30 October 2012

Yang bongsu tu la yang mengada-ngada kan? | Part 2

0 comments


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku sambung balik cerita pasal gigi bongsu geraham aku yang mengada-ngada ni.

Hari yang dinantikan pun tiba. Dekat kad rawatan aku, dia tulis – 29/10/12; 2pm; KBM (Klinik Bedah Mulut & Maksilofasial); OS/Y – J (yang ni sumpah aku tak paham singkatan dia).

Tapi sebelum tu, akak kat kaunter tu cakap kena datang awal, kalau boleh pukul 1.30pm. Sebabnya, budak-budak pergigian start buat klinikal pukul 2pm. Kebetulan hari tu ada meeting, memang tak sempat nak lunch. Lepas solat Zohor, terus aku bergegas ke UKM-KL.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

15 October 2012

Yang bongsu tu la yang mengada-ngada kan? | Part 1

0 comments


Aku sangat konfiden untuk menyatakan bahawa akulah yang mempunyai gigi yang paling tersusun plus complete dalam family aku. Keyakinan ini terbina sejak kecik lagi sewaktu usia aku kira-kira 4 ke 5 tahun macam tu la. Itu pun atas dasar ehsan pujian emak aku.

Cuba tengok gigi dia (merujuk kepada aku), tersusun cantik je.

Itu pun juga selepas aku mengorbankan gigi taring aku yang entah celah mana tumbuh, lepas tu bertindih pulak dengan gigi lain. Kira dabel line la. Belah depan pulak tu. Sungguh tak cantik.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)