10 May 2018

Trip Winter Sakura Jepun 2018 | Day 4 - Miyagi 1

10 April 2018 - Selasa

Aku sambung cerita Jepun untuk hari keempat. Selepas jelajah area Fukushima selama dua hari, kitorang beralih pula ke Miyagi. Hari ni seperti yang dirancang, kitorang akan spend seharian dekat Hitome senbon zakura. Terletak antara bandar Shibata dengan Ogawara. Kat sini korang boleh enjoy view sakura dari pelbagai perspektif. From river walkway, car slope, bridge and many more. Ada lebih dari 1000, beribu-ribu la senang cakap pokok sakura sepanjang 8km sungai. Macam yang aku cakap, dengan suhu yang nyaman, tak rasa penat berjalan sejauh itu.

View dari small garden at the hill

Dari Fukushima, kitorang naik shinkansen ke Sendai. Dan dari Sendai, kitorang akan naik JR local train untuk turun di Funaoka station. Before transfer to local train, aku singgah konbini sebab nak beli breakfast. As usual, onigiri dua ketul and air cocoa Van Houten. Senbon zakura bermula di Funaoka station. Betul-betul dekat pintu keluar belakang station tu. Tapi kitorang keluar dekat pintu depan sebab blur kejap tak pandai baca map yang tourism informer tu bagi. Haha! Kalau tak sure, follow je orang lain. Time musim sakura, korang akan menuju tempat yang sama. Haha!

Dari station, kitorang jalan dekat area Shibata Town menuju ke Funaoka Castle Ruin Park. Dekat sini ada bridge - Shibata Sen-ou-kyou Bridge yang akan menghubungkan korang dengan Odawara Town pula. Imejin macam ni - antara dua station, iaitu Funaoka dan Odawara jarak 8km. And sepanjang perjalanan tu ada sungai. And sepanjang sungai tu, ada pokok sakura. Haa macam tu la gambaran dia. Ok, cerita dekat Shibata Town dulu.


On the way nak ke castle, kitorang singgah jap dekat pos opis. Nak hantar poskad dekat member aku yang tercicir. And lagi satu, aku hantar dekat diri sendiri. Haha! Aku tak tahu kenapa, kali ni aku malas nak tulis alamat pengirim. Tapi dalam masa yang sama, aku berdoa poskad ni sampai jugak ke alamat penerima. Sebab tanpa alamat pengirim, poskad dianggap tidak lengkap. And sampai sekarang, poskad aku tak sampai even da sebulan lebih balik dari trip. Tapi mujur yang send ke kawan punya sampai ke tangan dia. Aku syak poskad aku tak sampai, sebab tu la.

Dah nak sampai area castle tu, kitorang sempat kutip bunga sakura yang gugur. Sebab kelopak dia penuh, ada 5 petals. Then, amik and simpan dalam buku nota. Kalau pergi travel, aku memang bawak buku nota. Eh! Tapi so far aku pergi Jepun je. Belum sampai tempat lain lagi. Haha! Jadi, banyaklah jugak hasil bunga sakura yang kitorang dapat. Perjalanan diteruskan. Sebab aku malas nak mendaki di jalan yang rata yang berlingkar macam ular, aku naik tangga. Short cut terus sampai ke atas. Haha! Jam 10am kitorang sampai castle ruin.


Dekat area castle ni ada slope car. Untuk ke puncak, boleh hiking atau naik slope car ni. Sebab nak merasa naik slope car, kitorang decide beratur beli tiket. Time ni orang ramai dah beratur. Jam 10.15am kitorang dapat beli tiket. Harga dia ¥500 pergi-balik. Lepas beratur lebih kurang 15minit, slope car pun sampai. Ada satu je car ni. So, memang kena tunggu sikit la. Sebab tu naik awal-awal. Nanti ramai orang, lagi lama menunggu. Perjalanan dari bawah ke atas lebih kurang 10 minit.


Dekat puncak, ada satu patung buddha besaq gila. Dekat area situ ada gerai and tempat makan, so tourist boleh lepak santai-santai dekat situ. Boleh tahan ramai orang kat sini. Kat situ jugak ada depa buat show. Apa ea nama game tu? Dia macam yoyo tapi yang ni besaq and made from wood. Kitorang lepak dekat ada satu bangku dekat kawasan lapang ni. Nak kata garden, macam tak. Tapi view dari sini memang ohsem la. Dah puas bergambar, 11.45am kitorang naik slope car untuk turun ke bawah.



View slope car dari bawah

Jam 12pm. Perjalanan di teruskan untuk ke Odawara Town. Masa kitorang tengah berjalan, aku ternampak ada sorang nihonjin ni dia berdiri dekat hujung pagar garden ni, sambil pegang sorang obaasan (nenek). Tapi obaasan tu macam lemah longlai da aku tengok. Aku cakap dengan member aku - Eh! Ang tengok tu ada orang nak collapse la. Oh by the way. Aku ada mention ke? Member aku ni pegawai perubatan - doktor. Kitorang cepat-cepat berlari ke arah dorang. 

Aku tanya - daijoubudesuka? Dia cakap - daijoubudesu. Member aku periksa nadi obaasan tu.Dia cakap, nadi dia memang lemah gila. Memang kena bawak pergi hospital. Member aku pun tak boleh nak buat apa selain dari check nadi. Takdak first-aid kit pun. Tak lama tu, orang ramai kerumun. Ada la netizen yang volunteer tolong angkat (ke dukung?) obaasan ke pondok berhampiran. Kitorang hantar dengan pandangan mata saja dan berlalu pergi.

Ada satu platform untuk tengok pemandangan Zao-san (Mt. Zao) dekat area bridge. Sebelum lalu bridge tu, kitorang lepak jap layan view Zao-san. Tiba-tiba ada sorang fotografer professional ni approach kitorang. Dia boleh berbahasa Inggeris. Sebab tu dia berani approach foreigner. Dia tanya - kitorang dari mana, student ke, buat apa dekat Sendai. Sebab Sendai pernah dilanda tsunami teruk tahun 2011. Maka, tak ramai tourist especially dari asia - kecuali China datang ke sini.

View Zao-san dari platform dekat bridge

And dia tak sangka ada tourist dari Malaysia nak pergi ke tempat ni. Sebab dia selalu jumpa student je, mostly from Indonesia. Dia cerita sikit sejarah yang berlaku masa 2011 tu.  Lepas tu dia mintak izin nak tangkap gambar kitorang berdua. Dia nak kitorang berdua menghadap Zao-san, acah-acah layan view tu la and sambil tangan tunjuk ke arah sana. Masa kitorang tengah ‘berlakon’ tu, tiba-tiba ramai pulak orang datang. Malu! Haha!Lepas da berbasa-basi dengan fotografer tu, kitorang minta diri dulu.

Bila Winter bertemu Sakura

On the way nak ke bridge. Terjumpa satu budak comel berjalan berpimpin tangan dengan mak dia. Aku tegur - konnichiwa. Budak tu buat tak dengar. Tapi mak dia dengar. And mak dia stop jap. And suruh anak dia balas balik - konnichiwa. Kawai desune (comelnya). Onamae wa nandesuka? (siapa nama). Budak tu malu-malu. Aku tak ingat nama dia sebab panjang sangat. Haha! Lepas kitorang shake hand, mereka pun berlalu pergi sambil budak tu melambai-lambai ke arah aku.


Dekat bridge, aku jumpa lagi sorang budak. Tadi perempuan. Ni lelaki pulak. aku tegur macam biasa. Tanya nama and umur. Nama panjang tak ingat. Tapi panggil Ken-chan. Umur 3 tahun. Lepas tu mak dia interview aku. Dialog macam biasa. Sebut dengan confident sampailah sebutan aku sedap di telinga nihonjin. Sebab tu dorang cakap nihongo aku fasih. Haha! Ini tips dari sensei. And time ni la aku terdengar bunyik kyuukyuusha (ambulans). Maybe ambulans da sampai untuk bawak obaasan tadi ke hospital.

Ken-Chan :)


Jam 12.45pm, kitorang menjejakkan kaki di Ogawara Town selepas merentasi bridge. dekat situ, ada a few stalls. Bolehlah buat alas perut. Member aku nak makan oyster grill, then kitorang pergi ke stall yang dia nak tu. Ramai jugak orang dalam tu. Harga ¥500, dalam dia ada 3 or 2 ketoi depends saiz. Ok la kot harga tu. Sebab first time baru nak cuba. Lepas da bayar, depa kasi nombor. Beratur dan tunggu nombor giliran dipanggil. Kat situ ada disediakan kicap and pati lemon. So, kitorang makan dengan pati lemon sebab meragui kandungan kicap dia.

Sikit lagi nak sampai Ogawara Town

Oyster House is full house!

Osyter grill tu kan, serius rasa dia.. Pehhhh! Juicy and lembut gile kot. Walaupun tu kali pertama aku makan oyster sepanjang tumbesaran. Macam makan puding. Memang tak rasa nak kena kunyah ke apa. Masuk mulut terus rasa macam tiba-tiba dah hilang. Member memang tak boleh move on la dengan oyster tu. Dok sebut-sebut pengalaman dia makan oyster Jepun. Aku pun tak pernah nampak dia puji makanan sampai macam tu sekali. Haha!


Around 1pm, kitorang teruskan dengan berjalan di sepanjang sungai tu. Trip Jepun kali ni, nama dia ada kaitan dengan hitome senbon zakura ni. Kenapa? Jawapan dia dekat last sekali. Haha! Ada dalam dua jam jugak la kitorang menikmati perjalanan sepanjang sungai Shiorishi ni sebelum sampai ke station. Then kitorang naik train dari Ogawara nak ke Shiroishi.



Kiri ke Ogawara, kanan ke Shibata


Dekat sini ada sakura ilumination

Jam 3.25pm. Kitorang sampai Shioroshi Town. Plan nak lunch dekat sini. Tapi kan, bandar ni sunyi jugak. Tak ramai orang. Dekat station pun boleh kira berapa orang manusia ada kat situ. Masa keluar station, ada pakcik nihonjin berbasikal tegur kitorang. Dia cakap - hello, nice to meet you, thank you. Lepas tu dia terus kayuh basikal dia. Tak sempat aku nak reply. Cuma dibalas dengan senyuman je. Tersenyum aku dengan gelagat pakcik tu.

Kitorang terus berjalan ke restoran Ajimi-Dokoro Hikarian. Restoran vegetarian. Plan nak lunch dekat situ. Lepas tu ada sorang pakcik nihonjin lain yang jalan sama arah dengan kitorang tegur - doko e ikimasuka? (nak p mana). Aku cakap la - hirugohan o tabetaidesu (nak p lunch). Dia tengok jam, angguk-angguk kepala. Tak logik gak sebenarnya da nak jam 4pm baru nak lunch. Haha! Lepas da berbasa-basi, kami berpisah di simpang jalan.

Aku rasa macam tak sedap hati sebab town ni macam takdak orang. Betul ke kedai tu ada dekat sini? Aku cek balik itinerary aku and pamphlet yang aku jumpa masa buat research pasal Sendai. Cis! Business hour kedai tu dari jam 11am sampai 2.30pm je. Maybe sebab penduduk tak ramai, business hour pun sekejap je kot. Aku terus divert route ke Shiroishi Castle lepas aku tengok dekat apps google map, ada castle dekat area tu dalam walking distance. 

SHI.RO.I.SHI.SHI

Shiroishi Castle

Da sampai castle, orang tak ramai pun. Tapi ada sekumpulan gakusei berhanami dekat kawasan lapang depan castle. Maybe meraikan dorang dah graduasi. Masa nak tangkap gambar member aku, ada sorang nihonjin ni approach kitorang, offer nak tolong tangkapkan gambar kitorang. Maybe sebab dia nampak kitorang bersusah-payah selfie gambaq berdua kot tadi. Haha! Lepas tangkap-tangkap gambar, kitorang beransur pergi. Sebab nak kejar train jam 5pm. Train dekat sini sekali je dalam sejam. Haha!

Jom balik!

Dah sampai Sendai station, lebih kurang jam 6pm, kitorang pergi dinner terus dekat satu restoran ni. Nama dia T’s Tantan. Ni restoran vegetarian. So takdak cop halal especially JAKIM. JAKIM tak sempat follow aku pergi Jepun. Kalau korang was-was, takyah makan kat sini. Lepas dinner, singgah jap kedai Zunda Saryo. Nak rasa smoothie dia. Zunda ni makanan signature Sendai la kot. Dia kacang soya campur kacang edamame. Not bad rasa dia bagi aku. Tapi kawan aku tak suka. Haha! Yes, sedap itu subjektif.

Dinner :D

Kacang soya + kacang edamame

Jam 7pm, kitorang naik shinkansen nak balik ke Fukushima. Alhamdulillah jam 8.30pm selamat sampai ke hotel in a one solid piece. Haha! Done hari keempat di Jepun. Ada 10 hari, bermakna 10 entri lagi kena siapkan. Doakan agar dipermudahkan urusan untuk mencoret kenangan di sini walaupun aku tahu takdak sapa pun baca blog ni. Its ok, aku menulis sebab taknak lupa momen-momen macam ni.

So, berbalik kepada nama trip ni. Kenapa aku namakan dia Trip Winter Sakura Jepun 2018? Sebab sepanjang sungai Shiroishi, korang akan nampak view snow - winter dekat top of Zao-san and view sakura yang ohsem jugak sekaligus dekat sini. Sekian!

Trip Winter-Sakura Jepun 2018


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

10 comments:

Anonymous said...

SMM PANEL
Smm panel
İş ilanları
instagram takipçi satın al
hırdavatçı burada
www.beyazesyateknikservisi.com.tr
servis
tiktok jeton hilesi

Anonymous said...

kartal bosch klima servisi
ümraniye bosch klima servisi
kartal arçelik klima servisi
ümraniye arçelik klima servisi
beykoz samsung klima servisi
üsküdar samsung klima servisi
çekmeköy beko klima servisi
ataşehir beko klima servisi
maltepe lg klima servisi

lee said...

Anonymous31 July 2022 at 20:25
Seorang ahli politik MCA DATUK YIP KUM FOOK(叶金福) menghina Sultan Selangor kerana mengambil gelaran Datuk untuk menipu dan berbohong kepada orang Cina Malaysia dan dia seorang ahli perniagaan dan lain-lain, dia sentiasa sombong dan menipu wanita-wanita untuk kepentingan dirinya.

DATUK YIP KUM FOOK(叶金福) juga seorang peguam di Taman Desa Jaya, Kepong….dia ada kedai peguam di Taman Desa Jaya, Kepong.. terbuka untuk menipu orang ramai, kini ramai yang mengenali(tahu) dan mengesyakinya kerana di kawasan Kepong selalu ada masalah pada sebelum ini seperti tokong Hindu letak api di Taman Daya, Kepong tendang Sami-sami Buddha keluar dari KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI (三宝寺) dan lain-lain.

Kita semua harap Sultan Selangor mengambil kembali semua gelaran Datuk kerana jika YIP KUM FOOK(叶金福) diteruskan gelaran Datuk, negara kita akan runtuh dan musnah...seterusnya Taman Desa Jaya kita, Kepong akan dapat bahagia dan harmoni.

Sekarang anak dia(叶君瀚 YIP JIUN HANN) jadi pengerusi MCA Gombak, sama juga sebab ayah ajar anaknya jalan sama, dan kedua-duanya pun tak malu dan masa sekarang orang boleh hantar mesej tahu dengan cepat, anda tak boleh lari dari orang gosip

perkongsian oleh AHLI JAWATANKUASA SAMNAK SAMBODHI (三宝寺), Taman Desa Jaya, terdahulu

vbet said...

Good content. You write beautiful things.
mrbahis
mrbahis
hacklink
taksi
hacklink
vbet
sportsbet
sportsbet
korsan taksi

alper said...

salt likit
salt likit
heets
canlı sex hattı
https://girisadresi.info/
Rİ275U

yasin said...

fatih
fethiye
gaziemir
gaziosmanpaşa
gebze
2Sİ5NV

Ahmet said...

salt likit
salt likit
İ75ALN

mahmut said...

kasmalı oyunlar
resimli magnet
silivri çatı ustası
çerkezköy çatı ustası
referans kimliği nedir

XQO

SHCO said...

Nicely done article and interesting information. Thanks for your hard work on such a topic.
legal firm in kuala lumpur

bulkbuy chocolate said...

Absolutely mesmerizing! Exploring Fukushima and now Miyagi has been an incredible journey filled with breathtaking sights like the Hitome Senbon Zakura. With over 1000 sakura trees lining an 8km stretch along the river, the beauty knows no bounds. Proud to witness nature's splendor firsthand. 🌸 #BulkBuyWholesale #TravelDiaries
Please keep me update @
https://bulkbuywholesale.com/

Post a Comment