26 April 2013

Tidur pengubat kecewa

Waktu pejabat saya habis pada pukul 4.30 pm. Ramai yang bertanya pada saya.

"Pasai pa ampa balik kerja awal sangat?"

Padahal mereka tak tahu yang saya masuk kerja awal, seawal pukul 7 am hingga pukul 7.20 am. Lumrah la. Masuk kerja awal, balik kerja pun awal. Selalu jugak kita dengar masuk kerja lambat, balik awal. Ada jugak yang masuk kerja awal, balik lambat. Tu la paling baguih bak hang! Tapi saya jenis lain.

"Just love your job, not your company". Nampak dak? Tu pasai saya masuk kerja awal, saya balik awal.

Tapi saya bukan nak cerita pasal waktu kerja saya.

Satu hari, saya balik kerja macam biasa. Masa tu cuaca tersangatlah buruk. Guruh berdentum-dentum, kilat sambung-menyambung (eh? Betol ke ayat dia?). Ada satu cerita favourite saya di televisyen channel 711 - Star World, Grey's Anatomy.


Perjalanan pulang ke rumah dari pejabat mengambil masa kira-kira setengah jam. Drama di televisyen tersebut bersiaran jam 5.10 pm. Jadi, bila sampai ke rumah, saya boleh terus duduk di hadapan televisyen tanpa menghiraukan perasaan penonton lain di waktu itu. Contoh seperti anak buah saya.

"Ala, Nana nak tengok katun. Nenek, Nana nak tengok katun".

Sambil menangis merengek-rengek. Saya rasuah dia dengan air minuman kegemaran dia. Terus dia diam.

Jadi, cuaca ketika itu teramatlah buruk dan hujan turun dengan lebatnya.

"Service currently not available". Pelaq betoi!

Disebabkan letih yang amat sangat setelah menghadap jalan raya yang jem, saya mengambil keputusan untuk tidur sebagai mengubat kekecewaan tak dapat tengok episod Grey's Anatomy pada hari itu.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment