30 July 2016

Trip Bandung 2016 | Bandung Selatan - Kawah Putih

1 comments
22 Julai 2016

Jam 7am, kami dah keluar sarapan. Makanan Indo kurang rasa sikit dengan lidah saya. Jadi, saya breakfast dengan buah tembikai, roti bakar and air sejuk -- bukan ais. Before tunggu kawan saya siap untuk keluar bersarapan, sempat la jugak saya breakfast biskut lexus coklat dua bungkus. Jam 7.30am, kami akan bertolak ke Bandung Selatan. Destinasi pertama kami ialah Kawah Putih. Sebelum tunggu Rahmat sampai, sempatlah saya snap sikit beberapa gambar Mine Home Hotel ni.

Area kafe dalam hotel


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

29 July 2016

Trip Bandung 2016 | AirAsia QZ 172

0 comments
21 Julai 2016

Jam 8am saya keluar rumah. Tersangkut dalam kesesakkan lalu lintas dekat Sentul je makan masa 1 jam. Walaupun dah tahu waktu macam tu memang jalan sesak sebab orang nak pergi kerja. Tapi lepas tu highway clear da. Around 9.45am dah sampai Bangi. Terus ke APM, nak pulangkan RPL glass badge. After that, terus gerak ke Presint 8. Memang janji dengan kawan jam 10am. Tapi kawan tu lambat. Biasalah, janji melayu. Kahkahkah!

Sementara tunggu member, snap satu pic. Apa ntah nama
jambatan ni. Haha


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

26 July 2016

Trip Bandung 2016 | Total Damage

4 comments
Salam.

Selalu kalau entri pasal bajet perbelanjaan ni, saya buat last sekali. Tapi sebab baru balik dari trip plus ada kecelaruan sikit dalam urusan perbelanjaan, maka saya update ni yang first la ye. Takut nanti da kepam lama-lama, dah tak ingat details perbelanjaan. Kat sini saya totalkan berapa yang saya dah spend untuk trip ni. Jemput baca ye :)

RINGKASAN PERJALANAN

Ini trip berdua saya dengan kawan saya. Ingat lagi tak -- bajet macam ada orang baca blog ni kahkahkah! one day trip saya merentas dua negeri; Negeri Sembilan dan Melaka? Itulah partner saya untuk trip ke Bandung ni. Trip ni plan setahun lebih. AirAsia free seat promo punya pasal. Asalnya nak ke Lombok. Tapi tiket ke Lombok laku macam pisang goreng coklat cheese. Haha! Back up plan kami, ke Bandung la kita!



MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

25 July 2016

Trip Bandung 2016 | Itinerary for 5H4M

4 comments
Salam.

Baru sampai rumah siang tadi. Haha! Eksaited gile nak update entri. Entri ni saya nak share pasal aktiviti saya sepanjang trip ke Bandung. Sebab ada yang tanya -- 

"Kalau pergi Bandung tapi tak shopping, then pergi mana je?"

Apa yang menarik? Bandung ni terkenal sebagai Paris Van Java. Syurga membeli belah katanya. Sebab murah. Bak kata Rahmat -- tour guide and supir kami --

"Perbelanjaan itu suatu yang relative. Ada yang kata RM100 itu murah. Ada jugak yang cakap RM100 tu mahal. Jadi, tergantung kepada individu itu sendiri"

Bagi kaki shopping, RM3,000 cukup ke shopping kat sana? Bagi kami yang tak berapa kaki shopping ni, sekadar beli-belah untuk family tercinta, RM300 cukup da, InsyaAllah.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

12 July 2016

Jalan-jalan Johor | Johor Bahru

0 comments
13 Februari 2016

Kami sampai di Bandar Baru Uda, JB jam 7.30pm. Rumah sewa kawan saya. Kami nak tukar kereta. Since JB ni kawasan dia, biaq dia pulak bawak kami berjalan. Hehe! Kami solat Maghrib dekat-dekat je dengan kawasan food court tu then kami terus ke gerai makan dekat food court Gerai Tepian Tebrau. Ramai gila orang. Sampai ada yang berdiri tunggu nak seat. Mujur kami sampai awal sikit dari dorang. Kami makan dekat Gerai Ayong. Tauhu bakar dia memang sedap.

Menu kami malam tu simple je. Ikan siakap bakar dengan sotong kangkung. Kalau ikut perut lapar, macam-macam kami nak makan. Since itu semua hawa nafsu saja, kami pilih menu tu beserta nasi kosong sepinggan untuk sorang. Walaupun ramai orang berdiri tunggu seat, kami tak rushing pun nak makan. Orang putih cakap -- take your time. Haha! Alhamdulillah. Walaupun makan tiga orang dengan menu simple, kami kenyang.



MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

10 July 2016

Jalan-jalan Johor | Pantai di Kota Tinggi

0 comments
13 Februari 2016

Kami masih lagi berada di Kota Tinggi. Kat sini banyak homestay berbanding dengan tempat lain. Tapi bukan sebarang homestay. Homestay yang ada provide program exchange student contohnya. So, korang boleh belajar budaya-budaya yang penduduk tempatan praktikkan dalam rutin kehidupan seharian mereka. Kalau kat Selangor, belah-belah Sabak Bernam, Sungai Besar tu pun, banyak homestay jugak.

Sekitar jam 3.30pm, kami tiba di Pantai Tanjung Balau. Aim kami ke pantai, bukan nak sambung mandi laut pulak. Just nak jalan-jalan. Sight-seeing and feel the sea breeze. Tak ramai sangat orang mandi-manda. Mungkin sebab cuaca panas. Kot laa. Tapi ramai orang main laying-layang. Angin kat sini memang best. Selepas berjalan dari hujung pantai sini sampai hujung pantai sana, kami pun bergerak ke Pantai Desaru pulak.



MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

06 July 2016

Jalan-jalan Johor | Pulau Kukup

4 comments
12 Februari 2016

Sekitar waktu Zohor, kami bergerak meneruskan perjalanan ke Pulau Kukup pula. Actually, tak banyak info pasal tempat ni dekat Google. Kami ke sini pun sebab dalam buku map Visit Malaysia; Johor ada mark star -- interesting place dekat Pulau Kukup ni. Dah alang-alang dekat je dengan Tanjung Piai, kami pun decide nak ke sini.

Air naik tinggi jugak. Signboard tu tinggal separuh je


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

05 July 2016

Jalan-jalan Johor | Tanjung Piai

0 comments
12 Februari 2016

Setelah 6 jam memandu dari Port Dickson, Alhamdulillah kami sampai juga ke Tanjung Piai ini. Tanjung Piai merupakan salah satu Taman Negara Johor. Tempat ni jugak merupakan The Southernmost Tip of Mainland Asia. Before this, saya dah pernah ke Tanduk Borneo di Kudat, Sabah. Jadi, apa salahnya melengkapkan terus dengan kita ke selatan pula. Hehe!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)