19 April 2017

Trip Sakura Kansai-Chugoku 2017 | Total Damage

0 comments

19 April 2017

Salam.

Pehh! Lama gila tak update pasal travel. Ni la masalah kalau travel lama-lama. Makin banyak hari dekat sana, makin banyak la kena menaip. Haha! Trip Korea pun tak habis update lagi. Hari tu 10 hari. Trip kali ni 14 hari. Ntah bila nak siap. Huhu! Semoga diberi kekuatan untuk terus menaip.

**********
Aku sampai rumah pagi tadi. Around jam 11.30am macam tu. Ok la lepas dah tidoq beberapa jam. Segar sikit rasa. Macam biasa, aku akan update dulu pasal perbelanjaan atau total damage sepanjang trip ke Osaka, Jepun ni. Sebab apa? Sebab orang suka tanya, “berapa kau habis sepanjang trip?”. Haha!

Buku merah lama lagi nak expired ;p

So, supaya aku tak lupa, aku update pasal ni dulu. Then, bila aku tengok apa yang aku dah belanjakan, secara automatik, aku akan ingat apa yang dah jadi masa hari kejadian tu. Details trip, kemudian la ye.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)