22 November 2012

Hilang tanpa dapat dikesan



Waktu lunch tadi, aku pergi cucuk duit kat CIMB ATM dalam kawasan hospital ni. Aku berlenggang bawa sekeping kad ATM dengan fon je. Sebab aku malas nak bawak dompet.

Lepas tu, aku singgah pergi kafe pesakit luar sebab nak beli buah. Buah kat situ berbaloi. Maksud berbaloi di sini – sesuai dengan harga dia. Lepas tu aku singgah kafe kakitangan sebab kat kafe pesakit luar tu ramai gila orang beratur kat tempat lauk sampai aku tak nampak mana penghujungnya.

Jam menunjukkan lagi setengah jam waktu rehat nak habis. Aku belum solat Zuhur lagi. Aku terlupa sangat-sangat yang dalam dompet aku ada duit syiling berjumlah 50 sen je. Sebelum melangkah kaki masuk ke kawasan kafe, aku cek tangan aku. Ok, kat ATM, duit yang aku cucuk tadi dengan fon ada dalam pegangan aku.

Aku amik polisterin. Aku senduk nasik. Lepas tu aku round meja lauk tengok lauk apa yang masih ada. Banyak yang dah tinggal saki baki. Tengok jam, dah pukul berapa pulak kan. Nak lauk sedap-sedap kene datang awal sikit. Aku amik ayam, sayur taugeh, kuah rendang ayam dengan kuah lemak cili api. Semuanya RM3.50. Agak murah la compare dengan kafe kelab sukan.

Lepas aku bayar duit makanan, aku cek tangan aku. Kad ATM aku dah tak dek. Aku panik sekejap tapi takde la sampai menggelabah. Peluh dah mula mengalir laju kat muka aku. Aku round meja lauk tadi. Sekali, dua kali, lima kali. Tak dek! Aku keluar kafe, follow jalan yang aku lalu tadi masa nak pergi kafe. Tak dek jugak. Lepas tu aku berhenti.

sumber dari http://fieqmayhem.blogspot.com

Sebelum masuk kafe, aku cek kad ATM aku ade lagi. Aku sangat yakin pasal tu. Aku siap nak letak dalam plastik buah lagi sebab takut kalau tercicir. Tapi plastik tu basah sikit. Aku takut plak kalau cip kad aku rosak.So, aku pegang je la.

Tapi apesal bila aku round dalam kafe tu, kad aku tak dapat dikesan? Aku siap selak lagi skirting meja lauk tu. Tanpa berfikir panjang, aku terus balik ke opis. Dalam fikiran aku, aku nak cepat sampai opis dalam masa beberapa minit sebab nak call CIMB center suruh terminate kad ATM aku.

Dengan nafas aku yang tercungap-cungap, aku rasa macam operator tu pun tercungap-cungap jugak cuba nak memproses semua maklumat yang aku sampaikan macam peluru yang ditembak bertubi-tubi.

Cik ada buka CIMB kan?
Caj untuk buat kad baru RM12.
Selagi tak buat kad baru, semua aktiviti CIMBClicks tidak dapat dijalankan.

Lega bila dapat cakap dengan operator bank tu. Banyak kali aku ajukan soalan yang sama – Cik terus terminate kan kad ATM saya ni?

Lepas aku solat Zuhur, lama aku duduk berteleku. Berfikir. Mana perginya kad ATM aku? Macam mana boleh hilang? Tercicir? Aku pun tak tahu.

Persoalannya – bila masa aku nak pergi bank nak buat kad ATM yang baru ni?

p/s: Tak suka pakai baju kurung yang tak dek kocek. Tak kesah orang cakap kolot ke ape ke.
 

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment