waktu siang memang rasa macam kena salai bahang dia. So, aku tak galakkan duduk kat bilik waktu siang. Duduk kat ruang tamu, sejuk gila! Mungkin salah satu faktor cuaca kat Penang tu sendiri yang mana bila waktu siang panas sangat, and bila waktu malam sejuk sangat.

ruang ni semua bilik; kiri, kanan, dengan depan sana
ada bilik single bed, double bed, triple bed. eh?


jalan menuju syurga makanan (dapur. tu pun kalau ada makanan). haha!


bahagian dapur




ruang tamu yang sejuk. kalau dah melepak sini, boleh sampai tertido

Ok, sekarang aku bawak korang jalan-jalan dekat sebelah luar pulak. Hehe! Dekat kawasan perumahan sini, tak banyak rumah. Kalau jalan ke depan lagi, ada masjid. So, korang akan dengar suara orang azan bila mana dah masuk waktu solat dengan terang, jelas dan nyata. Ini bagi yang beragama Islam la.

No 15D, Jalan Tramway

bahagian pintu utama
p/s: aku tak pernah bukak pun pintu ni

nak duduk santai-santai best waktu petang. angin sepoi-sepoi bahasa


ada washing machine plus ampaian; kemudahan nak basuh baju

nak cari tempat menginap,boleh contact nombor tu

Percaya tak? Depan homestay ini ada satu rumah, dia bukak kedai. Hanya untuk waktu sarapan sahaja la. Aku pernah sarapan kat situ sekali je. Tu pun masa last day. Sebabnya aku segan. Kat situ ramai abiang-abiang TNB dengan abiang-abiang RapidKL (Penang, maybe) melepak kat situ.

Homestay ni jugak bersebelahan dengan depoh TNB dan RapidKL. Sebelum nak masuk kawasan ni, korang akan nampak depoh TNB dulu, kemudian sebelah dia baru depoh RapidKL. So, kawasan ini akan sunyi sangat pada waktu malam.

Komen aku: homestay ni bagus. Lengkap semua kemudahan. Walaupun tak macam hotel (nak macam hotel duduk hotel la, ye dak?), asalkan selesa buat tempat tidur plus dekat dengan HPP (tempat training), bagi aku ok dah la tu. Rasa macam duduk rumah sendiri pun ye jugak!

p/s: Maklumat lanjut, boleh klik sini. Maaf! Aku tak tahu kenapa aku tak snap gambar bilik air dia =__="


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

3 comments:

Unknown said...

Salam sis. Ada lagi ke homestay ni? Dia boleh sewa utk long term tak cth mcm setahun. Sy pon kena praktikal kat sana jgk.. HPP tu..

JalurBiru DSelasih Homestay Putrajaya said...

salam. nak tolong jawab, ya homestay ni ada lagi. cuma x pasti bole sewa long term atau tak. sy tgh duduk sini..heheh. gambar2 kat atas tu dah berubah sikit..sebab ada pokok2 bunga dah lain/besar. peti sejuk hijau tu masih bertenggek kat situ..homestay ni byk gambar2 lama dan barang antik zaman p ramlee. sebelah masjid.

Unknown said...

Semua bilik ader econ ke..mcm xde review org sgt pn

Post a Comment