26 November 2012

CIMB Islamic Debit MasterCard



Cuaca panas membahang.

Aku menjeling sekilas jam di tangan. Jarum jam menunjuk ke angka 12. Sudah tengah hari. Perut berkeroncong. Baru teringat, perut masih belum diisi sejak pagi tadi. Semua gara-gara appointment dengan doktor gigi.

Lepas keluar dari klinik gigi, aku bergegas terus ke Bank CIMB. Bank yang terletak bersebelahan dengan bangunan Persatuan Kanser Nasional Malaysia.

PUSH. Seperti yang tertera di kaca pintu.

Selamat datang Cik. Boleh saya bantu?
Saya nak buat kad ATM baru.

Dulu bukak akaun kat cawangan mana?
UKM.

Aku pelik setiap kali kalau orang tanya soalan yang tu. Masa aku lapor diri pun, pegawai kat perkhidmatan tu tanya aku bukak akaun CIMB kat mana. 

sekadar gambar hiasan

Mungkin aku sendiri yang pelik sebab nama cawangan tu sendiri, UKM. Tak sangka UKM pun ada cawangan bank. Haha! Wondering kalau dekat universiti lain pun ada jugak cawangan bank.

Hilang sebab kecurian ke tercicir?
Tercicir.

Ok. Cik isi borang ni dulu ye.
Terima kasih.

**********
2006, kaunter 10 – nombor giliran aku sudah dipanggil.

Aku melilau cari mana kaunter 10. Aik? Tak dek pun. Rupa-rupanya dekat sudut bangunan. Actually, bukan kaunter pun. Sebuah meja dengan komputer saja.

Bila kad ATM hilang?
Khamis minggu lepas.

Keletak! Keletuk! Keletak! Keletuk! Bunyi keyboard. Fokus betul kakitangan bank ni menghadap skrin.

Cik, sila letak ibu jari kat sini – sambil hulurkan sebuah mesin cap jari.

Ni nombor pin sementara. Lepas dah dapat kad, nanti cik terus tukar ye – sambil menghulurkan dua keping kertas.

Satu yang pasal nombor pin, lagi satu pasal terma dan syarat CIMB Islamic Debit MasterCard. What? MasterCard?

Sejak bila aku mohon MasterCard? Kenapa dorang tak kasi je kad kaler hijau tu yang macam sebelum ni? Kata kad ATM Islamic? Apesal kaler merah? Ke sebab dia MasterCard? 

Macam-macam persoalan yang menerpa otak aku. Tak sempat aku nak carik jawapan, nama aku dipanggil.


Aku ke kaunter. Amik kad ATM yang diserahkan. Tertera CIMB Islamic Debit Master Card.

Cik tolong tanda tangan kat belakang kad ni ye – aku amik pen yang dihulur.

Pakai warna hitam cik, jangan yang warna merah.

Aku tak perasan pun bila aku terbalikkan pen tu. Pen tu jenis buat sendiri yang ada dua batang, lepas tu diselotep. Boleh guna depan dan belakang. Satu dakwat merah, satu dakwat hitam.

Lepas amik kad, aku terus pergi mesin ATM. Tukar nombor pin, dengan register untuk CIMBClicks sekali. Semua persoalan aku tadi tu, esok je la aku call servis tanya pasal kad tu.

p/s: Sekarang nak dapat MasterCard senang je. Tak payah mintak pun, dorang yang kasi. Dulu bukan main susah.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment