22 January 2012

Si Comel | Anak buah saya unik

Salam sejahtera dan selamat pagi kepada readers.

Sekarang ni musim hujan ke? Tak jugak kan. Tapi malam-malam mesti hujan. Tu yang sedap tidur. Tapi jangan sampai terlepas Subuh dah la.

Apa yang membuatkan pagi-pagi lagi aku dah gigih menaip entri? Aku nak story pasal anak buah aku, merangkap cucu pertama mak ayah aku. Pagi-pagi buta dah dengar suara dia. Korang caye tak yang dia tak tidur malam? Dia berjaga sampai ke pagi. Ni pun suruh tidur, susah jugak nak tidur.

Kalau aku story kat member-member aku yang lain, kebanyakan dari dorang mesti cakap, “peliknya anak buah kau”. Tapi bagi aku, dia ni bijak and unik. Perangai dia tak macam budak-budak baya dia yang lain. Tak macam umur budak 2 tahun. Kalah orang dewasa.

**********
Semalam lepas Maghrib dia dah tidur. Kalau dia tidur time macam tu, maknanya malam semalam dia berjaga sampai ke pagi jugaklah. Sebabnya, bila dia dah tidur awal, tengah malam dalam pukul 12 lebih dia kompem akan berjaga. Siang bangun tengah hari, malam tak tidur.

Masa aku terjaga tengah malam, around pukul 2 lebih kot. Aku sempat tengok jam. Aku dengar suara budak kecik dok cakap-cakap, main sorang-sorang. Memang sah la dia berjaga malam. Mak, ayah, adik dia, orang lain semua sedap tidur. Tapi dia still nak main lagi.

Bila dia dah penat main, lapar, pandai dia amik pisang kopek sendiri kulit pisang. Bila dia haus, pandai dia bukak pintu peti sejuk. Amik cawan mana yang dia dapat capai kat rak pinggan, lepas tu tuang air dari botol kat cawan. Dulu memang la ada jugak sampai tumpah-tumpah. Tapi dah lama-lama tu, dah biasa dah la.

Masa aku baru balik dari toilet, mak aku cakap..

                “Nana ikut ayah pergi surau”. Aku stop jap kat ruang solat.
                “Dari tadi dia tak tido ke?” berpisat-pisat mata aku, mamai lagi.
                “Dari tengah malam tak tido. Siap pakai songkok ayah lagi.” Tergelak-gelak mak aku.
                “Pandai dia. Tengah malam lapar dia makan pisang.” Sambung mak aku lagi.

dah standby kat meja makan nak sarapan

Tadi lepas sarapan, perut kenyang, aku tersendawa depan dia. Aku tak sempat cakap “Alhamdulillah” lagi dia dah tolong sambungkan. Dia dah pandai cakap. Bila dia start bercerita, yang aku paham depan tu je, “pada suatu hari..” lepas tu dia mencarut apa ntah. Tapi memang tak henti la.

Bila dia main sorang-sorang, memanglah rumah habis bersepah macam tongkang pecah. Tapi, itulah dunia dorang. Asyik nak main je. Time tu lah otak dorang berkembang dengan cepat. 

Ada sesetengahnya, tak berpeluang nak main macam tu. Nanti rumah bersepah, penat nak kemas. Banyak keje nak buat lagi. Well, budak-budak memang macam tu. Nak marah bukan dorang paham. So, layankan aje!

Walaupun kadang-kadang aku pening dengan anak buah aku yang sorang ni, tapi dialah penghibur duka lara. Keletah dia tu yang membuatkan aku tergelak sorang-sorang. 


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment