02 February 2013

Sepi itu indah, teramat indah!


Sambungan dari sini.

Tambang bas Rapid Penang dari airport ke HPP - RM2.70. Member aku cakap, harga tiket yang paling mahal. Musykil sebenarnya. Takkan la dengan RM2.70 boleh round satu Penang? Ok, abaikan!

sumber

Pakcik, saya nak p HPP. Tapi saya tak tahu landmark dia. Dekat dengan penjara kan?
“Bas ni p HPP tapi tak lalu dalam sana”

Aku blur. Ape maksud “lalu dalam” tu?

Tak pe la pakcik. Nati kalau dah nak sampai HPP, pakcik bgtaw saya na?

Pakcik bas tu sekadar mengangguk mengiyakan pertanyaan aku sambil pancaindera beliau focus ke arah jalan raya yang penuh sesak dengan kenderaan memandangkan waktu tu memang waktu orang dah balik keje.

Ok, aku dah sampai bustop yang dekat belakang penjara ni. Satu lagi masalah aku - aku tak reti baca sebarang peta, mahupun alat navigasi atau GPS bagai semua.

Aku call owner homestay tu, tanya kat mana sebenarnya lokasi homestay dia.

Pakcik, saya dah sampai kat bustop ni tapi saya tak taw camna nak p homestay tu
“Oh! Bustop situ dekat dah. Adik nampak tak signboard Singer besar tu? Nati adik masuk ikut jalan tu. Lepaih tu straight ja. Nati nampak penjaga rumah, dia kasi kunci.”


Time ni, aku tersilap masuk lorong. Tengok-tengok dah sampai sebelah stadium. Oh! Nama lorong tu, Lorong Kulit. Kat stadium tu la terletaknya Al-Kausar Inn Penang. No wonder la owner tu bagitahu yang situ dah penuh. Tak dek bilik kosong. Memang ramai pun orang duduk situ, nak-nak staff HPP sendiri.

Tepat pukul 7 petang, aku check-in. Berjaya jugak aku survive sampai jumpa tempat untuk tido malam ni. Mula-mula aku macam segan plus malu-malu sikit nak masuk dalam rumah tu. Tapi tiba-tiba aku rasa sunyi, kosong, sepi.

Mana p penghuni yang lain pakcik?
“Setakat ni tadak orang lagi”

Maksudnya pakcik? Saya sorang je la yang duduk sini?
“Haa la. Awat? Takut ka duduk sorang?”

Saya tak kesah duduk sorang, tapi kalau boleh berteman la
“Sini tadak pa la. Ok je kawasan sini”

Oh! Nama penjaga rumah ni, Pakcik Basyir.

Bingo! No wonder Pakcik Anuar tu beriya tanya jantina aku masa aku tengah nego-nego harga bilik dengan dia dulu tu. Rupa-rupanya, aku sorang je yang stay kat homestay tu.

Lepas aku iron baju untuk esok, mandi, solat semua, pakcik Anuar call aku. Actually,bini dia yang call tapi pakai fon dia.

“Assalamualaikum Nurul. Saya wife Pakcik Anuar. Nurul ok ka duduk sana sorang?”
Waalaikumusalam. Oh! Saya ok je makcik. Tapi kalau boleh berteman la

“Situ ok je. Tadak pa” - skrip yang sama macam Pakcik Basyir.

“Kalau malam, bukak la semua lampu. Tak pa. Biaq terang satu rumah pun” 

Haa! Kat sini aku nak bagitaw. Nama je korang sewa bilik, tapi korang boleh pakai satu rumah. Selalu kan homestay ni mahal. Sewa lagi ramai, lagi baguih sebab boleh share duit. 

Tapi dalam situasi aku, dah aku duduk sorang, aku lah yang guna satu rumah tu. So, tak dek rasa takut sangat sebab macam duduk rumah sendiri. Hehe!

saja biaq TV terbukak, kasi meriah sikit rumah
sebelum nak masuk tidoq, tutup la

Bukan saja pasang lampu, saya tengah pasang televisyen sekali - aku cakap dalam hati je.

“Kalau ada pape, bagitahu Pakcik Basyir na”
Oh! Makcik, lampu bilik ayaq tu rosak ka? Sebab dia berkelip-kelip macam lampu disko

“Lampu bilik air tu memang lambat sikit” - aku terdengar suara pakcik Anuar.

Saya pun pk macam tu jugak. Tapi sampai saya dah habis mandi pun dok kelip-kelip jugak
“Ohh! Rosak la tu. Nati esok kami suh orang mai baiki lampu tu”

“Tapi kalau Nurul nak carik tempat lain, bagitaw na. kami tak kesah. Kami pun paham Nurul duduk sorang ja”
InsyaAllah tak dek pape makcik. Kalau ada apa-apa lagi, nanti saya bagitahu la

Macam yang semua orang nasihatkan aku, try dulu stay sana satu malam. Kalau tak ok, esoknya lepas habis program, baru blah.

Aku harap semuanya baik-baik saja la. Kang dah satu keje nak carik tempat menginap yang lain pulak. Tiba-tiba aku teringat offer partner aku. Dia kata kalau rasa tak selesa, boleh join dia duduk hotel. Tapi tu la, jauh la pulak.

Badan dah lesu. Penat seharian travel. Mata dah mengantuk. Nak-nak baru lepas mandi semua. Siaran kat TV tu pun dah samar-samar je aku tengok. Aku tutup TV lepas tu terus masuk bilik, tido.

Apa berlaku lepas tu? Tido dulu. Bismikallah humma ahya wa amuth.

Bersambung!

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment