26 January 2013

Berurusan dengan orang asing


Sambungan dari sini


“Homestay Anuar ada bilik kosong lagi tak untuk menginap esok (15hb)?”
“Ya, kosong”

“Berapa harga penginapan untuk satu malam? Berapa jarak dengan HPP?”
“Jarak 10 minit berjalan kaki. Ada harga RM95, RM85, RM75 dan lain-lain”

“Single room single bed berapa? Harga lain-lain tu yang paling murah berapa?”
“Single room single bed saja tak ada untuk daily. Kita ada lagi harga RM55 dan RM60”

Apa maksud owner homestay tu tak ada untuk daily? Kena menginap berbulan-bulan ke baru boleh stay kat situ? Aku dah cuak.

“Apa maksud Encik tak ada untuk daily? Sebab kalau ada kosong, saya nak book and nak stay sampai Sabtu (19Januari)”
“Nanti saya feedback”

Alahai. Penuh jugak ke homestay ni? Time tu aku berdoa banyak-banyak semoga ada kekosongan untuk single room single bed tu. Sebabnya, aku sorang je. Partner lagi sorang tu mananya nak duduk homestay.

Bagi aku, asalkan aku boleh tidur plus mandi and selesa, dah lebih dari cukup. Lainlah kalau ada transport sendiri nak ke sana ke mari. Nak sewa kereta pun, kereta sewa sekarang harga kemain. Bukan macam zaman dulu-dulu.

Tak lama lepas tu, owner tu mesej aku.

“Cik ni laki ka perempuan?”
“Perempuan”
“Ok Cik. Ok, boleh la”

Pakcik ni dah tanya pasal jantina aku pulak. Kenapa? Cara pakcik ni reply mesej agak meragukan jugak. Aku dilema lagi. Nak follow partner duduk hotel tapi juh nak pergi HPP atau nak duduk dekat, jalan kaki saja?

Aku lupa nak bagitahu. Homestay Anuar ni, dia bukan kira kena bayar untuk satu rumah. Yg tu memang mahal la kan sampai beratus. Homestay ni boleh jugak kalau nak sewa bilik je.

“Berapa total harga?”
“Cik nak masuk malam ni ka?”

“Cadangnya malam esok. Kalau tiada apa-apa perubahan jadual program”
“so, check-in 15hb dan check-out 19hb: 4 malam x RM30 = RM120”

Murahkan? RM30 saja satu malam. 4 malam aku kat sana, dah sama dengan harga satu malam duduk hotel. Haha!

“Ada website tak? Nak tengok lokasi dengan alamat penuh tempat”
“Website tak ada. Cuma dalam mudah.com. Alamat: 15D, Jalan Tram, 10460 Penang. Kalau guna Google, taip je Jalan Tramway atau Dato Keramat”

Oh! Kat Penang ada Dato Keramat jugak? Aku ingat kat KL je.

Masa aku google iklan dia dekat mudah.my, gambar yg dia kasi adalah single room double bed. Aku pun musykil. Kena share dengan penghuni lain ke macam mana ni? Awat murah sangat?

“Encik, maksudnya bilik saya tu nanti share dengan orang lain ke macam mana?”

Lama aku tunggu pakcik tu reply mesej aku. Aku tengok jam, dah pukul 11 malam. Mungkin dah tidur. Esok saja lah aku mesej lagi sekali.

pergi Bangi sbb nak pinjam kamera.
nampak tak betapa pentingnya T&C kat Penang tu?

Waktu tu, aku ada kat rumah family angkat aku. Masa tu aku macam orang tak terurus. Mak dengan ayah aku tak dek kat rumah. Dorang stay kat rumah menantu merangkap akak ipar aku. Aku pun pergi menumpang kasih dekat orang lain. Lagi pun, aku nak pinjam kamera dorang. So, lepas habis opis hour aku terus drive dari KL balik Bangi.

Anak-anak dorang ni selalu travel jugak. So dorang guide aku apa yang perlu dibawak nanti. Lepas maghrib tu, pergi cari toiletries. Aku cari mana yang tak dek je la. Barang-barang lain semua kat rumah. Lepas tu beli makanan sikit dengan pek milo segera 3 dalam 1 tu.

murah je aku beli beg tu, tak sampai RM3 pun harga dia.
cari kat kedai DIY

sumber

Aku cakap dengan dorang, lepas beli barang ni aku nak balik KL, nak packing barang apa semua. Dorang cakap dah malam sangat. Nati sampai rumah lewat. Balik esok pagi je. Malam tu, aku tidur sana dengan tak bawak satu apa baju pun. Nasib anak dorang ada yang baya aku, muat jugak lah aku pakai tshirt anak dia.

Malam tu aku tak boleh tidur dengan lena. Sebabnya? Surat rasmi dari ketua jabatan yang aku kena bawak sekali masa nak pegi HPP tu dengan kasut aku tertinggal dekat opis. Banyak lagi benda aku tak buat. Sempat ke esok aku nak packing barang? Patut ke aku cuti je? Dah lah sehelai sepinggang je ni.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment