27 November 2011

Pemanduan yang serius

Salam semua.

Sekali baca tajuk entri ni, macam pelik je ayat dia. Tapi kalau baca banyak-banyak kali, ok kot tajuk entri ni. Tak pe, abaikan saja. Haha.

Aku nak cerita sikit pengalaman aku dalam bab-bab bawak kereta ni. First time secara rasminya aku bawak kereta sehari sebelum hari konvokesyen aku. Secara rasmi di sini membawa maksud tanpa kehadiran ayah aku sebagai co-driver. Senang cakap dia tak dek kat sebelah aku masa aku bawak kereta la.

Banyak kali aku dok termenung, merenung siling tiap-tiap malam sebelum tidur, memikirkan kelebihan dan kekurangan, pro dan kontra bila mana penting ke aku bawak kereta masa hari konvokesyen nanti. Nak drive ke U, kurang keyakinan sangat. Kalau tak drive, nanti susah pulak nak ke mana-mana. Finally, aku mengambil keputusan untuk memandu dari rumah ke U.


            “Nanti bawak kereta sorang je ke?” Incik ayah memecahkan kesunyian.
“Berani ke bawak sorang-sorang? Tahu ke jalan nak ke sana?” Tanya si puan emak pulak.
“Apa pulak tak tahu jalan? Lebuhraya straight je sampai Bangi tu,” celah incik ayah.
“Nanti balik sana dengan Sai,” aku menyambung.
“Esok dia datang sini, nanti balik sama la. Dia kata nak cari baju konvo sekali.” Panjang lebar explanation aku.
“Pandai carik kawan,” Kata incik ayah.
“Biasalah.. tengok orang lah.”

Tibalah hari kejadian. Masa tu hari Ahad. Aku konvo hari Isnin. Perasaan aku masa tu, I’m quite nervous you know. Sebabnya, aku bertanggungjawab untuk nyawa orang lain, bukan nyawa aku sorang je. Beside that jugak, aku kene tunjukkan keyakinan yang tinggi masa drive and supaya jugak kawan aku rasa selamat dengan cara memandu aku.

Well, sepanjang perjalanan tu.. ada la jugak 2, 3 kali aku kene hon dengan kereta lain. Skill nak memotong, nak masuk ke kiri, ke kanan and so on still lagi dalam proses. Ayah aku sendiri cakap, skill memandu ni kena develop. Bukan tengok kereta je, dah boleh bertambah skill. And yurp! Aku sangat nervous sebab ada kawan aku kat sebelah. Alhamdulillah, sejam kemudian.. sampai juga ke destinasi.


Sepanjang aku uruskan hal-hal yang berkaitan dengan konvo, aku stay rumah Sai. Lepas rehat jap beberapa jam kat rumah Sai, aku ajak dia gi Putrajaya. Salah satunya sebab nak develop skill memandu aku. Waktu tu area Putrajaya lengang lagi. Kereta pun tak banyak. So far, ok sikit da la. Confident pun bertambah. Dah alang-alang tu, kitorang singgah kat rumah ada sorang member ni kat Putrajaya.

Masa nak balik hari Selasa tu, Sai temankan aku drive jugak. Lepas keluar dari tol Bangi, ada ke aku pergi amik highway nak ke Nilai. Padahal dah terang-terang signboard Kuala Lumpur ke sebelah kanan. Time ni memang aku dah cuak sangat-sangat. Pikiran serabut. Macam-macam aku pikir. Nak nanges pun ada. Tak pasal-pasal Sai terpaksa dengar bebelan, rungutan, keluhan aku. Tapi aku kena teruskan jugak drive. Keluar kat tol Bukit Mahkota pahtu patah balik gi KL. Fuhh!


**********

Almost 2 minggu lepas konvokesyen, aku dipanggil untuk interview kat U. Sekali lagi aku drive ke sana. Memang aku nak drive pun tapi kali ni aku drive sorang-sorang. Sebab tempat interview tu, bas U memang tak lalu situ. Nak menapak ke sana memang jauh gila la kan. Boleh lenjun ketiak. Yang sedihnya, interview pukul 2.30pm. And ramai pulak calon untuk sesi kali ni, memang habis lambat la. Aku dah menjangkakan yang balik nanti mesti jalan jem. Kompem!

Masa aku drive nak pulang, sekali lagi aku tersalah jalan. Padahal dah elok dah aku amik jalan yang menghala ke Lebuhraya Persekutuan. Ntah nape tiba-tiba gatal plak tangan ni bagi signal ke kanan menghala ke Pusat Bandaraya. Nak kata aku berangan masa memandu, tak jugak. Aku pun teruskan perjalanan tanpa hala tuju. Follow je la mana-mana kereta. Ceh! Macam tak reti baca signboard je kan.


Aku mesej Sai.

                “Salah masuk jalan ni. Pergi Pusat Bandaraya pulak.”
                “Hah? Macam mana boleh salah? Tak pe.. follow je signboard Jalan Parlimen”

Masa tu memang tak nampak lagi la signboard Jalan Parlimen. Aku follow je signboard menghala ke Pusat Bandaraya. Kalau orang lain mesti dah cuak kan? drive sorang-sorang, tak tahu jalan lepas tu salah amik jalan. Tapi aku tak. Aku boleh merasakan suatu ketenangan masa tu. Masa tu memang aku drive je la ikut kereta lain. Sambil-sambil tu mata aku ada jugak menjeling carik signboard.
Dari jauh aku dah nampak Istana Budaya yang dekat dengan HKL tu. Aku rasa nak je terbang ke sana. Tapi kereta tu bukan boleh terbang pon. Aku lalu Hospital Prince Court, lalu Perpustakaan Negara, lalu Hospital Pusrawi, lalu IJN, Alhamdulillah sampai jugak ke Bulatan Pahang. Sangat familiar jalan tu bagi aku sebab sebelum ni aku buat praktikal kat HKL. And last sekali, aku amik Lebuhraya Duke. Nak cepat sampai rumah. Dah maghrib dah time tu.


**********
Apa yang aku nak simpulkan perasaan aku kat sini, orang yang duduk kat sebelah aku masa aku memandu boleh buat fokus memandu aku terganggu sikit.

                “Serius je muka bawak kereta. Cuba senyum sikit,” tegur kawan aku. Time ni aku buat-buat tak wujud je kehadiran kawan aku tu.

Situasi memandu ada member kat sebelah dengan memandu sorang-sorang boleh bagi impak yang besar pada aku. And aku dah alami kedua-dua situasi tu. Bagi aku, drive sorang-sorang lebih menambahkan lagi fokus aku kat jalan raya.


Masa latihan memandu dulu, time cikgu memandu suruh member aku ni dok sebelah.. apa yang aku buat semua fail. Bukit, parking, tiga penjuru, semua serba tak kena. Walaupun aku tak rasa yang kawan aku tu mengganggu, tapi memang serba tak kena la. Last-last dia offer diri nak keluar dari kereta. Haha.

And lagi satu, masa aku jadik co-driver kawan aku, kunun-kunun je la kan.. aku terpaksa menadah telinga mendengar keluhan, kegelisahan, rungutan dan segala macam an an la kan belakang dia tu masa dia nervous bawak kereta. Lepas tu salah amik jalan, tak tahu jalan keluar, nampak orang eksiden, almost amik jalan nak ke JB.. tahan je la kan. Haha.

And semalam pulak, masa aku pergi pasar malam dengan abang aku.. ada satu kereta ni meluncur je keluar dari simpang. Kalau tak silap aku, dorang dekat sebelah kiri kereta, kira macam amik line kedua la. Yang kereta kat line pertama tu nak keluar, tapi tak jadi sebab ada kereta yang abang aku bawak tapi kereta yang line kedua tu selamba je keluar.

Dia tak nampak kereta yang abang aku bawak. Sebabnya? Dia tengah dok sebok rancak berborak dengan orang sebelah. Bergema panjang la bunyik hon dari abang aku. Almost berlanggar.


Walau korang memandu dengan macam-macam style pun, jangan sampai hilang fokus dengan keadaan sekeliling. Ingat senang ke bawak kereta. Semua anggota.. mata, tangan, telinga kena alert tahu! Berhati-hati semasa memandu.

Sekian!

p/s: Macam mana nak ingat orang tersayang? Pakailah tali pinggang keledar.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

Saifad Effa said...

hati-hati bawak kete.jgn siyes sgt! ;p btw,ur driving skill is better than me,i think!

nadeafu chan said...

@ Saifad Effa : haha mesti nak serius je..kadang2 sampai kering tekak..well yg tu opkos la skill i lagi better. da sampai mana dah drive hehe

Post a Comment