Hari tu aku ada hantar mesej ringkas kat sorang blogger ni. Glamour tak glamour jugak. Follower beratus, komen berpuluh-puluh, kira dia hebat jugak la kan. Aku tanya dia macam mana nak buat nota kaki atau dalam bahasa mat salehnya footnote. Aku pun taip kat ruangan komen tu.
“nak tanya, macam mana eh nak buat footnote yang dekat entri tu?”
Beberapa jam lepas tu aku cek balik blog dia. Kot-kot dah bagi respons ke. Sehari.. 3 hari.. seminggu.. 2 minggu.. last-last aku malas nak tunggu dah. Aku tahu blog aku tak gempak macam dia. Biasa-biasa saja. Dia tak tolong dah la.
Aku pun google-google. Tak tahu nak guna istilah apa yang sesuai pada mulanya. Aku try taip footnote di entri blog. Oh! Ada rupanya. Aku pun terjumpa blog Si Budak Kurus ni. Memang dia kurus jugak lah pada pandangan mata aku. Hehe.
Kat bawah ni step-step dia, siapa yang teringin nak buat.. ikut je la step dia, ok. Kalau tak nak, abaikan saja.
1. Klik Design > Edit HTML > tandakan pada kotak Expand Widget Templates
2. Tekan Ctrl + F > copy and paste kod <data:post.body/> dekat box finder
3. Kemudian, copy kod kat bawah ni, dan paste selepas kod kat atas
<hr/><center><b>KETUKAN PAPAN KEKUNCI BERHENTI DI SINI</b></center><hr/>
Caps Lock sentence tu boleh tukar dengan ayat korang. Kalau korang nak tengok dulu ok ke tak kedudukan footnote tu, klik je preview. Jangan save lagi.
4. Save template dan View Blog. Hasilnya seperti di bawah.
For once again, terima kasih banyak-banyak cik SBK :)
Sumber asal : blog cik SBK
No comments:
Post a Comment