22 April 2013

Gajet saya perlu perlindungan

Hari Sabtu lepas, saya beli gajet baru. Saya beli dengan abang saya sebab dia yang offer nak temankan saya beli gajet. Saya kira-kira mood dia agak baik hari tu. Saya pun follow saja rancangan dia.

Hari tu adalah kali kedua saya keluar dengan dia sepanjang tumbesaran saya. Kali pertama, masa dia masih buiang. Tapi kali ni, dia sebagai suami orang. Saya berasa sungguh janggal dengan situasi yang sedemikian. Seboleh-bolehnya, saya mahu sentiasa berjalan di belakang dia saja. Ye, kami macam orang asing. Berkomunikasi bila perlu saja.

Sampai di Machines, abang saya terus bertanyakan kepada salesman dalam tu. masa tu saya tak ambil pusing pun. Saya hanya melilau-lilau di dalam kedai saja sambil mencuba beberapa gajet yang telah dipamerkan di situ. Ramai orang. Tak kira usia.

"Tak sampai beberapa minit pun, duit ampa boleh habis beribu sekeIip mata"


Ye, saya akuinya. Apa yang sempat saya lalui, selepas bertanyakan gajet yang saya mahu, staf di kaunter menghulurkan sebuah kotak. Membaca beberapa patah perkataan di kotak tersebut untuk pengesahan gajet yang saya minta. Kemudian, pofff! Dompet saya kembali kempis selepas membuat pembayaran untuk gajet tersebut.

Jenis saya, kalau beli sesuatu yang baru, saya mahu membeli sekali 'set perlindungan' yang lengkap jugaklah. Contoh seperti screen protector dan casing. Abang saya cakap, casing dengan gajet beli asing pun tak apa. Jadi kami berdua bersetuju untuk ke Plaza Idaman yang terletak di Setapak untuk mencari set perlindungan tersebut.

Habis semua kedai telekomunikasi kami masuk. Harga yang ditawarkan semuanya melebihi bajet saya. Lagi pun abang saya cakap, memang mahal. Sebab kawan dia baru je beli dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di situ. Akhirnya, kami pun pulang ke rumah.

"Kita cari kat Uptown Danau saja la. Khamis malam Jumaat ni. Ampa toksah tidoq awai sangat naa"

Ye, saya mang masuk tidur awal. Kira-kira jam 9.30 pm dan ke atas, saya sudah berbaring di atas katil. Mendodoikan diri sendiri dan akhirnya tertidur. Kesiankan saya?

"Tak remaja la hang ni. Tidoq awai"

Selalu dah kawan-kawan saya cakap macam tu setiap kali saya minta diri untuk masuk tidur. Sebenarnya bukan apa. Saya dah memang set jam biologi saya macam tu. Bila hari bekerja, saya memang masuk tidur awal. Tapi kalau hari minggu, kadang-kadang sampai saya tak tidur pun ye jugak.

Tapi untuk Khamis malam Jumaat tu, tak pe la. Demi set perlindungan untuk gajet saya, saya sanggup bersengkang mata nak pergi uptown sana. Sekarang ni pun, gajet saya masih berbalut plastik yang asal seperti di dalam kotak.

Sekian.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment