14 January 2012

Kita dah jumpa 10 tahun yang lalu

Salam semua.

Dah lama tak update blog. Aku bizi – alasan klise. Haha.

2 minggu lepas aku ada pergi kem kat Tanjung Tuan, Melaka. Tak dek lah Melaka sangat. Aku rasa sempadan Melaka-Negeri Sembilan je kot. Sebabnya, sebelah Tanjung Tuan, ialah Tanjung Biru, Port Dickson, Negeri Sembilan. Hehe.


Persoalan yang aku nak tanya kat sini ialah; pernah tak korang berkenalan dengan somebody yang korang baru jumpa and tak pernah kenal pun sebelum-sebelum ni, tapi bila borak-borak dengan dia korang rasa macam dah lama giler kenal dengan dia? Pernah rasa tak?

Dalam salah satu slot masa tazkirah Subuh, sementara nak tunggu matahari terbit, penceramah; Ustaz ni bercerita pasal mimpi. Ustaz tu pun bertanya pada kitorang.

                “Siapa tidur lena malam tadi?” ada yang jawab ya, ada jugak yang jawab tak.

Ustaz cakap, roh kita suka dengan keadaan dalam hutan. Kat hutan sendiri pun banyak jugak roh-roh yang berkeliaran. Baik ke, jahat ke, hantu ke, bunian ke, tu semua belakang kira.

Bila kita tidur kat kawasan hutan, roh kita akan berjalan-jalan dalam hutan, nak carik kawan. Tu jugak yang membuatkan kita tidur lena.

That’s why la kalau korang berkenalan dengan somebody and korang rasa macam dah lama kenal dengan dia padahal baru jumpa, maksudnya roh korang dah bertemu 10 tahun yang lalu.


Aku sendiri pernah alami keadaan yang macam tu. Masa tu, aku baru lepasan SPM. Tapi aku tak pasti kalau roh kitorang dah pernah bertemu masa aku umur 7 tahun. Kawan-kawan semua cakap jodoh kitorang memang kuat. Dah 5 tahun jadik sahabat dunia akhirat.

Aku jugak harap esok lusa aku akan bertemu dengan roh Mr. Right yang telah aku mimpikan 10 tahun yang lalu. Keh keh keh!

Tapi tu semua kuasa Tuhan, tak dek siapa pun boleh sangkal. Wallahu'alam.

p/s: Kecik-kecik dah mimpi pasal kahwin. Haha.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

3 comments:

AcidFlynN WratiH said...

no wonder la.. kan... kadang2 berbual dengan orang yg baru kenal macam dah lama kenal. kalau berbual dengan org yg baru kenal kekok2 mean tak pernah jumpa dalam versi roh la yek... possible gak tu.

nadeafu chan said...

@ AcidFlynN WratiH: wallahua'lam. semuanya sudah di atur oleh Dia :)

Amay Hamidi said...

Dapatkan buku saya yang bertajuk 'Siapa Kita 10 Tahun Lagi?' di pasaran.. Buku ini telah diterbitkan oleh Must Read Sdn Bhd pada Mei 2011.. Pelaburan anda cuma RM 19.90 sahaja!

Jangan lupa copy dan paste URL di bawah ini untuk LIKE LIKE LIKE page FB buku motivasi 'Siapa Kita 10 Tahun Lagi?' sekarang!

http://www.facebook.com/siapakita10tahunlagi

Post a Comment