03 April 2013

Review Buku FIXI - SUMBAT

Judul: SUMBAT
Penulis: Faizal Sulaiman
ISBN: 978-967-0374-21-5
Penerbit: Buku Fixi (002016254-V)
Cetakan Pertama: Disember 2012
Tempat Penerbitan: Petaling Jaya, Selangor
Halaman: 316 mukasurat
Harga: RM19.90
**********
Ramuan SUMBAT:
250 ml Dendam, jenama “Silam”
150 gm Rahsia Hitam
50 gm Cinta, paket “Terhalang”
3 sudu besar Air Mata
Setengah cawan Pengorbanan
5 ulas Kesetiaan (dihiris nipis)
8 kuntum Senyuman (sebagai hiasan)

Caranya:
Ayakkan 150 gm Rahsia Hitam dengan 50 gm Cinta Terhalang.Pastikan dapat tekstur halus. Pukulkan 250 ml Dendam Silam hingga kembang. Campurkan dengan adunan yang diayak tadi perlahan-lahan. Kacau rata. Selang selikan dengan setengah cawan Pengorbanan dan 3 sudu besar Air Mata. Bila sebati, masukkan hirisan Kesetiaan. Kacau dengan teknik folding. Tuang ke dalam baking tray dan bakarlah sepuas hati. Hias dengan kuntum senyuman. Voila!

**********
Kita bertemu lagi dalam ruangan entri 'Review Buku FIXI'. Selamat datang aku ucapkan kepada pembaca yang sudi singgah ke blog aku. Macam biasa, aku nak share 10 perkara yang aku suka tentang SUMBAT. Selamat membaca. Semoga tak terSUMBAT.

1 -- Aku suka cover buku ni. Pernah dengar peribahasa (ke bidalan?) ni -- "Dalam setandan pisang, mesti ada sesikat pisang yang tak elok". Apa yang aku paham penggunaan ayat ni - dalam satu komuniti tu, mesti ada sorang yang spoil. Lebih kurang la. Sama jugak macam cover SUMBAT ini, dalam kelompok maccaron tu, ada satu yang hangus. Jangan lupa baca buku ni kalau nak tahu siapa yang mewakili maccaron yang hangus tu.

2 -- Aku suka dengan ayat-ayat yang telah dijadikan sebagai intro untuk setiap permulaan awal chapter. Kau akan jumpa dari -- "Appetizer ini menyelerakan. Boleh bayang betapa sedapnya Chicken Salad dengan lemak mayonis?" sehinggalah ke chapter yang terakhir (bab 37 tak termasuk epilog) -- "Chicken Salad sudah dijamah. Tak kurang Cream of Sweet Corn dan Crab Sticks. Diakhiri dengan Dragonfruit Sorbet. Indah! Tinggal Coffee dan Tea saja yang belum!". Sebenarnya, dia ade kesinambungan dengan plot yang bakal diceritakan -- antara makanan dengan pe'el manusia. Pada pendapat akulah.


3 -- SUMBAT merupakan sebuah -- kisah picis masyarakat Kebun Bunga dengan konflik dendam, rahsia, setia, curang, kasih sayang, cinta terhalang dan pembunuhan bersatu dalam masakan-masakan lazat, seolah mengaburi pandangan (Lejen Press, 2012). Ya! Kalau kau dapat menghayati jalan cerita dalam SUMBAT ni, kejahatan watak-watak dalam ni memang dikaburi oleh makanan dan kulinari Perancis yang sedap-sedap belaka. 

4 -- Dalam SUMBAT ada juga menerangkan serba sedikit cara memasak kulinari Perancis -- tapi yang simple-simple je la macam French Omelette, Pasta (adik-beradik Fettucini, Spaghetti) dan lain-lain lagi. Selain itu juga, korang boleh menambah koleksi tatabahasa -- dalam bahasa Perancis. Kadang-kadang ade jugak penulis menyelitkan sedikit cara nak pronounce perkataan Perancis ni. Contoh -- Roux bukan disebut sebagai Rox tetapi sebutannya adalah Rhu. Contoh lain -- Farcir, sebutannya ialah Farsir.

5 -- Kemunculan pelbagai watak di awal penceritaan. Masa mula-mula aku baca, agak konpius sikit dengan watak-watak yang pelbagai ni. Sebab awal penceritaan saja, dah banyak keluar macam-macam watak. Sampaikan setiap kali nak sambung baca buku ni, jari telunjuk akan aku selitkan sebagai penanda pada muka surat Senarai Pemain Utama. Tapi aku anggap saja sebagai 'latihan memfokuskan diri'. Haha!

6 -- Apa yang pastinya, SUMBAT ni sangat penuh dengan...sepraisss! Yang pertamanya, pasal perubahan drastik sesuatu watak. Sebagai contoh -- antara Eva dengan Pakcik Hisham, Fazmi dengan Anne, Suri dengan adik dia -- Nizman (atau Razi), dan banyak lagi. Nak tahu kenapa? Teruskan membaca SUMBAT.

7 -- Nak cuba makan makanan yang berlaukkan daging terbaik dunia? Resepi Rahsia turun temurun ni. Kemain lagi menggunkan kulinari Perancis untuk majlis resepsi. Wow! Rahsianya? Ada dalam SUMBAT. Oh! Kalau nak mintak resepi dalam SUMBAT ni, boleh minta kat Jamie atau Nigella (aku pun tak tahu siapa depa tapi ada info dekat page sebelum Senarai Pemain Utama tu).

8 -- Apa yang pastinya lagi, setiap watak-watak yang ada dalam SUMBAT ni, dorang semua mempunyai sejarah hitam masing-masing. Tak tahulah kebetulan ke ape ke, tapi kisah hitam dorang tu saling bersangkutan antara watak satu sama lain. Lagi satu, aku tak boleh imejin part Idham kiss dengan Eva. Korang rasa normal? Baca sampai habis!

9 -- Seprais yang kedua -- aku rasa speechless kot! pasal pengakhiran SUMBAT ni. Bilamana semua rahsia hitam masing-masing sudah terbongkar. Ada satu part tu macam dalam Kontrol Histeria. Scary plus meremang kot kalau korang imejin. Memang pengakhiran yang tak diduga langsung.

10 -- Berdasarkan sinopsis SUMBAT yang korang dah baca (kalau dah baca la), korang agak-agak siapa yang dimaksudkan dalam sinopsis tu? Hehe. Zai? Lis? Eva? Suri? Macam mana kalau semuanya bukan? Nak tahu? Baca sendiri!

Happy reading, guys! :D

p/s: Semuanya bermula dengan topeng. Dengan topeng, manusia akan lebih berani. Dengan topeng, boleh juga menyembunyikan siapa diri kita yang sebenarnya (Sumbat, 2013)


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

3 comments:

Unknown said...

salam nadiah :)

menarik tajuk buku yg nadiah review nih... :)

cmaruko said...

i can't find this book anywhere. dah abes. =.=

nadeafu chan said...

@Ayie Abas : terima kasih :)

@cmaruko : beli online je :)

Post a Comment