14 November 2011

Cerita pasal batuk

Salam semua.

Dah lama tak update blog. Hari ni ada mood pulak nak mengetuk-ngetuk papan kekunci.

Minggu lepas aku demam. Alhamdulillah.. panas badan tu berjaya diturunkan dengan cepat la jugak. Selalu kalau demam mesti ada batuk-batuk dengan selsema sekali. Memang tak boleh dipisahkan la tiga serangkai ni. And now, batuk pulak tak berkurang. Makin teruk rasanya.

Batuk berkahak dengan batuk kering, mana korang lagi prefer? Haha. Yang pastinya, dua-dua aku tak suka. Siapa je suka dengan batuk? Sejak demam and until now, batuk aku tak hilang-hilang lagi. Perit tekak bila batuk nak-nak pulak yang tak henti-henti ni. Aku pun google la macam mana nak kurangkan batuk. Kalau nak hilangkan batuk terus macam mustahil je la kan.


Ada satu dua petua je yang aku follow sebab aku rasa macam simple. Actually, memang simple pun. Hehe.

1.       Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam.
2.       Makan satu sudu perahan limau nipis yang dicampur dengan kicap.

Limau nipis campur kicap tu agak-agak korang rasa dia macam mana? Haha. Mula-mula pun aku macam ragu-ragu jugak la. Tapi bila dah makan, rasa dia macam makan mempelam cicah dengan gula. Masam-masam manis la. Sedap!

Salah satu batuk tak berkurang sebab duduk dalam tempat berekon. No wonder batuk aku makin menjadi-jadi plus teruk bila aku kat tempat kerja. Kat rumah ok je. Tak dek lah hilang terus kan.. tapi berkuranglah jugak.

Sekarang aku dah berhenti kerja sebab kesihatan aku yang kurang memuaskan. Baru kerja dua minggu dah berhenti. Haha. Tapi aku memang nak berhenti pun. Kesian kat mak aku tak dek kawan nak gaduh. Hehe.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment