27 March 2015

Trip Perhentian | Perbelanjaan atau bajet bercuti di Pulau Perhentian

Salam.

Ok. Ni entri last pasal Trip Perhentian. Entri kali ni, saya nak totalkan berapa yang saya dah spend untuk trip ni. If ada entri lain pasal trip ni sekali pun, saya akan upload gambar-gambar semasa saya bercuti je la ye. Tak rajin sebenarnya nak buat part by part ni. Tapi kalau nak buat satu entri sekaligus, saya rasa serabut pulak. 


RINGKASAN PERJALANAN

Trip saya ni asalnya 7 orang. Saya, kawan saya and lagi 5 orang tu semua adik-beradik and ipar kawan saya -- Along, Alang, Ali, Nisa and Husna. Tapi kawan saya tak dapat follow sebab dia kene pergi kursus induksi. So, tinggallah 6 orang yang setia meneruskan trip ni.


Kami menaiki kapal terbang -- AirAsia, Now Everyone Can Fly katanya tu. Tiket jam 6.30 pagi. Perjalanan lebih kurang sejam and turun dekat airport Kota Baharu. Sebab dari Kota Baharu lagi dekat sikit compare dengan kalau korang turun dekat airport Kuala Terengganu.

So, dari airport ke jeti, naik kereta and teksi. Macam mana tu? Sila baca balik entri yang sebelum-sebelum ni. Sampai di jeti Kuala Besut, kami amik bot ke Pulau Perhentian. And kami menginap di Perkampungan Nelayan.

APA YANG MENARIK DI PULAU PERHENTIAN?

Apa yang menarik? Pulau? Aktiviti air je la. Berenang, mandi-manda, aktiviti snorkeling and so on. So, aktiviti utama kami, snorkeling je la. Half day jugak la even snorkeling dekat empat tempat. Boleh tahan penat! And then, hiking ke Kincir Angin.



For last day, kami sempat la jugak pergi ke Warung Pak Mat Pulau Pisang and Pasar Besar Siti Khadijah sebelum naik flight pada waktu malamnya untuk balik semula ke KL jam 10.45 malam.

BAJET BERCUTI DI PULAU PERHENTIAN

Pekej
 
Kami amik pekej dari BahteraKembara Holidays. Ada promosi masa ni. Harga RM180 per pax. Sebab ada berlaku kesilapan teknikal, kami kena tambah lagi RM25 per pax untuk penginapan di Perkampungan Nelayan. Kerana pada asalnya, kami sepatutnya menginap di Flora Bay Resort, Perhentian Besar.

JUMLAH = RM205

Pengangkutan

·         Tiket kapal terbang - AirAsia = RM163 (RM1144 bahagi 7 orang)
·         Teksi (dari airport KB > Pasar Melor) = RM7.50 (RM45 bahagi 6 orang)
·         Teksi (jeti Kuala Besut > stesen bas KB > Warung Pak Mat, Pulau Pisang > stesen bas KB) = RM21 (RM126 bahagi 6 orang)
·         Bot ke Kincir Angin (return and tour guide) = RM30
·         Bot ke Chalet Abdul, Perhentian Besar (return) = RM15

JUMLAH = RM236.50

Perbelanjaan Harian

6 Mac 2015

·         Air 100+ = RM2.90
·         Bayaran masuk Taman Laut = RM5
·         Lunch @Warung Kita = RM11.50
·         Dinner @Ada Café = RM11

JUMLAH = RM30.40

7 Mac 2015

·         Air mineral = RM5 (RM2.50x2)
·         Sarapan @Ada Café = RM8.50
·         Lunch @Ada Café = RM10
·         BBQ @Abdul Café = RM28

JUMLAH = RM51.50

8 Mac 2015

·         Sarapan @Ada Café = 7.50
·         Keychain = RM20 (RM2x10)
·         Keropok losong = RM10
·         Karipap = RM3 (RM1x3)
·         Teh tarik madu @Warung Pak Mat = RM3
·         Ais krim kelapa = RM5
·         Tshirt I Love Kelantan = RM15
·         Coconut shake = RM2.50

JUMLAH = RM66

JUMLAH KESELURUHAN = 589.40

Saya memang dah bajet RM300 untuk spend kat sana. Atau pun, perbelanjaan harian saya di sana tak lebih dari RM300. Kalau saya tolak dengan tiket kapal terbang and duit pekej, maknanya saya dah spend sebanyak RM221.40. Jadi, still in budget la.

Keychain satu RM2 -,-

Harga asal RM18. Sebab beli banyak. Dapatlah sehelai RM15

Maybe korang boleh save sikit kalau car pool or naik bas. Sapa tahu? Apa pun, ikut keselesaan masing-masing la. Di harap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu korang. Orait! Selamat bercuti ke Pulau Perhentian yaw! Peace!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

7 comments:

afiqah zainal said...

Salam sis . camera under water sis pakai camera apa eh ?

nadeafu chan said...

@afiqah zainal: guna sjcam je :)

Shamsul said...

Perkongsian perbelanjaan bercuti yang baik. Boleh guna informasi yang diberikan utk next trip nanti

nadeafu chan said...

@Shamsul: terima kasih

AfiqAnuar said...

nak tanya, tiket flight tu one way atau pergi dan balik? tq!

nadeafu chan said...

@AfiqAnuar: ticket flight harga for return

Pakej Pulau Perhentian said...

Terima kasih atas info yang sangat berguna. Jika anda berminat untuk mendapatkan pakej cuti bajet ke Pulau Perhentian serendah RM310, layari laman web kami (www.ohtravel.my) untuk maklumat lanjut. Terima kasih!

Post a Comment