17 November 2012

Ini cerita ayam tandoori


Restoran Nasi Kandar Al-Siddiq -  begitulah nama yang tertera pada signboard. Sejujurnya, aku tak pernah makan kat mapley-mapley area rumah aku ni. Bunyiknya sukar nak percaya, tapi itulah hakikatnya.

Aku pernah makan kat satu kedai mapley ni je, kat Seksyen 15, Bangi – Restoran Al-Faris Maju. Apa yang aku perasan kan, mostly nama kedai mamak ni belakang dia mesti ada ‘Maju’. Lepas tu orang dok sebut-sebut, tu yang maju mapley ni.

Lepas pergi kenduri kahwin kakak kawan aku, kitorang - aku, Ain, Fareez dengan Faiz pergi lepak kat mapley. Biasalah, nak ngeteh petang-petang. Lagi pulak baru lepas hujan. Memang heaven la.

Macam-macam cerita keluar. Pasal study, pasal kerja, pasal smartfon, tuan smartfon yang tak berapa nak smart, pasal travel around da world. Best nya dengar cerita travel dorang yang dah sampai Korea, China, Australia semua.

Tiba-tiba.

Kenapa ayam tu warna dia merah semacam?
Tu ayam tandoori la. Tak pernah makan ke?

Tak pernah..
Dah 23 tahun weh. Tak pernah makan ayam tandoori?

Aku nak cakap yang tak pernah makan ayam tandoori tu kat sini. Plus aku tak pernah tengok macam mana dia buat ayam tu. Persoalan aku yang aku sendiri tak sempat nak habiskan, kenapa warna ayam tu mesti nak merah macam tu? Tapi aku tahu je yang tu ayam tandoori. Haha!

Kau nak bahagian apa? Kepak ke dada?
Tak payah susah-susah la weh! Haha!

Actually, memang pes time aku makan ayam tandoori pun masa umur aku 23 tahun. Tak silap aku masa bulan 7 macam tu la. Late supper with nan cheese. Waktu tu kira macam hari-hari terakhir sebelum aku pindah keje kat KL. Family angkat aku bawak jalan-jalan pegi uptown. Aku makan kat mapley Seksyen 15 tu la lepas da penat berjalan.

Si Fareez siap suruh snap gambar ayam ni sebelum makan.

Compare rasa ayam tandoori tu, kat Seksyen 15 tu lagi sedap, pedas, pati rempah dia banyak. Yang kat Sunway Batu Caves tu kering gila. Nak lalu kat tekak pun macam susah je. Sebab orang dah belanja, aku bedal je la – habiskan!

Actually, not bad keluar dengan kawan-kawan masa sama sekolah dulu. Mula-mula memang janggal. Yela, dah lama tak jumpa. Tapi bila da start borak-borak, gelak ketawa ape semua bagai, kau akan rasa macam dah kenal lama. Aku kenal je orang-orang tu Cuma tak berpeluang nak borak-borak masa zaman sekolah dulu.

Orang laki ni ape dia kesah. Prinsip dorang kan kawan kepada kawan kepada kawan kau orang pun boleh jadik kawan dorang. Haha!

p/s: Sekali kita berkawan, selamanya tetap berkawan :)


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment