19 December 2011

Saya pun suka Sudoku!

Salam semua.

Hari ni mak aku ada appointment dengan doktor di Klinik Mata, kat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Aku pun temankanlah mak aku ke sana. Sekurang-kurangnya boleh lah buat kawan nak borak-borak kan.

Aku sangat-sangat memahami perasaan menunggu sesuatu yang tak pasti tu. Dah boleh nyanyi lagu Aishiteru dah ni. Kenapa aku cakap sesuatu yang tak pasti? Sebab urutan nombor giliran kat PPUM sana tak penting pun. Dorang akan panggil mengikut keadaan pesakit.

Sementara menunggu mak aku diperiksa oleh doktor, aku pun bukak kitab kebosanan aku. Bukan kitab apa pun. Buku sudoku je. Haha. Sedang aku khusyuk menelaah sudoku ni, tiba-tiba aku rasa macam ada orang usha aku. Aku pon toleh.

“Saya pun suka gila dengan soduku ni.” Sambil tersenyum plus tersengih kat aku.
“Ohh”, aku senyum. Pastu aku sambung lagi, “Saya pun suka jugak.”
“Tadi saya lalu dah, tengok ada orang main sudoku. Saya pun tengok la kejap.” Sambung orang yang usha aku tadi.


Makcik ni memang suka tengok orang main sudoku jugak ke selain giler sudoku? Aku cakap dalam hati je. Haha.

Aku start main sudoku masa form 5 lagi. Tapi tak reti sangat main. Aku pun google-google cane nak main sudoku ni. Mula-mula main kat surat khabar je. Siap gunting lagi surat khabar tu berlubang empat segi. Dah pandai sikit aku carik kat tenet puzzle-puzzle sudoku. Last-last aku beli buku je. Senang!

Well..mainlah sudoku. Salah satu aktiviti yang boleh train otak korang disamping itu dapat mengurangkan kebosanan korang plus isi masa lapang korang sementara menunggu sesuatu yang tak pasti. Haha.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment