16 January 2012

Darjat kita sama sahaja di sisi Dia


Salam semua.

Bizi-bizi pun rajin jugak aku update blog menaip entri. Bukan apa, permulaan tahun 2012 ni banyak pulak perkara yang yang tak diduga terjadi. Adakah ianya satu permulaan yang baik atau sebaliknya? Tak dek sapa boleh ramal masa depan. Kalau jumpa tukang tilik pun, tu semua karut. Hehe.

Awal Januari hari tu aku check in kolej. Saje menggatal tak nak duduk rumah. Haha. Masa aku baru menginap kat kolej tu, tanpa disangka-sangka aku terjumpa balik junior aku masa zaman persekolahan menengah rendah dulu. Bilik dia depan bilik aku je pulak tu.

**********

Blok yang aku duduk ni, blok budak-budak catering Kagumas. So, kalau student balik cuti semester, blok aku still yang paling happening jugak. Tak dek lah rasa sunyi je. Tapi aku pulak yang rasa macam terasing. Haha.

Satu hari tu aku terdengar suara orang ketawa sakan. Sekali dengar macam suara si dia. Tapi macam mustahil. Tiap kali aku keluar masuk dari bilik nak ke tandas pun, aku macam nampak bayang-bayang dia. Meroyan ke ape aku ni? Takkan gila bayang kot.

Satu hari tu jugak, masa aku balik dari tandas, sudah ditakdirkan oleh Dia aku berselisih dengan dia. Yes! Tak salah lagi jangkaan aku. Memang dia junior aku yang selalu kena buli masa sekolah dulu. Aku pun ada buli dia jugak. Tapi masa 2, 3 hari budak-budak form 1 masuk sekolah. Lepas tu aku tak buli dah. Hehe.


Aku sempat borak-borak kejap dengan dia. Sekarang ni dia keje. Keje catering tu la. Ni la masanya aku nak korek dalam-dalam cerita dia. Masa sekolah dulu tak berjaya. Hehe. Tapi dia macam malu, segan dengan aku pulak. Kalau dia dah boleh keje, kira independent la tu. Baguslah!

Mengikut jangkaan aku, kisah hidup dia memang penuh onak duri dan berliku-likulah. Semua orang tak suka kat dia. Budak-budak dorm, termasuklah akak-akak dorm dia yang hampeh pun tak suka dia. Ada yang tak pedulik pasal dia.

Cuma ada beberapa kawan-kawan dia je yang prihatin dengan dia, termasuklah jugak aku. Tapi aku stalk dari jauh je. Well, dulu aku tak suka bercampur dengan orang. Aku suka buat hal sendiri-sendiri je. Buat jahat pun sendiri-sendiri. Kalau kantoi pun tanggung sendiri.

Setiap kali aku bertegur sapa dengan junior aku, mulalah terdengar desas desus yang dia dah jadik adik angkat aku. Cilaka apa dorang ni suka hati mulut je nak bergosip-gosip pasal aku. Aku pun terus menjarakkan diri sejauh yang boleh dari dia. Well, masa tu kan zaman tak matang. Tak boleh nak pikir secara rasional. Haha.


Ada satu perkara pasal dia yang aku tak boleh lupa sampai sekarang. Ada sorang akak dorm dia yang bajet bagus sangat la kan, dia buang semua baju-baju, tilam, barang-barang si budak ni. Yang aku heran, apesal dia tak buang je sekali locker dengan katil? Kan lagi senang.

Da la mengamuk, meroyan macam orang hilang anak. Sebabnya, si budak ni macam kurang kemas sikit la. Mungkin dia tak biasa duduk asrama. Tak biasa duduk jauh dengan family. So, tak boleh nak berdikari lagi.

Korang dulu baru sehari masuk asrama terus boleh develop ke independent tu? Aku pun cuak jugak masa mula-mula duduk jauh dengan mak ayah. Tapi aku lah yang paling cool antara kawan-kawan aku. Bak kata mak ayah dorang la. Keh keh keh!

Ada lagi satu story yang aku baru tahu baru-baru ni jugak la. Aku sekolah kat situ sampai form 3 je. So, masa aku form 4, si budak tu form 3 la kan. Masa nak dekat cuti sekolah, semua orang sibuk nak balik rumah masing-masing. 

Tapi budak ni tak balik pun. Gila ape nak duduk sorang-sorang kat sekolah ni, tak dek orang ape semua. Tak tahulah dia tak dek duit nak naik bas ke, tak ingat jalan pulang ke rumah ke, itu aku tak pasti.

Lepas tu, akak kepada kawan aku pun bawak dia balik rumah. Bawak dia balik ok, bukan ajak pergi rumah. Bayangkan sampai macam tu sekali. Masa aku dengar story ni dari member aku pun, aku macam..speechless la! Kenapa sampai macam tu sekali budak ni dipulaukan?

**********

Kita hidup kat dunia ni, bukan hidup sorang-sorang. Tuhan dah ciptakan setiap benda tu berpasang-pasangan. Bukan setakat kapel-kapel je yang kena berpasangan, banyak lagi. Kuat dengan lemah, kaya dengan miskin, susah dengan senang, majikan dengan kuli and so on. Buat baiklah sesama manusia.

Aku tulis entri ni, bukan nak mengata, mengutuk pasal junior aku tu. Sekadar nak jadikan iktibar untuk kita semua. Dekat alam akhirat nanti, kita semua ni sama je di sisi Dia. Pangkat, harta kekayaan, semua tu tak berguna. Yang penting ialah amal ibadat kita.

Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amal yang soleh baik laki-laki mahupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa hisab.
[Al-Mu’min(40): 40]”

Wassalam.

p/s: Kalau aku bercerita pasal something yang based on experience, mesti panjang berjela entri aku =.=

p/s lagi: Setiap kali aku dengar suara budak ni, aku happy sebab ada jugak orang boleh terima diri dia seadanya sebagai kawan :)


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

AcidFlynN WratiH said...

betol tu. sama la waktu duk asrama. time bebudak balik sy tak balik sebabnye memang duit cukup2 je untuk blanja. duduk dengan budak sabah. derang lagiii jauh kalau nak balik. Sunyi woo time suma orang balik. creepy pon ada gak tapi alah bisa, tegal biasa. tak gitu. apa pon, berakit rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. chaiyokk untuk junior.

nadeafu chan said...

@ AcidFlynN WratiH: junior skng dgn junior dulu xsama..skng ni kene jentik sikit je dah ngadu kat mak ayah huhu

Post a Comment