02 November 2012

Teruskan berjuang, Kawan



Aku skrol ibu jari aku pada smartphone pergi ke aplikasi WhatsApp. Aku skrol lagi ibu jari aku pergi ke ikon yang ada gambar bintang – Favourites. Aku tengok status WhatsApp dia – “Im not as strong as u think”. Sebenarnya status yang dia tulis tu dah lama dah, 3 minggu lepas.


Aku WhatsApp dia.

Ada orang ke tak ni?

Oh sori!
Banyak benda pulak kat sekolah tadi. Terkejar-kejar.
Tak dan nak reply mesej kau.
Esok tak sempat kot. Aku kene buat keje kat lab :(

Sebenarnya aku nak ajak dia lunch sama hari ni. Sebab rehat hari Jumaat sangatlah lama. Sangat sesuai untuk dihabiskan bersama kawan sekelas masa sekolah menengah dulu. So, semalam aku dah mesej dia siap-siap la.

Time lunch tadi, aku try luck aku dengan membuat panggilan telefon kepada dia. 

Kau buat apa? Sangat-sangat bz ke?

Aku masih di klinik lagi. Belum habis.
Kenapa? Nak dapatkan rawatan ke?
Tapi sekarang klinik dah tutup.

Tengok? Punyalah skema dia mengambil berat pasal aku tanya aku nak dapatkan rawatan gigi ke tidak.

Oh!Taklah. Aku saja try luck kot-kot kau dah tak bz. Ok

Panggilan dimatikan.

Kemudian, satu SMS masuk -- dari dia. Jam menunjukkan pukul 1.30 pm.

Aku baru keluar klinik. Next time kita arrange date lain.

Ok. Aku jawab dalam hati saja.

And ye, aku dapat rasakan yang life dia sebagai student pergigian tersangatlah bz. Aku send mesej kat dia waktu siang, dia takkan reply. Selalu lepas maghrib macam tu la baru dia nak bagi respon. Sebabnya? Kau sendiri boleh tahu kot. Takkan dia nak buat kerja sekolah kat lab sampai malam? Oh satu lagi. Sekolah yang dia maksudkan adalah – fakulti pergigian tu sendiri.


Bznya kau. Tak habis belajar lagi dah bz.
Bz mengalahkan orang yang dah kerja.
Ntah dah kerja nanti silap-silap kita tak dapat jumpa langsung.

Dah kerja tak payah arrange patient.
Time blaja ni, patient tu kene tepon-tepon, pujuk-pujuk suruh datang.
Kalau patient tak nak datang jugak, mulalah naik turun department mintak patient.
Then dah keje tak payah buat keje lab.

Ye! Aku akui. Siapa je suka buat kerja-kerja makmal? Masa aku study dulu pun, seboleh-bolehnya aku nak buat lab tu betul-betul supaya tak ulang balik eksperimen semata-mata nak dapatkan result yang tepat. Tapi kau mesti tahu, dah nama pun eksperimen, jarang-jarang boleh dapat result yang tepat.

Dan tindakan nekad aku adalah semasa melakukan projek tahun akhir pada last semester – pilih tajuk projek yang tak memerlukan aku buat kajian di makmal. So, aku pilih untuk bangunkan sebuah pangkalan data. Hanya perlu mengadap komputer, boleh siapkan di bilik saja. Tak perlu ke sana ke mari naik turun keluar masuk makmal.

Kalaulah aku boleh tolong dia. Jadik patient dia untuk semua kes study yang dia perlu lengkapkan. Tapi kau kan tahu, mana mungkin aku sorang boleh dapat macam-macam masalah yang berkaitan dengan gigi? Paling tidak kurang pun, gigi berlubang, karies gigi, tampal gigi, cabut gigi. Lebih dari tu memang tak la kan?


Doa dan harapan aku yang mengiringi perjalanan hidup dia sebagai student dentist – semoga dia sentiasa tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Ye! Cakap memang senang. Walaupun kita takkan faham perasaan dia, kita hanya faham pengalaman dia.

p/s: Kau je yang rasa tak kuat. Kalau kau lemah, mesti kau dah lama tersungkur. Teruskan perjuangan kawan. Sikit sahaja lagi kau bakal mencapai impian kau :)
 

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment