21 January 2012

Masuk tandas dapat ilham

Salam readers.

Pernah tak korang dapat idea yang mencurah-curah lepas korang keluar dari tandas? Aku rasa bukan aku sorang je kot. Ada jugak orang-orang lain yang kat luar sana pernah mengalami situasi yang sama. Ntah-ntah korang yang baca entri ni pun sama jugak spesis dengan aku. Hehe.

Bila aku ada masalah, lebih-lebih lagi masalah yang melibatkan study. Nama pun student kan. Jarang lah memikirkan masalah negara. Selalu time buat tutor or esaiment la. Mesti stuck punya. Aku pun pergi buat appointment kat tandas sekejap. Buang la ape yang patot. Haha.

Masa aku duduk berteleku dalam tandas, tiba-tiba semua soalan-soalan tutor yang aku tak boleh jawab tu dah ada diawang-awangan. Kunun-kunun macam ada satu skrin sentuh la. Tangan aku pun laju je menyentuh skrin tu, cuba nak setelkan soalan-soalan yang melibatkan pengiraan dalam tutor tu. Hebat tak? Haha.


Mengikut teori dari logik akal aku, bila aku masuk tandas, yang ada hanyalah aku (dengan setan jugak semestinya haha) dan dikelilingi oleh dinding saje. Tak mungkin ada orang lain selain aku. Takkan la korang buang air satu tandas dua orang kot. Ada ke? Haha.

Time tu otak aku kosong je. Lepas tu slow-slow keluar semua masalah-masalah tadi bergentayangan di udara. Macam apa je kan. Then slow-slow jugak otak aku akan try untuk memproses semua masalah-masalah tadi sampailah aku dapat jawapan dia. Walaupun tak semua, ada jugak la 1,2 yang setel. Ok lah tu.

Tumpuan yang aku bagi masa tu memang tinggi la. Dalam kelas pun aku tak pernah bagi tumpuan yang setinggi itu. Mungkin sebab dalam tandas tu aku hanya melihat dinding kosong saje kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. Bila tengok dinding putih kosong, otak pun kosong. Memang tak fikir ape dah.

Compare dengan dewan kuliah, macam-macam benda aku boleh tengok kat situ. Tumpuan pun lari. Nak fokus pun susah. Sikit-sikit nak tengok lecturer, tengok orang, main game kat henpon, and so on lah. Kat bilik pun sama jugak. Ada je benda yang aku nak buat nanti. Memang tak boleh nak fokus sangat lah.

aku tak pernah try lagi main soduku dalam tandas hehe

Apa yang aku nak cakap kat sini, aku bukan nak suruh korang buat tutor or esaiment korang bawak masuk dalam tandas. Tu dah sah-sah salah dah. Mana mungkin tempat setan dijadikan tempat belajar. Ini sekadar pengalaman aku je.

Ada sesetengah orang saje yang boleh macam tu kot, termasuklah aku sekali. Korang memang unik la.

p/s: Selalu idea nak buat surprise party yang aku pikir masa dok dalam tandas mesti tak jadi punya. Pui la.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

k3nji said...

setau aku,,Prof IB yg carik idea dlm tandas ni..haha

nadeafu chan said...

k3nji: jgn disebut2 nama tu. aku tanak bersubahat kalau jadik pape2 haha ;pp

Post a Comment