27 March 2013

Pemikiran Kreatif | Formula 1

Assalamualaikum.

Entri kali ni aku nak share sikit pasal kemahiran berfikir secara kreatif. Ilmu ni aku dapat masa pergi kursus induksi pada 26 Februari hingga 4 Mac yang lalu. Oh! Nama game ni, Formula 1 (F1). Kenapa nama dia F1? Sebab dengan game ni lah, maka akan terserlah lah kekereatifan masing-masing. Haha!

********** 
Penceramah -- Encik Awaluddin dari INTAN Timur (seperti yang dimaklumkan) telah memanggil ketua kumpulan dari setiap kumpulan untuk memberikan tugasan kepada mereka. Berikut merupakan tugasan yang telah diagihkan kepada ketua kumpulan untuk anak buahnya (ini pun setelah habis game, baru aku paham);


Dalam Formula 1, mesti ada seorang pelumba dan kereta. Untuk kereta, mesti ada seorang yang tukang tukar tayar -- 4 orang, tukang isi petrol -- seorang, jack -- seorang juga (err.. aku tak pasti apa istilah betul dia), tukang pegang bendera ‘Stop’ dan ‘Go’ dan lain-lain lagi yang berkaitan.

Di peringkat pembikinan uniform yang mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk pelumba, proses pemikiran kreatif bermula di sini. Kami telah dibekalkan dengan dua helai kertas mahjung (betul ke eja dia?) selotep, beberapa batang pen marker dan lain-lain lagi peralatan yang dirasakan perlu untuk men’design’ uniform pelumba F1. Nak guna bahan lain pun boleh. Asalkan bukan yang pelik-pelik sudah la.

Masa yang diberikan untuk menyelesaikan tugasan ini adalah dalam lebih kurang sejam. Dapat kita lihat bahawa terdapat had masa (time frame) yang telah diberikan dalam situasi ini.

Ketua kumpulan sedang berdiskusi dengan anak buah
Untuk menghasilkan idea-idea yang bernas, kreatif dan pelbagai, perbincangan sesama ahli kumpulan dengan ketua amatlah penting. Disamping itu, komunikasi berkesan seharusnya dapat dpraktikkan supaya tidak berlaku salah faham antara satu sama lain serta kecelaruan maklumat dapat dielakkan.

Strategi dan perancangan yang berkesan perlu ada bagi menjayakan sesuatu matlamat. Disinilah peranan ketua kumpulan sebagai pemimpin untuk membahagikan tugas-tugas kepada anak buahnya. Dan anak-anak buah pula, haruslah mendengar satu arahan sahaja iaitu arahan dari seorang pemimpin.

Semangat berpasukan untuk menyelesaikan tugasan
Setelah selesai pembahagian tugas, anak-anak buah cuba untuk menyiapkan tugasan masing-masing yang telah diberikan oleh ketua mengikut kekreatifan dorang.

En. Awal sedang menunjukkan demonstrasi F1 kepada kami
Masa yang diberikan selama sejam untuk decorate pelumba F1 sudah tamat. Kemudian, En. Awal memberikan sedikit penerangan bagaimana cara permainan ini akan dinilai. Permainan ini juga sebenarnya untuk menguji kepantasan sesuatu kumpulan dalam memberikan servis yang terbaik kepada pelumba F1 semasa beliau berada di petak berhenti.

Pelumba F1 perlu berlari dari garisan permulaan pada
satu jarak untuk sampai ke pit-stop

Krew pasukan F1 yang sudah bersiap sedia dengan
ketibaan pelumba di pit-stop

Tukang tukar tayar, tukang isi minyak akan
melaksanakan tugas mereka
Nampak gambar kat atas ni? Time ni lah kepantasan korang akan diuji. Tips dia? Krew-krew F1 ni kena cekap dan mahir dengan tugasan yang telah diberikan serta bekerjasama -- tukar tayar dengan isi petrol. Dalam lagu Wonderpets yang korang duk nyanyi-nyanyi tu pun korang dah boleh tahu -- Apa yang penting? Kerjasama!

Setelah selesai, pelumba F1 akan berlari
sehingga ke garisan penamat

Juri akan memeriksa pelumba sekiranya berlaku
'kebocoran pada tangki minyak'
Apa moral value yang korang boleh dapat? Formula 1 boleh diumpamakan sebagai sebuah organisasi. Catatan masa terpantas merupakan matlamat yang ingin dikecapi - kalau ikut dalam game ni. Begitu juga dengan organisasi di luar sana - untuk memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan. Banyak lagi sebenarnya moral value ni. Aku rasa korang boleh detect sendiri.

********** 
Aku nak share jugak secebis kenangan untuk diabadikan (chewah!) -- team pelumba F1 yang telah men'design' uniform F1 untuk pelumba dorang. Nama-nama team ni bertemakan kereta nasional Malaysia. So, check it out!


Team Exora

Team Persona

Team Inspira

Team Preve

Team Satria Neo

Team Waja
Team Preve menang F1 ni. Berapa saat ntah masa dorang. Team Persona paling last sekali. 12 minit kot. Blergh! Bak kata En. Awal, tak dek sape lagi yang beat rekod dari UPM iaitu dengan masa terpantas, 25 saat.

p/s: Apa yang paling penting sebenarnya bagi aku ialah -- sikap dalam diri individu tu sendiri.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment