13 July 2013

"Mimi, jom kita balik" - Nana

Hari Selasa hari tu, waktu malam, dua orang anak buah saya -- Nana dan adiknya, Mimi ikut mak ayah saya pulang ke rumah -- Batu Caves. Mereka berdua memang selalu ke sini. Sekurang-kurangnya, ada juga orang untuk di sakat, anak buah sendiri. Haha.

Suatu ketika, malam Jumaat.

"Atok, Nana nak balik. Nana nak balik tok", kata Nana. Dah standby dengan beg baju dia. Saya tengok ayah saya. Dia diam je. 

"Atok, Nana nak balik Cheras. Jomlah Atok", rengeknya berkali-kali. Atok diam lagi. 

"Mimi, jom kita balik", sambil memegang tangan adiknya menuju ke pintu rumah memandangkan ayah saya masih belum lagi bagi feedback di atas permintaannya. Jam waktu tu dah pukul 11 lebih.

Tergelak besar kami sekeluarga melihat telatah dua beradik ni. Mimi, yang tak tahu apa-apa, macam orang terpinga-pinga, ikut sahaja ke mana Nana pergi.

Malam tu jugak ayah saya hantar mereka berdua balik ke Cheras. Tak sampai hati, kalah dengan rayuan anak kecil. 

Budak-budak kecik ni comel kan? Kadang-kadang je la. Selamat berpuasa!

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment