31 January 2013

Bak kata omputeh, "Just follow the flow!"


Sambungan dari sini.

Aku terjaga macam biasa, pukul 5 pagi. Tapi habit aku suka snooze alarm fon aku sampai la pukul 5.30 pagi. Aku bangun, bersihkan diri, siap-siap nak solat Subuh. Around pukul 6.30 pagi, aku bergerak balik ke KL dari Bangi. Aku tak tahu jalan ni. Main redah je.


Before that, aku dah berniat nak singgah kat stesyen minyak. Aku menjeling meter minyak, tinggal 1 bar. Sekali tak bukak lagi. Aku tak jangka la stesyen minyak tu bukak jam 7 pagi sebab kat rumah aku, 24 jam. Certain stesyen minyak je la. Aku tawakal je la supaya baki petrol yang tinggal 1 bar tu boleh survive sampai dekat stesyen minyak Sg. Besi tu. 

Lepas dari tol Sg. Besi, kenderaan dah mula banyak kat highway. Aku jeling jam dekat dashboard, nak menghampiri jam 7 pagi. Macam biasa, jalan menghala ke Pusat Bandaraya dah start jem. Dah masuk KL, lagi la jem. Aku sampai opis pukul 7.30 pagi tepat.

Masa nak naik tangga tu, aku terserempak dengan boss.

Boss, hari ni saya EL
“Ala, baru pergi Penang. Bukan pergi oversea pun.”

Naik flight tu over the sea da la boss!
“Nak packing barang la tu”

Kahkah! Baguslah kalau boss aku tu memahami orangnya. Lepas aku amik kasut dengan surat rasmi dari ketua jabatan, aku terus pecut balik rumah. Nak balik rumah memang tak jem. Dah orang lain semua nak pergi kerja.

Sampai rumah, aku terus pack baju-baju dengan barang-barang yang aku nak bawak masuk dalam beg. Satu lagi masalah kat sini, aku tak pernah naik flight and i have to face it. Aku mesej member aku, tanya pasal pack-pack barang ni. Sebab dia keje kat KLIA. Haha! Plus sambil-sambil tu, aku ada la jugak jenguk-jenguk sikit website MAS (MalaysiaAirlines) tu.


Pukul 12.30 tengah hari, aku bertolak dari rumah. Aku mintak tolong ayah aku hantar dekat KLIA. Jauh jugak ye perjalanan nak ke sana. Pukul 2.15 petang aku dah sampai. Flight pukul 4.15 petang so, around 3 pm tu dah kene check-in. tapi aku dah self check-in kat rumah tadi. Kelebihan dia, korang boleh pilih seat mana yang korang suka.

Bila korang dah self check-in, nati akan keluar satu arahan samada kau nak print boarding pass kau atau nak save dalam fon. Sebab masa tu aku ada masalah teknikal dengan printer, aku pun save dalam fon je la. Itulah gunanya telefon bijak, ye dak? Ape-ape pun bila nak scan boarding pass ke ape ke, tunjuk fon kau je la tapi yang dah siap-siap tertera barcode ye!


Satu lagi masalah aku kat bila dah sampai KLIA. Dah sampai sana, aku nak buat apa? Macam aku bagitahu korang sebelum-sebelum ni, aku tak pernah langsung naik flight. Ni kira first time aku nak naik. Supaya tak nampak obvious sangat, aku duduk dekat satu tempat, yang boleh nampak keseluruhan ruang dalam tu. Aku observe orang ramai kat situ.

Partner trip ke Penang aku tu bagitahu yang dia tak check-in luggage/baggage. So, bila dia sampai-sampai KLIA je, dia terus pergi check-in dekat gate nak berlepas tu. Bila aku observe tu, aku dah tahu. Kena check-in baggage dekat kaunter. Nak confirmation, aku pergi tanya orang kaunter. Masa aku nak lempar beg aku, aku dah nampak partner aku tengah tunggu kat satu ruang.

Setel hal security, kitorang kena tunggu dekat satu ruang legar (gate) atau pintu masuk. Sampailah pengumuman flight ke Penang, barulah korang boleh naik flight. Duduk ikut no seat masing-masing ye. Aku macam biasa, duduk tepi tingakp sebab nak tengok view dari atas. Masa kapal terbang nak berlepas, kau berdoa je la banyak-banyak. Yang penting, mind set korang. Kalau tak, boleh buat mabuk udara plus fobia pada ketinggian.


Perjalanan selama lebih kurang 55 minit, tak terasa apa pun. Saat kitorang keluar dari penang Airport, saat tu lah kitorang akan berpisah, bawak haluan masing-masing. Kelakarkan? Padahal pergi sama-sama, tapi tinggal dekat lain-lain tempat. Tapi partner aku tu pun tak kesah sebenarnya. Aku pun, just follow the follow sajalah. 


“U tengok stay dulu lah kat homestay tu satu malam tengok macam mana. Kalau ok, U nak duduk situ sepanjang training pun tak apa”
U tak kesah kalau kita duduk lain-lain tempat?

“I tak kesah la. Kalau U nak duduk dengan I pun tak apa"

Hanya sebuah senyuman yang aku mampu berikan.

“U naik apa nak pergi homestay U nanti?”
Maybe I naik bas kot. Saje nak view area Penang ni. U?”

“Maybe abang ipar I pick up I kot”
Ok, then. Kita jumpa esok dekat HPP la

sumber

Aku pergi dekat bus stop, tengok jadual perjalanan basRapidKL (Penang la kot). Dari airport nak ke HPP which mean area George Town, kene naik bus nombor 102. Aku nampak dah bas nombor tu tengah park. Nak confirmation, aku tanya pakcik bus tu.

Bas ni pergi HPP tak pakcik?
“P. Tapi tak masuk dalam HPP la, lalu situ ja”
Bila bas ni nak jalan?
“Lambat lagi. Pukui 5.45 pm nati” - dia jeling jam kat tangan dia.

Rapid Penang la, RapidKL mendenye? -,-

Tetiba je aku teringat mesej owner homestay tu yang tanya pasal jantina aku. Aku dah mula cuak sendiri. Homestay tu ramai orang sangat ke sampai jantina perempuan tu jadik golongan minority kat situ? Kalau korang jadik aku, korang nak duduk sama dengan partner korang, atau nak duduk sendiri?



MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment