17 November 2011

Hidup berjiran kalau tak dengki tak sah

Salam semua.

Seingat aku masa kecik-kecik dulu, mak ayah selalu berpesan.. hidup berjiran ni kena saling tolong-menolong antara satu sama lain. Situasi di mana jiran diperlukan contoh seperti.. time nak balik kampung mesti tinggalkan kunci rumah kat jiran.. mintak tolong tengok-tengokkan rumah masa kitorang tak dek.

Masa belajar kat sekolah dulu pun, cikgu cakap kita kena buat baik dengan 40 jiran di kiri, kanan, depan, belakang rumah kita. Tapi aku rasa aku kenal 4, 5 bijik rumah jiran yang ada kat kiri, kanan, depan dengan belakang je kot. Lagi pulak dah besar-besar ni, mana nak bertandang sangat rumah jiran-jiran. Haha.

Ok, lupakan! Aku nak cerita pasal ada jiran yang buat onar dekat kereta ayah aku. Dia pergi cucuk tayar kereta ayah aku dengan paku. Tiga batang paku pulak tu! Sebabnya? Dia tak bagi kot ayah aku parking kereta kat bangsal tu. Aku rasa lah.

bangsal puaka! haha

Aku tak tahu sangat story pasal bangsal kereta ni. Bukan bangsal sebenarnya. Parking kereta berbumbung la kot. Tanah tu sebenarnya tanah orang lain. Tanah jiran sebelah jiran aku. Paham? Haha. Jiran aku ni yang buat bangsal kereta tu.

Tujuan asal dia buat bangsal tu untuk orang masak-masak masa kenduri kahwin anak perempuan dia. Kenduri kahwin dah abes, so sekarang buat tempat parking kereta. Kadang-kadang aku selalu gaduh dengan ayah aku. Tak dek lah gaduh sampai bertumbuk ke ape. Perang mulut je la. Mak aku pun kadang-kadang amik port jugak bila cakap pasal tempat parking tu.


“Sesekali kita parking kat rumah la Persona tu”. Setiap kali lalu kat depan bangsal tu mesti ayah aku ulang ayat yang sama je. Persona tu pun memang tersadai kat tempat yang sama je.
“Biar je lah. Bukan tanah dia (jiran aku) pun”. Saje aku nak provok incik ayah ni.
“Yelah.. sesekali bagi la anak dia parking sini pulak”.
“Laa.. bukan tanah dia pun. Yang dia buat bangsal kat tanah orang lain apesal?”

Persona tu akak ipar aku yang bawak pergi kerja. Sekarang dia tengah cuti bersalin. So, Persona tu pun ‘cuti’ jugak la. Kadang-kadang je bawak kalau nak pergi ke mana-mana.. ramai-ramai satu family.

Ada satu hari tu, tayar Persona tu tiba-tiba nampak macam pancit sikit. Incik ayah pun pergilah pam angin kat stesen minyak BHP. Petang tu tengok tayar tu kempis balik. Heran dibuatnya. Incik ayah pun pergi kedai tayar Michelin kat depan tu. Kununnya nak tampal ke ape ke la kan.

sekadar gambar hiasan je

“Bang, tak boleh tampal la. Kena tukar ni tiub dia”.
“Yeke? Memang tak boleh ke?”
“Ini macam kena cucuk dengan paku je”. Sambil si pomen tu usha-usha tayar Persona. Lepas tu dia siap tunjuk lagi tiub yang bocor tu kat sebelah tepi tayar. Bukan kat tengah-tengah.

Korang rasa logik tak kalau tayar kereta yang kena paku masa kita drive boleh terkena kat sebelah tepi tayar, bukan dekat tengah-tengah permukaan tayar? Aku rasa ada je jiran-jiran yang nampak siapa yang buat, tapi dorang takkan cakap. Kata ‘hidup berjiran’ kan. Hampeh!

Sekarang, Pesona tu parking kat rumah. Siap balut lagi dengan kain. Sebab memang tak dek sape pakai pun. Aku pun tak berani nak bawak kereta besar ni. Selalu aku hentam Kelisa je. Tapi siang-siang Kelisa tak dek kat rumah. Memang tak ke mana la aku.

kalau menghantar isteri jiran yang nak beranak..
memang belum pernah berlaku lagi la dalam sejarah hidup berjiran

Kembali pada persoalan. Itu ke namanya hidup berjiran? Tapi tu la.. time susah baru carik family aku. Time senang sedap je buat onar dengan family aku. Lagi-lagi incik ayah. Dia tak pernah kesah nak tolong jiran. Even jiran tu pernah buat taik kat ayah aku, dia tetap menghulurkan tenaga, khidmat dan bantuan kalau diperlukan.

p/s : Nak buat rumah kat dalam hutan pun tak boleh jugak kan. Sabar je lah


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

5 comments:

AcidFlynN Wraith said...

ye betol tu. jiran sebelah kiri rumah aku india, sebelah kanan umah kosong corner lot, sebelah depan ada india, chinese, india, india, sebelah belakang, india, chinese, chinese, vietnam. hahahah

nadeafu chan said...

AcidFlynN Wraith : untunglah kan dapat berjiran dengan pelbagai bangsa..baru betol namanya 1Malaysia hehe

AcidFlynN Wraith said...

yeahh betol tu. hehehe

nAdrz'R Rapi'e said...

perghhh...sampai mcm uh skali kot...memang moral kureng betol...maklom ar...owg g skola, depa p cc or pekan...duk umah menyusahkan mak bapak n jiran...huh

nadeafu chan said...

@ nAdrz'R Rapi'e : biar lah dorang..yang penting jaga diri masing2..jangan malukan mak ayah

Post a Comment