Update: Versi baru klik sini.
Entri ni khas aku buat untuk
mereka diluar sana yang nak beli Buku Fixi secara online tetapi kurang jelas
bagaimana caranya. Dah banyak kali jugak la (ada dalam 3, 4 kali kot) Buku Fixi
RT (retweet) persoalan dari peminat-peminat dorang kepada aku macam mana nak
beli Buku Fixi secara online ni.
Aku ok je, tak kesah. Tak menjadi beban pun. Malahan, aku
senang membantu. Tapi kau paham-paham sendiri je la. Dengan Twitter tu, macam
mana kau nak explain dengan lebih terperinci cara pembelian Buku Fixi secara
online dengan berbekalkan 140 aksara sahaja?