19 January 2012

23, 24, 25? Atau sekadar angka?

Salam readers.

Aku sebenarnya masih lagi ragu-ragu dengan umur aku. Masa tahun 1 belajar kat U.. bila orang tanya umur berapa, aku tanpa segan silu menjawab, “umur saya 19 tahun”.

Kunun-kunun yang paling muda la kan. Sebab masa kat matrikulasi dulu, aku akan jawab, “umur saya 17 tahun”. Tak dek keje!


Well.. bila dah habis study ni, tak sangka pulak ada jugak orang nak tanya soalan yang berkaitan dengan umur ni. Aku apa lagi, tanpa segan silu lagi aku menjawab, “umur saya 22 tahun” kalau orang tanya. Keh keh keh!

Roommate aku orang Seremban. First time aku jumpa dia, nampak macam baya akak-akak gitu. Dalam minda aku, aku dah set yang dia nih mesti lagi tua. Tapi jangkaan aku meleset masa aku start interview dia waktu mula-mula kenal dulu.

“Ni nak panggil apa eh? Akak ke? Umur berapa?” malu-malu kucing pulak aku masa tanya soalan ekxtravaganza ni. Haha.
“Umur 23. Umur berapa?” dia tanya aku balik.
“Oh. 22”. Confident gila la kan masa aku sebut 22 tu. Padahal lepas aku jawab soalan dia tu, ada jugak aku mengimbau masa silam jap. Sebaya kot! Haha.

Start dari situ aku kunun-kunun berlakon jadik “adik” la memandangkan yang dia tu “akak”. Haha.

Well, mungkin orang dah selalu tanya soalan tu kot. Sebabnya, setiap kali orang tanya pasal umur, aku tak pernah nak bagi jawapan yang serius.

Lama-lama aku pun lupa tahun bila aku dilahirkan setiap kali nak menjawab soalan cepu mas yang macam tu. Hehe.




MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment