10 May 2018

Trip Winter Sakura Jepun 2018 | Day 4 - Miyagi 1

12 comments
10 April 2018 - Selasa

Aku sambung cerita Jepun untuk hari keempat. Selepas jelajah area Fukushima selama dua hari, kitorang beralih pula ke Miyagi. Hari ni seperti yang dirancang, kitorang akan spend seharian dekat Hitome senbon zakura. Terletak antara bandar Shibata dengan Ogawara. Kat sini korang boleh enjoy view sakura dari pelbagai perspektif. From river walkway, car slope, bridge and many more. Ada lebih dari 1000, beribu-ribu la senang cakap pokok sakura sepanjang 8km sungai. Macam yang aku cakap, dengan suhu yang nyaman, tak rasa penat berjalan sejauh itu.

View dari small garden at the hill

Dari Fukushima, kitorang naik shinkansen ke Sendai. Dan dari Sendai, kitorang akan naik JR local train untuk turun di Funaoka station. Before transfer to local train, aku singgah konbini sebab nak beli breakfast. As usual, onigiri dua ketul and air cocoa Van Houten. Senbon zakura bermula di Funaoka station. Betul-betul dekat pintu keluar belakang station tu. Tapi kitorang keluar dekat pintu depan sebab blur kejap tak pandai baca map yang tourism informer tu bagi. Haha! Kalau tak sure, follow je orang lain. Time musim sakura, korang akan menuju tempat yang sama. Haha!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

09 May 2018

Trip Winter Sakura Jepun 2018 | Day 3 - Fukushima 2

16 comments
9 April 2018 - Isnin

Ohaiyou gozaimasu! (Selamat pagi). Hari kedua di Fukushima. Hari ni nak ke Tsuruga-jo Castle. Castle ni terletak dekat area Aizu-Wakamatsu. Jam 6.33am, kitorang naik shinkansen ke Koriyama station dan dari Koriyama station, akan naik JR local train ke Aizu-Wakamatsu. Plan dalam itinerary macam tu la. Sepanjang perjalanan ke sana, pemandangan sungguh mempesonakan dengan gunung-ganang yang masih bersalji lagi di puncaknya. Memang jelas kelihatan dari dalam train yang aku naik ni. Tapi tak banyak pemandangan bunga sakura. 

On the way ke Aizu-Wakamatsu

Kalau ikut map, kami ke arah timur Fukushima. Dan semakin ke arah timur Fukushima, sakura lambat berbunga. Time ni la plan kitorang berubah. Sampai di Aizu-Wakamatsu, kitorang teruskan perjalanan ke Kitakata. Walaupun aku tahu, Kitakata tu lagi ke arah timur, dan sah-sah sakura masih belum berputik pun. Tapi memandangkan waktu tu baru jam 8am dan kebanyakan bas beroperasi jam 9am, sebab tu lah aku decide nak teruskan juga ke Kitakata. 


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

08 May 2018

Trip Winter Sakura Jepun 2018 | Day 2 - Fukushima 1

3 comments
8 April 2018 - Ahad

Kyou, watashi no otanjoubidesu 
(Hari ni birthday saya)

Otanjoubi omedetou gozaimasu 
(Happy birthday)

Hari ni kitorang akan ke Tohoku region. First is Fukushima. Dah siap-siap semua, jam 5.45am kitorang check-out dari hostel. Nasib baik senang je nak check-out. Just drop je access card dalam box yang owner dah sediakan dekat kaunter. Easy! Dari Asakusa, naik Tokyo subway ke Ueno. Dari Ueno, akan naik shinkansen (bullet train) nak ke Fukushima. Kitorang guna JR East Pass Tohoku area yang dah diaktifkan semalam. 

Waiting for shinkansen at Ueno station

Yamabiko 201 bound to Fukushima

Jam 8.21am sampai Fukushima station. Lepas tu simpan luggage dalam locker. Kat sini kitorang buat silap. Sepatutnya boleh je pergi hotel store luggage dekat situ. Hotel tu memang betul-betul depan station. Da rugi ¥700. Haha! Sebab kunun taknak terlambat nak ke Hanamiyama Park. So that tak drag masa la. Kunun je. Jam 9.30am macam tu kot kitorang baru gerak ke Hanamiyama Park bersama nihonjin yang lain. Time ni, aku belum nampak lagi foreigner lain.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)