04 September 2014

Trip Melaka - Negeri Sembilan | Cowboy Town, A’Famosa Resort Malacca

3 comments

Salam.

Saya sambung lagi cerita pasal A’Famosa Resort Malacca (ARM) ni. Kali ni, kami nak pergi ke Cowboy Town (CT) atau nama lain dia Old West.

Petang hari merdeka, lebih kurang jam 5.45 petang, saya terjaga dari tidur. Saya ingatkan saya tidur setengah jam je. Rupanya almost 2 jam lebih. Perut terasa lapar. Kawan saya suggestkan kami pergi makan cendol petang tu. Tapi bila dah sampai kat situ, warung cendol tu dah tutup. Kempunan nak makan cendol dengan labu goreng.

Kawan saya suggest lagi supaya makan cucur udang kat Medan Selera Alor Gajah. Bila dah sampai, kedai tu baru lepas tutup. Dia cakap -- cucur udang dah abes la dik! Pfftt! Kempunan lagi. Last-last kami makan sate je. secucuk 60 sen. Buat alas perut supaya malam nanti tak kelaparan.

Kak, redeem kupon koboi. Untuk 2 orang ye.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

03 September 2014

Trip Melaka - Negeri Sembilan | Animal World Safari, A’Famosa Resort Malacca

2 comments
Salam.

Entri kali ni saya nak cerita pasal trip saya pada cuti merdeka, 31hb Ogos yang lepas. Memandangkan saya assumed yang KL akan sesak -- walhal sebenarnya tak pun, jadi saya decided berlibur ke tempat selain dari KL. Jadi, saya bersama seorang partner in crime ke A’Famosa Resort Malacca (ARM). First, kami pergi ke Animal World Safari (AWS) dulu.


Saya nasihatkan, better datang awal sikit sebab nak parking. Dan semestinya untuk mengelakkan kesesakan jalan. Oh ye! Bayaran untuk parking adalah sebanyak RM3 untuk sekali masuk. Kalau korang keluar-masuk 3 kali, 3 kali lah kena bayar. Lepas tu, kami parking dekat tepi-tepi jalan je. Senang nanti nak keluar kereta masa nak balik.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)