Salam. Lama gila tak tulis entri. Hari ni, mood baik. Rasa nak menulis.
Baru-baru ni, jabatan saya ada
menganjurkan satu contest, iaitu Pertandingan Mencipta Logo dan Moto 5S. kenapa
5S? Sebab HOD dah decide nak laksanakan Amalan 5S dalam jabatan. Korang
tahu tak Amalan 5S tu ape? Mesti tahu kan? Takpa. Saya briefing sikit.
Amalan 5S merupakan satu
kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan
persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat.
Amalan 5S bermatlamat
mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan
amalan 5S dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan
memudahkan proses kerja.
5S merupakan
istilah asal dalam Bahasa Jepun, iaitu;