05 February 2013

Hujan emas di negeri orang


Sambungan dari sini.

Aku terjaga macam biasa - pukul 5 pagi. Mungkin jam biologi aku dah memang macam tu. Aku tak terus bangun. Sebaliknya pi tukaq alarm aku ke waktu lain. Terasa sejuk sampai ke tulang kering (ke keting?). Tak silap aku malam semalam macam suam-suam je suhu persekitaran ni - maksudnya tidoq tak payah pakai selimut. Kemudian aku tarik selimut - pi sambung tidoq.

Alarm tak bunyik lagi,tapi dah sampai seruan dari Illahi - masuk waktu solat Subuh. Orang kata time azan tak elok baring. Aku pun bangun, pi mandi apa semua. Sebelum masuk bilik air tu, aku masak air dulu - ada heater kat dapur. Lepas dah siap-siap tu, bancuh milo peket 3 in 1. Kemudian, dengan langkah kanan dan dimulai dengan Bismillah, aku pun melangkah ke HPP.

Keluar rumah, tiba-tiba rasa macam meriah sebab ada ramai orang. Rupa-rupanya, jiran depan rumah ada bukak kedai makan - untuk sarapan sahaja. Ingat nak sarapan dulu tapi table da penuh plus ramai jejaka-jejaka dari TNB dengan Rapid Penang ni. Macam yang aku bagitahu dulu, lokasi homestay ni sebelah depoh Rapid Penang dengan TNB. Memang korang nampak baju warna biru laut (TNB) dengan biru gelap je la (Rapid Penang).

perjalanan lebih kurang 12 minit dengan jarak 950m -,-

Perjalanan ke HPP untuk hari pertama, aku lalu dekat sebelah penjara. Peh! Jauh jugak nak menapak. Tak dek apa yang best pun di sekitar kawasan tu. Hanya tembok tinggi penjara saja. Kalau terserempak dengan manusia pun, hanya mereka-mereka yang bekerja di penjara tu saja. Terasa macam lalu kat sebelah Penjara Pudu pulak.

Dekat area hospital tu sendiri - sebelah pintu belakang, ada banyak kedai-kedai, warung-warung makan. Ada orang cakap, Penang tu syurga makanan. Dats why la kot, kedai-kedai makan tu macam cendawan tumbuh lepaih hujan. And baru aku tahu, Jabatan Perubatan Nuklear tu dekat dengan pintu belakang. Short-cut jalan nak balik homestay semua. Penat je aku tawaf satu hospital. So, perjalanan hari kedua pendek sikit la. Haha!

perjalanan lebih kurang 6 minit dengan jarak 450m
fuhh! jimat separuh masa perjalanan =_=
 
Oh! Ada sorang kosmet aku masa study kat UKM dulu keje kat sini. So, waktu lunch tu, dia bawak aku pi makan sama. Boleh tahan jugak sedap makanan dia. Macam masakan dari air tangan ibu-ibu macam tu la. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik hujan batu. Walaupun makanan dia sedap, tapi kalau selera makan tak berapa, sikit jugak makannya.


Jabatan Perubatan Nuklear kat HPP ni bagi aku - sebagai orang yang baru pertama kali datang, agak besar, rasa macam teknologi yang diorang pakai adalah yang paling canggih, kemudahan semua lengkap. Yela kan, kalau compare dengan tempat kerja aku la. Haha! Tapi yelah, itu semua persepsi di awal waktu. Siapa tahu kalau persepsi tu boleh berubah seiring dengan masa?

Tak dek yang special pun T&C hari pertama dengan kedua ni. Lagi pun vendor tu tengah bizi setup dispensing machine tu. So aku pun just follow the flow je la kan. Lagi pun tentatif program tak dek berat sangat la. Kiranya kau takkan terkejar ke sana ke mari la. Aku siap boleh balik homestay lagi untuk makan dengan solat Zohor.

Mr. Simone Spado tengah tekun setup mesin ^_^ v

Sambil-sambil tunggu vendor tu setup mesin, aku pun follow la sekejap-sekejap physicist kat sini. Jalan-jalan dengan diorang melawat kawasan. Tengok la macam mana diorang buat keje, apa yang diorang buat, QC, pengkalibrasi dos semua. Tanya sikit-sikit pasal SKT - masa tu tengah hangat semua orang sibuk cakap pasal SKT (Salinan Kerja Tahunan). At that moment, aku rasa macam nak mintak pindah kerja dekat HPP!

Sepatutnya T&C tu 4 hari, tapi sebab boleh setel awal - dalam masa 3 hari je, so aku ada lagi satu hari free. Aku diberi pilihan - samada call Malaysia Airlines nak balik awal, atau sehari yang free tu digunakan untuk jalan-jalan kat Penang. Tapi kau orang tahu la kan. Amende yang bestnya jalan sorang-sorang kat tempat orang ni?
 
Well, ni bukan kali pertama aku ke Penang. Masuk ni dah kali kedua da la. Yang first tu sebab aku pergi wedding kosmet yang kerja kat HPP tu la. So, masa first time tu, dah alang-alang berjalan jauh, biar berjalan-jalan kat sana terus. Aku siap amik cuti kot sebab nak jalan-jalan kat Penang. And until now, fikiran aku asik melayang-layang ke Penang je.


Oh ye! Malam tu aku tidoq lena sekali. Walaupun akulah satu-satunya penghuni (manusia) dekat dalam rumah tu. Owner rumah tu pun dah kasi permission suh buat macam rumah sendiri, then I make myself comfortable. Partner sorang tu pun tak dek tanya apa-apa pasal pengalaman aku menginap kat homestay tu. So, masing-masing assumed yang kami ni baik-baik sajalah.

And aku tak perlu risau pasal makanan. Sebab macam aku bagitahu, tempat tu bersepah-sepah kedai makan. Balik dari HPP, aku selalu beli kuih-muih - karipap, pau. Char kuey teow pun aku bantai jugak walapun aku tak suka sangat. Murah seh pau dia. 3 bijik RM2 saja. Tak dek besar mana, tak dek kecik mana. Cukup tiga kali gigit. Haha!

Yang menjadi dilema - samada balik awal sehari, atau stay sampai last day. Macam yang aku cakap, aku asyik terkenangkan Penang je. Ada ape eh kat Penang? Dah dapat free satu hari - program habis lebih awal, why not aku gunakan je peluang ni untuk round Penang? Tapi at that time, engkau sorang-sorang. What should i do?

last day baru aku jumpa jalan yang paling dekat, tu pun tak sengaja
jarak lebih kurang 400m, kira-kira 5 minit

Bersambung!



MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment