11 June 2013

Pergi tak kembali

Lepas saya park kereta, bukak sikit cermin kereta, tutup lampu then matikan enjin, tiba-tiba fon saya berbunyi. Ada mesej masuk. Hairan. Siapa yang mesej waktu pagi-pagi macam ni.

"Salam. Makluman. Naim Asri baru meninggal dunia pagi tadi. Al-Fatihah. Moga dia ditempatkan dikalangan orang beriman

"Innalillah. Meninggal sebab apa?"

"Tak pasti. Denggi atau kencing tikus"

Terkedu sekejap bila saya dapat mesej macam tu. Saya tengok waktu dekat mesej yang baru masuk tadi - pukul 6.51 am. Lama saya termenung. Tiba-tiba saya tersentak. Saya terus log in FB dekat iPad Mini. 

Saya pergi dekat friends FB, then saya search nama 'Adnan Naim'. Nama Yang arwah guna untuk FB dia. Saya baca satu-satu wall post yang ada dekat FB dia. Baru 3, 4 post dari kawan arwah dekat FB. Ternyata, mesej yang saya terima pagi tadi dari seorang rakan adalah benar.

Allah. Sayunya jiwa ini. Pagi-pagi dapat mesej yang menyayat hati. 

Tak banyak kenangan yang terukir sejak kami semua meningkat dewasa. Mana yang rumah berdekatan, atau masih lagi kamceng sehingga sekarang, mungkinlah selalu berjumpa. Seingat saya, last saya jumpa dia masa Darjah 6. Sudah 12 tahun tidak bertemu dengan arwah. Ada je reunion yang dianjurkan, tapi belum juga berkesempatan untuk turut serta.

Apa yang saya tahu, arwah merupakan seorang yang ceria, peramah, pandai berjenaka. Ini berdasarkan secebis memori yang masih tersemat di dalam kotak fikiran saya - 12 tahun yang lalu.

Arwah merupakan orang kedua yang pergi meninggalkan kami dikalangan rakan-rakan sewaktu sekolah rendah. Yang pertama, arwah Nublan Zaki. Meninggal sebab lemas masa mandi sungai sewaktu bercamping dengan rakan sekuliah.

Dalam usia yang masih muda, mereka pergi meninggalkan dunia fana buat selama-lamanya. Mati tidak mengira usia, tua atau muda. Persoalannya, sudahkan kita bersedia?

Al-fatihah.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

1 comment:

Ratu Hatiku said...

Allah lebih menyayanginya.. Al Fatihah.. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. Amin

Post a Comment