11 July 2012

Kawan sama dengan cawan?


Salam dan selamat pagi semua.

Dah lama tak update blog. Kalau tengok dekat blog archives tu pun mahu setengah tahun aku tak update. Well, banyak benda yang nak di story-mory kan. Sampai satu tahap tu, tak tahu nak story macam mana sebab banyak sangat. Siyes! So, hari ni laju je kan jari-jemari yang straight ni menekan keyboard. Lagi pun kat opis tak dek orang, maksudnya hanya aku sorang saje.

Kawan. Cakap fasal kawan, banyak benda yang boleh dilintaskan (macam tak sedap je word ni) dalam kepala bana otak dengan perkataan tu sendiri. Tapi aku nak cerita satu je, iaitu kawan tu macam cawan. Gelas pun boleh la kot. Aku just tukar je word “k” tu jadik “c”, ye dak? Tapi dalam entri kali ni, gelas ke cawan ke, maksud yang aku nak sampaikan adalah berkaitan dengan kawan.

 

Kawan tu macam cawan. Cawan pun kita tahu ada macam-macam pesen;  jenis gemuk pendek, jenis tinggi, jenis berlekuk-lekuk, ada satu kaki, bercorak; abstrak, bunga-bunga, gambar kartun, gambar binatang. Begitu jugak dengan kawan. Ada macam-macam pe’el; cerewet, banyak songeh, perangai, ragam; kuat merajuk, sensitif, sempoi, cool,  saiz; kecik, besar, cikeding, berisi,  warna; kulit cerah, gelap, hitam manis (nak kawan dengan kulit putih je. Kau ingat kau mat salleh?) pandai, tak pandai, kaya, kayap and so on. Nak senaraikan semua, memang lain kali je la.

Kawan macam gelas McD tu. Beli McValue Lunch tambah sikit sundae dapat gelas percuma. Cantik, corak timbul. Siap ada tulis “coca-cola” lagi kat badan dia tu.  Kalau boleh nak simpan je dalam bekas dia. Tanak bagi orang lain pakai. Kau sorang je boleh guna. Tapi kalau pecah mesti kau orang nangis, sudahlah limited edition. Ada time promosi je. 

glass mekdi baru. mesti dapatkannya! mesti mahu!

Macam tu jugak dengan kawan kau. Kau jage dia elok-elok, tanak biar dia sorang-sorang. Kalau dia sedih, kau pinjamkan bahu kat dia, dia sedekahkan air mata kat bahu kau, susah senang bersama. Kalau dia dah pergi meninggal, tinggalkan kau sorang-sorang, lagi kau haru. Dah tak dek tempat nak kongsi masalah. Memanglah patah tumbuh hilang berganti. Tapi kalau kawan kau dah tak dek, susah nak carik ganti.

Kawan macam gelas kat kedai makan tu. Walaupun simple, tak cantik, tak dek corak, sepesen je bentuk dia, tapi tu la yang hari-hari tokey kedai makan tu gunakan untuk menghidangkan segelas teh tarik kepada customer. Kalau tak dek cawan, macam mana tokey kedai nak uruskan bisnes dia? Tapi kalau satu pecah, buang je la. Ada banyak lagi gelas macam tu. 


Macam tu jugak dengan kawan. Hari-hari kau gunakan kawan kau, demi kepentingan kau sorang. Bukan kepentingan bersama. Sekali kawan kau buat spoil, ada cacat cela sikit, kau dah nampak kekurangan yang ada dalam diri dia, kau selo-selo buang dia dalam hidup kau. Kau dah tak perlukan dia. Ada ramai lagi kawan macam tu kat sekeliling kau. Apa kau kesah, ye dak?

Kawan macam cawan cantik yang ada satu set lengkap tu. Corak bunga-bunga bukan main lagi. Selalunya emak-emak yang suka buat koleksi cawan set pinggan mangkuk apa semua ni. Gunakan cawan tu bila ada tetamu datang bertandang ke rumah, atau ada majlis yang grand-grand je. Kadang-kadang buat perhiasan kat dalam almari. 


Macam tu jugak kawan. Lagi-lagi pesen yang mahukan pengaruh, nama, jenis orang-orang besar la (bukan saiz badan). Kau akan carik dia bila mana kau perlukan teman nak pergi majlis yang grand, diner yang high class, berjimba, bershopping, masuk kedai mahal-mahal, shopping barang branded, makan kat tempat yang luar biasa (puiii la).

Kawan macam cawan polisterin tu. Ok ape cawan polisterin. Boleh isi air panas atau air sejuk lagi haa. Dah habis minum, and kau pun tak dek keje, kau gigit-gigit hujung cawan tu, kau kutil-kutil polisterin kat badan dia tu. Cawan pakai buang katakan. 

cawan polisterin pun boleh dijadikan hiasan, tahu?

Macam kau gunakan kawan kau dalam keadaan terdesak. Macam kau dah tak dek pilihan sangat nak mintak tolong kat sapa. Lepas segala urusan kau dah selesai, tolak tepi sudah lah. Silap-silap, member tu dah penat-penat tolong kau, kau pulak bunuh dia dengan tangan kau sendiri.

Pada pandangan aku atau dalam bahasa mat saleh nya in my opinion, kalau kawan yang macam cawan kaca dengan gelas ni, biarkan je la kalau dah pecah tu. Tak payah susah-susah kau orang nak kutip balik kaca-kaca tu, lepas tu susah-susah nak cantumkan balik jadik bentuk asal dia. Kalau dah pecah berderai hancur berkecai, acaner tu kau nak cantum balik? Buat tangan kau yang ada jari-jemari cantik runcing gila tu berdarah je.
cantumkanlah balik kalau kau berani

Jadilah kawan macam gelas atau cawan plastik, yang jatuh banyak kali pun, still tak pecah. Masih boleh digunakan lagi walau ada calar-balar. Kecualilah kalau dikenakan momentum hentaman yang kuat. Sama jugak macam kawan kau. Kalau kau saje nak bagi dia angin, memang makan penampar la kau. Tapi kalau pecah pun, kau still boleh cantumkan dia lagi what? Tanpa melukakan jari-jemari kau. Kecualilah kalau dah sampai hayat dia. Kau kene relakan pemergian dia jugak la.

Last but not least, jadilah diri kau sendiri bila mana kau bersama kawan kau. Kalau dia tak suka kau sebab kau bukan anak orang kaya, kau ada kelebihan yang dia tak ada, kau abaikan je la kawan yang pesen cenggitu. Jenis macam tu, dia akan carik kau, bila dia susah je.

Carilah kawan yang boleh terima diri kau seadanya. 3 tahun, 4 tahun kau berkawan pun, belum tentu kau dah kenal and tahu hati budi masing-masing. Di setiap perjalanan masa tu, kau akan tahu jugak side-side pe’el kawan kau yang kau tak pernah tahu. Akan muncul sikit-sikit. And kau akan rasa sedikit annoying.

p/s: ada lagi tak perumpamaan kawan dengan cawan ni yang lain? Sape-sape nak share, boleh la tinggalkan komen. Terima kasih :)

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

1 comment:

CikguYiee said...

Churp2 dah ada..SAYS la plak!
Daftar FREE ... lau org daftar bawah kita dapat RM5..Lau promote iklan dapat rm0.20-rm0.40/click..
http://says.com/my/cikguyiee/invite
Daftar FREE jer..xrugi ape2 pom..

Post a Comment