24 April 2013

Bisnes potong simkad

Tadi saya pergi Giant Batu Caves untuk potong simkad baru saya. Bukan baru apa. Saya baru beli dari abang saya. Nama simkad tu Celcom Instanet. Semalam abang saya melilau satu daerah Gombak, masuk ke kedai telekomunikasi satu persatu sampailah akhirnya beliau menjumpai satu kedai telekomunikasi yang keadaannya seperti hidup segan mati tak mahu. Dia beli sampai tiga sekaligus.

Saya sedang mencari data plan yang berbaloi-baloi.


"Internet sekarang dah murah. Pakai je la apa-apa pun. Promosi dah habis, tukar lain"

Bak kata kawan saya, begitulah ayatnya lebih kurang.

Akhirnya abang saya offer salah satu simkad yang dia beli semalam. Mood dia agak baik kerana saya hanya perlu bayar harga seperti yang dia beli semalam. Tiada caj tersembunyi. Malangnya gajet baru saya memerlukan simkad nano.

Saya minta tolong abang saya untuk potongkan. Tapi saya dah paham perangai dia. Dia tolong Google kan macam mana nak potong simkad saja. Potong simkad? Dia suruh saya potong sendiri. Saya mengambil keputusan untuk potong simkad saya di kedai saja. Saya malas mahu mengambil sebarang risiko buat masa itu.

"Potong simkad sini berapa caj?"

"Kenapa kene caj? Kasi free tak boleh ka? Bukan potong manual pun. Pakai cutter saja"

"You pergi center saja. Itu baru dia kasi free maa"


Ada kedai yang caj RM5, ada kedai yang caj RM10. Satu-satu kedai saya pergi. Last sekali saya decide untuk pergi kedai yang terakhir saya tanya dan caj yang dikenakan RM5. Saya pasrah sebab waktu tu sudah menghampiri waktu tidur saya. Mata saya sudah pedih meronta-ronta mahu pejam.

Entri ni saya saja je nak test kelajuan internet saya dekat gajet saya ni. Lagipun, ini pengalaman pertama saya dengan simkad bersaiz nano. Potong simkad macam tu pun boleh buat bisnes kan? Padahal pakai cutter khas dia je.

Sekian.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment