Jam 7am, kami dah keluar
sarapan. Makanan Indo kurang rasa sikit dengan lidah saya. Jadi, saya breakfast
dengan buah tembikai, roti bakar and air sejuk -- bukan ais. Before tunggu kawan saya siap untuk keluar bersarapan,
sempat la jugak saya breakfast biskut lexus coklat dua bungkus. Jam 7.30am,
kami akan bertolak ke Bandung Selatan. Destinasi pertama kami ialah Kawah
Putih. Sebelum tunggu Rahmat sampai, sempatlah saya snap sikit beberapa gambar
Mine Home Hotel ni.
30 July 2016
Trip Bandung 2016 | Bandung Selatan - Kawah Putih
22 Julai 2016
29 July 2016
Trip Bandung 2016 | AirAsia QZ 172
21 Julai 2016
Jam 8am saya keluar rumah.
Tersangkut dalam kesesakkan lalu lintas dekat Sentul je makan masa 1 jam.
Walaupun dah tahu waktu macam tu memang jalan sesak sebab orang nak pergi
kerja. Tapi lepas tu highway clear da. Around 9.45am dah sampai Bangi. Terus ke
APM, nak pulangkan RPL glass badge. After that, terus gerak ke Presint 8.
Memang janji dengan kawan jam 10am. Tapi kawan tu lambat. Biasalah, janji
melayu. Kahkahkah!
26 July 2016
Trip Bandung 2016 | Total Damage
Salam.
Selalu kalau entri pasal bajet
perbelanjaan ni, saya buat last sekali. Tapi sebab baru balik dari trip plus
ada kecelaruan sikit dalam urusan perbelanjaan, maka saya update ni yang first
la ye. Takut nanti da kepam lama-lama, dah tak ingat details perbelanjaan. Kat
sini saya totalkan berapa yang saya dah spend untuk trip ni. Jemput baca ye :)
RINGKASAN PERJALANAN
Ini trip berdua saya dengan
kawan saya. Ingat lagi tak -- bajet macam
ada orang baca blog ni kahkahkah! one day trip saya merentas dua negeri;
Negeri Sembilan dan Melaka? Itulah partner saya untuk trip ke Bandung ni. Trip
ni plan setahun lebih. AirAsia free seat promo punya pasal. Asalnya nak ke
Lombok. Tapi tiket ke Lombok laku macam pisang goreng coklat cheese. Haha! Back
up plan kami, ke Bandung la kita!
25 July 2016
Trip Bandung 2016 | Itinerary for 5H4M
Salam.
Baru sampai rumah siang tadi. Haha! Eksaited gile nak update entri. Entri ni saya nak share pasal aktiviti saya sepanjang trip ke Bandung. Sebab ada yang tanya --
"Kalau pergi Bandung tapi tak shopping, then pergi mana je?"
Apa yang menarik? Bandung ni terkenal sebagai Paris Van Java. Syurga membeli belah katanya. Sebab murah. Bak kata
Rahmat -- tour guide and supir kami --
"Perbelanjaan itu suatu yang relative. Ada yang kata RM100 itu murah. Ada jugak
yang cakap RM100 tu mahal. Jadi, tergantung kepada individu itu sendiri"
Bagi
kaki shopping, RM3,000 cukup ke shopping kat sana? Bagi kami yang tak berapa
kaki shopping ni, sekadar beli-belah untuk family tercinta, RM300 cukup da,
InsyaAllah.
12 July 2016
Jalan-jalan Johor | Johor Bahru
13 Februari 2016
Kami sampai di Bandar Baru
Uda, JB jam 7.30pm. Rumah sewa kawan saya. Kami nak tukar kereta. Since JB ni
kawasan dia, biaq dia pulak bawak kami berjalan. Hehe! Kami solat Maghrib
dekat-dekat je dengan kawasan food court tu then kami terus ke gerai makan dekat
food court Gerai Tepian Tebrau. Ramai gila orang. Sampai ada yang berdiri
tunggu nak seat. Mujur kami sampai awal sikit dari dorang. Kami makan dekat
Gerai Ayong. Tauhu bakar dia memang sedap.
Menu kami malam tu simple je. Ikan
siakap bakar dengan sotong kangkung. Kalau ikut perut lapar, macam-macam kami
nak makan. Since itu semua hawa nafsu saja, kami pilih menu tu beserta nasi
kosong sepinggan untuk sorang. Walaupun ramai orang berdiri tunggu seat, kami
tak rushing pun nak makan. Orang putih cakap -- take your time. Haha! Alhamdulillah. Walaupun makan tiga orang
dengan menu simple, kami kenyang.
10 July 2016
Jalan-jalan Johor | Pantai di Kota Tinggi
13 Februari 2016
Kami masih lagi berada di Kota Tinggi. Kat sini banyak homestay berbanding dengan tempat lain. Tapi bukan sebarang homestay. Homestay yang ada provide program exchange student contohnya. So, korang boleh belajar budaya-budaya yang penduduk tempatan praktikkan dalam rutin kehidupan seharian mereka. Kalau kat Selangor, belah-belah Sabak Bernam, Sungai Besar tu pun, banyak homestay jugak.
Kami masih lagi berada di Kota Tinggi. Kat sini banyak homestay berbanding dengan tempat lain. Tapi bukan sebarang homestay. Homestay yang ada provide program exchange student contohnya. So, korang boleh belajar budaya-budaya yang penduduk tempatan praktikkan dalam rutin kehidupan seharian mereka. Kalau kat Selangor, belah-belah Sabak Bernam, Sungai Besar tu pun, banyak homestay jugak.
Sekitar jam 3.30pm, kami tiba
di Pantai Tanjung Balau. Aim kami ke pantai, bukan nak sambung mandi laut
pulak. Just nak jalan-jalan. Sight-seeing and feel the sea breeze. Tak ramai
sangat orang mandi-manda. Mungkin sebab cuaca panas. Kot laa. Tapi ramai orang
main laying-layang. Angin kat sini memang best. Selepas berjalan dari hujung
pantai sini sampai hujung pantai sana, kami pun bergerak ke Pantai Desaru
pulak.
06 July 2016
Jalan-jalan Johor | Pulau Kukup
12 Februari 2016
Sekitar waktu Zohor, kami
bergerak meneruskan perjalanan ke Pulau Kukup pula. Actually, tak banyak info
pasal tempat ni dekat Google. Kami ke sini pun sebab dalam buku map Visit
Malaysia; Johor ada mark star -- interesting
place dekat Pulau Kukup ni. Dah alang-alang dekat je dengan Tanjung Piai,
kami pun decide nak ke sini.
05 July 2016
Jalan-jalan Johor | Tanjung Piai
12 Februari 2016
Setelah 6 jam memandu dari
Port Dickson, Alhamdulillah kami sampai juga ke Tanjung Piai ini. Tanjung Piai
merupakan salah satu Taman Negara Johor. Tempat ni jugak merupakan The
Southernmost Tip of Mainland Asia. Before this, saya dah pernah ke Tanduk Borneo di Kudat, Sabah. Jadi, apa salahnya
melengkapkan terus dengan kita ke selatan pula. Hehe!