06 May 2018

Trip Winter Sakura Jepun 2018 | Setia dengan ANA

6 April 2018 - Jumaat

Alhamdulillah. Selesai kemas beg dan bilik. Aku ada satu habit. Kalau nak travel jauh and lama, aku akan pastikan bilik aku kemas-sekemasnya. Jam 8am, aku keluar rumah and bertolak ke Balakong. Macam biasa, nak kena pick up partner-in-crime trip Jepun ni dekat Balakong. Lagi pun satu jalan alang-alang kan. So, why not. 


After one hour drive, sampai rumah dia. Dia cakap, masa aku mesej dah on the way tu, dia baru lepas mandi. Nasib baiklah dia dah mandi. Tinggal nak bersiap je. Sabar je la dia dengan perangai aku yang satu ni. Sebab aku cakap dengan dia, jam 9am aku gerak dari rumah and jam 10am sampai rumah dia. Tapi awal sejam pulak. 

Da separuh perjalanan, member cakap sweater dia tertinggal dekat rumah. Aku tanya sweater tu penting ke tak? Dia cakap takpe la. Then aku tanya lagi kali kedua. Dia cakap dekat dia ada winter coat je la, if takdak sweater tu. Aku terfikir, takkan last day dekat Tokyo dia nak pakai winter coat tu? Panas kot. Haha! So patah balik rumah dia.

Tak ingat sampai Putrajaya jam berapa. Park dekat Pusat Bersalin Berisiko Rendah. Sebab member duduk situ. Mintak tolong dia tengok-tengokkan pakwe aku yang sorang ni. Then dari sana ke ERL Putrajaya naik Grab. Tambang RM6. Standard price la kot. Tapi driver ni tak friendly. Aku cakap dengan member, bagi satu bintang je dekat dia.

Sampai KLIA, ingatkan boleh terus check-in luggage. Pergi kaunter ANA. Dia cakap jam 11am baru boleh check-in. Ok, kitorang pergi sarapan dekat McD macam biasa. Before that, pergi amik portal wifi yang aku dah book dekat kiosk Roaming Man. Nasib baiklah kiosk dia sebelah McD je. Around jam 11.15am, kitorang check-in baggage. After that terus bergerak ke gate, naik aerotrain. Tunggu kat dalam je.

Kiosk Roaming Man sebelah McD.

Kali ke-3 naik All Nippon Airways - ANA. Orang lain tengok, kami naik penerbangan mewah. Ini rasional kenapa aku naik ANA compare dengan AA. Sebabnya, masa aku nak beli tiket kapal terbang, harga ANA dengan harga AA lebih kurang je sama mahal. Aku bukan jenis yang beli tiket kapal terbang setahun awal, or waktu promo free seat AA or lain-lain lagi la.

So, better la aku beli ANA. Dah siap include meal and luggage. Plus premium airlines ada entertainment walaupun aku tahu banyak masa dalam flight nanti, habis dekat tidoq je. It's ok. Jadilah pengguna yang bijak. Haha! Jam 1.25pm, kedengaran pengumuman untuk boarding and 2.15pm flight take-off. Dalam flight mcm biasa, makan tidoq layan movie then tidoq balik. 
 
Flight ANA da sampai

I choose travel to forget.

Touchdown dekat Haneda International Airport jam 10.45pm JST (Japan Standard Time) - waktu Jepun. Efisyen nihonjin (orang Jepun) ni. Walaupun time tu ramai tourists beratur panjang siap berlingkar pusing-pusing but imigration and security clearance take less than 1 hour. Dok teringat masa kat Narita dulu. Weekend pulak tu. Almost 3 jam beratoq weii! After that kami cari port nak tidoq.  Dalam banyak-banyak tempat, nak jugak carik tempat yang sama macam last year. Haha. 

Snek kegemaran. Rice cracker with apple juice.

View sunset dari jendela kapal terbang.

Masa nak naik lif ke tingkat atas, ada dua orang koban (polis) approach kitorang. Dia tanya - dari mana, stay Jepun berapa lama, malam ni tido kat mana, and banyak lagi soalan dia. Korang jawab je apa yang dia tanya. Lepas tu dia tanya aku, yang aku pakai dekat kepala ni hijab ke? Aku iyekan pertanyaan dia. After berbasa-basi pasal Olimpik Tokyo 2020 semua, dia ucap terima kasih and report dekat penyelia dia. 

Sumber En. Google

Aku cerita dekat Sensei aku pasal kitorang kena soal siasat dengan koban ni. Dia tergelak je. Sebab sepanjang dia study kat Jepun, dia tak pernah pun kena soal siasat dengan koban. Haha! Ok lah tu. Tambah pengalaman sebab aku ada speaking nihongo (bahasa Jepun) sikit-sikit jugak dengan koban tu. Bolehlah prektis apa yang dah belajar dalam kelas. 

Da dapat port tidoq yang sama macam last year, aku turun ke surau sebab nak solat. Masa tengah solat tu, ada koban datang check prayer room. Dia nak make sure takdak orang tidoq dekat situ. Lepas da solat apa semua, aku pun naik atas balik, bersiap untuk tidoq dekat bangku berlapik baldu merah yang menjadi kegemaran. Jya, oyasumi nasai minna. Mata ashita. 

Sebelah kiri - ada bangku, port tidoq kegemaran kitorang.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

3 comments:

den.dyen said...

okey, tunggu sambungan cerita ni dik.. ;)

nadeafu chan said...

@den dyen: Terima kasih. Tak sangka ada orang baca blog ni :)

Anonymous said...

Anonymous31 July 2022 at 20:25
Seorang ahli politik MCA DATUK YIP KUM FOOK(叶金福) menghina Sultan Selangor kerana mengambil gelaran Datuk untuk menipu dan berbohong kepada orang Cina Malaysia dan dia seorang ahli perniagaan dan lain-lain, dia sentiasa sombong dan menipu wanita-wanita untuk kepentingan dirinya.

DATUK YIP KUM FOOK(叶金福) juga seorang peguam di Taman Desa Jaya, Kepong….dia ada kedai peguam di Taman Desa Jaya, Kepong.. terbuka untuk menipu orang ramai, kini ramai yang mengenali(tahu) dan mengesyakinya kerana di kawasan Kepong selalu ada masalah pada sebelum ini seperti tokong Hindu letak api di Taman Daya, Kepong tendang Sami-sami Buddha keluar dari KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI (三宝寺) dan lain-lain.

Kita semua harap Sultan Selangor mengambil kembali semua gelaran Datuk kerana jika YIP KUM FOOK(叶金福) diteruskan gelaran Datuk, negara kita akan runtuh dan musnah...seterusnya Taman Desa Jaya kita, Kepong akan dapat bahagia dan harmoni.

Sekarang anak dia(叶君瀚 YIP JIUN HANN) jadi pengerusi MCA Gombak, sama juga sebab ayah ajar anaknya jalan sama, dan kedua-duanya pun tak malu dan masa sekarang orang boleh hantar mesej tahu dengan cepat, anda tak boleh lari dari orang gosip

perkongsian oleh AHLI JAWATANKUASA SAMNAK SAMBODHI (三宝寺), Taman Desa Jaya, terdahulu

Post a Comment