04 July 2013

Iqbal Jones Precious

Ini cerita empat tahun lepas. Tahun 2009, mungkin.

Masa tu dalam kuliah Statistik Gunaan dekat Dewan Anwar Mahmud atau nama glemer dia DAM, di FST. Hari ni kuliah special sikit. Lecturer hanya mengajar separuh masa je. Lagi separuh masa yang ada digunakan khas untuk budak-budak yang tak dapat hadir exam bagi subjek ni di hari kejadian sebab alasan yang tidak dapat dielakkan. Exam ni wajib bagi lecturer, semestinya jugak wajib untuk student. Maka mana-mana budak yang tak amik exam lagi, kene amik jugak pada hari tu by hook or by crook.

Selepas pengumuman dibuat mengenai exam khas ni, maka ‘budak-budak khas’ tu pun bergerak memenuhkan seat depan dewan kuliah untuk menjawab exam. Mereka kene duduk di hadapan dewan kuliah opkos la supaya mereka tak meniru di belakang. Dan depan saya, ialah salah seorang budak kosmet saya. Dengar kata, dia tak dapat amik exam masa hari kejadian sebab dia busy dgn kelab teater dia. Kalau tak silap saya, masa tu dia tengah berlatih untuk teater sempena Maulidur Rasul. Apa ntah tajuk dia. Arahan Erma Fatimah.

Time dorang jawab exam, kami yang lain hanya duduk saja di tempat masing-masing. Takkan lecturer nak mengajar pulak ye dak? Maka, masing-masing diam membisu. Sebab saya tak ada kerja time tu, saya pun duduk termenung. Jauh mengelamun tanpa saya sendiri sedar.

Saya tak tahu mcm mana tiba-tiba mata saya terarah pada belakang kepala kosmet saya ni. Opkos la belakang kepala kan sebab dah nama pun dia duduk membelakangkan saya. Lama saya tengok. Rupa-rupanya ada benjolan kecil di kepala dia. 

"Eh, mamat ni perasan ke tak kepala dia ada benjol? Kanser ke?" Saya cakap dalam hati je la.

Masuk semester ketiga, saya mendapat berita bahawa dia telah dimasukkan ke hospital UKM, Cheras. Masa tu saya memang tak ada transport sendiri. Fully duduk asrama kan. Pergi mana-mana, jalan kaki saja. Kosmet saya yang lain yang ada kereta, ajak saya pergi ziarah dia dekat hospital. Saya pun menggunakan peluang yang ada untuk join sama.

Sampai di sana, keadaan dia kurang cergas seperti biasa. Hilang selera makan, sakit kepala and semua-semua la. Saya sempat berborak dengan dia sekejap sebelum kami beransur pulang.

"Macam mana hang boleh dapat kanser ni beb?" Soalan kurang bijak saya kira. Sebab saya masih kekok nak berbual dengan dia. Sama kos, tapi jarang bertegur sapa. Sekadai Hai!, Hai! je. Macam tu lah jadinya.
"Aku pun tak perasan ada benjol kat kepala aku ni", sambil memegang kepalanya.
"Habis kalau hang sikat rambut, tak kena ke benjol tu? Tak sakit?"
"Tak rasa sakit pun masa mula-mula ada benjol tu. Tengok-tengok je dah besar"

"Oh. Patutlah aku nampak kepala kau ada benjol masa kau duduk jawab exam hari tu". Dalam hati je la saya berkata-kata. 

Tiba-tiba saya rasa serba salah dengan kecabulan monolog saya suatu ketika dulu. Saya bukan mendoakan dia dapat kanser ke apa. Cuma, perkara tu memang terdetik dalam hati saya.

Menurut cerita dia, ada satu hari tu dia rasa sakit gila-gila kat bahagian kepala dia. Then dia pergi hospital Seremban, Hospital Tunku Jaafar sebab dia orang Negeri Sembilan. Then doktor sana cakap, why not refer dekat HUKM saja memandangkan dia student UKM. Sekurang-kurangnya tak dek la family dia kene tanggung semua kos perubatan. Dia pun dipindahkan dari HTJ ke HUKM.

Pembedahan nak buang tumor kat otak dia tu berjalan dengan lancar sekali. Kesan dari pembedahan tu, dia terpaksa bercuti selama satu sem. Maka, kesimpulan awal yang saya boleh buat, dia takkan bergraduasi bersama-sama kami, kosmet yang sama batch dengan dia. Nak buat macam mana kan? Dia pun tak minta jadi macam tu. Tapi semua yang berlaku ada hikmahnya.

Rambut baru :')

Sepanjang semester empat, beliau bercuti. Masuk semester kelima, dia kembali semula ke kuliah seperti biasa. Semester kelimda dan keenam merupakan tahun terakhir kami di pengajian tersebut. Maka, masing-masing sibuk bertungkus lumus menyiapkan projek tahun akhir or tesis or apa saja yang korang semua panggil, sebagai salah satu syarat untuk konvo pada tahun yang sama. Dan dihujung-hujung semester tu juga, kesihatan dia kurang memberangsangkan. Selalu tak boleh hadir ke kelas sebab sakit kepala dia datang menyerang tanpa diundang.

Dah ready nak pergi amik sampel kajian
di Kuala Krai, Kelantan

Bz mengasingkan sampel kajian dengan member kosmet
Ni masa semester lima.
  
Masing-masing bawak haluan sendiri selepas bergraduasi. Masuk bulan Januari 2012, saya bekerja sementara sebagai Pembantu Penyelidik di FST. Mana-mana kawan yang sambung master tu, berjumpalah selalu dengan mereka.

Satu hari tu saya terserempak dengan dia. 

"Hai!" dengan kekoknya saya menyapa dia. Dia juga kelihatan kekok. Mungkin sebab dia tak sangka yang saya akan tegur dia.

Kau dah sihat ke?” Saya tanya dalam hati je. Agak janggal.

Dia pun nampak mcm sibuk nak setelkan hal tesis dia yang tergendala. Jadi, niat nak berborak, terbantut. Kami masing-masing senyum sebagai tanda 'pergi dulu, ada keje yang perlu disiapkan'. Begitulah gamaknya. Saya kira kesihatan dia semakin baik sebab dia sudah bergerak aktif ke sana-sini.

23 Mac 2012. Waktu pagi. Tak sure pukul berapa. Saya dapat mesej dari kawan saya.

"Nad, Iqbal dah meninggal. Kau tahu tak?" Terkesima jap saya baca mesej yang baru diterima tu.
"Meninggal sebab apa weh? Sakit dia ke? Aku baru tahu ni", dengan pantas saya membalas mesej kawan saya.
"Dengar cerita kanser dia datang balik". Lama saya merenung skrin henfon. Saya betul-betul ingat yang dia boleh survive lepas dia dah buat pembedahan. Innalillah. Tuhan lebih menyayanginya.

Hari ni, 4 Julai 2013. Sekiranya arwah masih hidup, pasti beliau akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-24. Saya login FB, tengok page arwah - Iqbal Jones Precious, buat pengubat rindu. Ada orang hantar wall post. Mungkin salah satunya dari akak dia, yang mengatakan mereka sekeluarga sangat merindui arwah. Ada juga yang wish birthday kat arwah. Mungkin mereka tidak tahu berita mengenai pemergian arwah.

Mati tidak mengira usia, tua atau muda. Ready tak ready je kita ni. Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Al-Fatihah.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment