21 January 2013

Jemputan disaat akhir!


Suatu pagi yang damai, selepas menyelesaikan tugas-tugas aku di awal waktu, aku terdengar satu suara. Ye! Aku sangat kenal akan suara itu. Dia telah datang berjumpa dengan boss aku bersama sekeping surat di tangan.

Aku sempat menjeling kepala surat. Dari Hospital Pulau Pinang. Kemudian, anak mata aku jatuhkan ke tajuk surat - “Jemputan Menghadiri Sesi Pemasangan…”

Aku leretkan anak mata aku jatuh sikit lagi, ke isi surat - “…pihak tuan dapat menghantar 2 pegawai daripada disiplin di bawah..”

"Sila Hadir" - nasib baik tak dek tanda seru [!]

Malas nak baca surat sampai habis. Dekat bawah kaki surat ada nota kaki dari ketua jabatan. And guess what? Ada nama aku rupanya yang tercatit dengan tulisan tangan tu.

Setelah tawar-menawar antara co-boss dengan staff lagi sorang serta disaksikan oleh tuan punya suara tadi, aku kena pergi HPP untuk user training T&C.

Aku dilema! Ada pro dan kontra sebenarnya. Aku bulatkan hati jugak. Dah la dorang bagi masa untuk berfikir tak sampai 5 minit pun. Dalam fikiran aku, positif je la - Tak pe, ada hikmah semua ni.

Lepas tu aku dengan lagi sorang staff (dari unit Farmasi) kena isi borang - Borang Permohonan untuk Bertugas di Luar Ibu Pejabat dengan Borang Tempahan Tiket Kapal Terbang.


Dah setel semua pasal borang, bahagian tempahan tiket kapal terbang call. Dia cakap flight untuk 16 Januari waktu pagi dah penuh. Kami tak boleh datang lambat sebab program tu start pukul 8 pagi. Jadi, kami decide untuk bertolak sehari lebih awal.

Satu lagi masalah - penginapan. Aku ni jenis tak suka nak tempah-tempah hotel. Kang kalau tak jadi? Nak cakap apa? Banyak benda baru yang aku alami sebenanrya sewaktu proses nak ke Penang ni. Salah satunya, aku tak pernah naik flight seumur hidup aku. Aku jugak tak suka bawak cash banyak-banyak. Cukup sekadar untuk keperluan je.

Aku pun google tempat penginapan yang berdekatan dengan HPP. Pilihan aku - sebab tak dek transport,so carik tempat penginapan yang berdekatan saja. Dapat jalan kaki lagi bagus. Walaupun duduk hotel, boleh claim penginapan and teksi apa semua, tapi ntahlah. Dah memang aku bukan jenis yang macam tu kot.

Waktu tu, aku dah bayangkan yang aku ni macam seorang pengembara yang mengembara untuk mencapai satu matlamat. Pengembara ni mana nak mewah-mewah sangat. Tak adventure la macam tu,ye dak? Haha!

Al Kausar Inn Penang - budget homestay. Aku call tempat tu lepas aku google kat Google Maps. Aku google kat situ sebab nak estimate jarak dari tempat penginapan dengan HPP.

jarak dari Al Kausar Inn dengan HPP - 500m, 6 minit berjalan kaki
anggaran sahaja!

“Penginapan untuk 16hb hingga 19hb ni ada bilik kosong lagi tak?”
Maaf cik. Untuk 16hb dah penuh. Begitu jugak dengan 17hb

“Puan tahu tak mana-mana homestay yang dekat dengan HPP?”
Cik SMS ke nombor saya, nati saya bagi nombor contact owner homestay tu

Lepas da dapat SMS dari staff Al Kausar Inn Penang tu - Homestay Anuar 012-XXXXXXX, aku terus SMS owner homestay tu.

“Homestay Anuar ada bilik kosong lagi tak untuk menginap esok (15hb)?”



MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment