06 December 2011

Risiko sebagai juruwang

Salam semua.

Dah lama tak update blog. Balik-balik intro yang sama. ‘Dah lama tak update blog’. Haha.

**********
Ok, gaji dah boleh ambil

Supervisor kat tempat aku keje masa jadik cashier tu hantar mesej. Yes! Itu yang ditunggu-tunggu. Sebab dia dah pesan awal-awal dah. Nanti gaji dah keluar dia mesej aku.

Alhamdulillah, gaji pertama hasil usaha sendiri selama hidup kat muka bumi ni. Tapi tak boleh amik time tu jugak. Sebab incik ayah selalu balik dari surau lambat.

Tapi tadi lepas je incik ayah sampai rumah, aku terus menyuarakan hasrat aku.

“Ayah, jom keluar!” ceh! Macam ajak member-member sendiri je.
“Pergi mana?” tanya incik ayah. Baru je melangkah sebelah kaki masuk ke rumah.
“Amik gaji. Supervisor tu dah mesej dah.” Padahal semalam lagi dia dah mesej haha.
“Jom!” terus incik ayah keluar hidupkan balik enjin kereta yang belum sempat sejuk tu.

**********

Sebelum dapat gaji, supervisor aku ada bagi satu kertas A4. Dia tulis ‘Penyata Gaji’. Gila besar slip gaji. Haha.

Pendapatan (RM)
Gaji Pokok
230.77
Kerja Lebih Masa
52.79
Hari Cuti AM
46.15


Elaun (RM)
Elaun Jawatan (1)
57.69
Elaun Jawatan (2)
38.46


Potongan (RM)
Kekurangan Wang Tunai
73.45


JUMLAH
425.86
JUMLAH TOLAKAN
73.45
JUMLAH BERSIH
352.41

Aku rasa untuk 2 minggu, agak banyak jugak la gaji yang aku dapat kalau tak dek shot. Kat bawah sekali slip gaji aku ada nota. Kat situ dia state bila masa aku kekurangan duit masa jage kaunter. Masa aku start keje and masa aku kena tukar jaga kaunter nombor 1 pulak.

Kaunter nombor 1 ni renyah sikit keje dia. Aku kena jaga tiket bas transnasional, orang bayar bil-bil Astro, Celcom, Maxis, lepas tu yang nak topup TuneTalk, U Mobile, tu belum lagi pelanggan-pelanggan yang nak topup kad debit lagi. Nak layan customer yang tengah beratur beli barang, nak isi minyak ape semua. Nasib baik aku bukan jenis kelam-kabut.


Buat siapa-siapa yang quick learner, kebarangkalian korang nak buat silap tu adalah rendah. Tapi kalau yang dah kene train 3, 4 bulan tapi asyik buat silap jugak.. korang memang tak digalakkan untuk memohon jawatan tu la. Kalau yang jenis tegar jugak, teruskan. Tak salah pun.

Well, itulah risiko jadik cashier. Kalau kekurangan wang.. and dorang tak dapat carik mana duit tu hilang, dorang akan potong gaji kita.

p/s: Kenapa aku berhenti? Baca kat sini =D
p/s lagi : sumber gambar dari blog Cik Hanis. Aku suka entri-entri dia yang berkaitan dengan keje dia. Haha.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment