10 June 2013

Budak kecil memang berkata benar

Semalam saya hantar anak buah saya, dia nak balik Cheras. Saya hantar dengan pandangan mata je la. Sementara menunggu atok dia memasukkan barang-barang ke dalam bonet, saya terkedu sekejap dengan statement yang anak buah saya keluarkan ni.

"Mak Uda, dia conteng kereta Mak Uda"

Ye, memang minggu lepas petang tu saya ada nampak kesan hitam di belakang kereta saya, dekat dengan no plat. Saya tak tahu tu kesan apa. Memang kelihatan seperti diconteng tapi tak tahu conteng dengan apa. Saya try lap dengan kain lembap biasa, tapi tak berkesan. Kemudian, cepat-cepat saya masuk ke dalam rumah, cari cecair polish kereta.

Alhamdulillah. Nasib baik kesan tu hilang. Risau jugak kalau-kalau tu adalah kesan cat terkopek. Saya tengok sekeliling kawasan rumah saya. Berpusing menggerakkan badan sehingga 360 darjah. Dah serupa macam cctv pula. Mencari kalau-kalau ada sesiapa (budak) di situ. Suasana sunyi sepi *krik!krik!krik!*

"Oh! Nana yang conteng kereta Mak Uda dengan dia. Kan?" Aku pegang kejap badan dia.

"Tak, bukan Nana. Dia yang buat"

"Dia? Siapa dia? Mana dia? Tunjuk kat Mak Uda?"

"Sana. Dia kat sana". Sambil tunjuk ke arah rumah jiran sebelah.

"Apesal Nana tak marah dia?" Dia senyap.

Well, saya bukan nak marah sangat dengan Nana. Dia budak kecik yang berumur 4 tahun - nak masuk 5 tahun, tapi saya rasa banyak keistimewaan yang ada dalam diri dia. Masa nak balik Cheras malam tu pun, dia yang start enjin kereta atok, walaupun takut-takut. Nak kasi warm up.

Macam yang dalam entri ni pula, perkara yang dah banyak hari berlalu, dia masih ingat lagi dan masih boleh menceritakan peristiwa tersebut dengan jujurnya. Saya bukan nak bangga dengan anak buah saya. Saya rasa, jarang ada kanak-kanak yang seusia seperti dia.

Adios!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment