19 October 2011

Selamat Tinggal | 9 Fantasi Cinta

Salam dan selamat sejahtera semua.

Cinta sememangnya memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Namun, berkorban pun biarlah berpada-pada. Kalau nak bersabar pun, masing-masing ada hadnya. Kalau dah sudah terang dengan torchlight lagi bersuluh dengan spotlight laki yang kau tergila-gilakan tu bukan yang terbaik, kenapa still nak stay lagi?

Kalau setakat bercinta berdasarkan tidak sampai hati dan simpati, lu pikirlah sendiri. Walau apa-apa pun yang korang buat, pikirlah pasal diri sendiri dulu. Kalau bukan korang yang sayang diri korang, siapa lagi? Silalah lah blah dari konflik ni. Tak baik untuk kesihatan diri.

Sampai bila nak pujuk diri dengan kata-kata yang akhirnya menjerat diri korang sendiri? Kalau korang rasa laki tu adalah yang terbaik, dia tak kan sesaat pun nak sakitkan hati korang. Percayalah! Hentikan semua ilusi tu. Peganglah pada satu prinsip yang akhirnya akan membahagiakan korang jugak, dengan izin Dia.

Laki yang bijak main dengan kata-kata sudah semestinya boleh menjadi super duper baik. What the hell? Of course la kan. semua benda dibuat secara teratur supaya korang sikit pun tak dek syak wasangka dengan beliau. So, say to yourself kebaikan yang dia buat bukan untuk korang. Malah untuk kepentingan dia semata-mata je. Boleh jalan lah!

Pegang pada prinsip :
Aku layak untuk disayangi. Pasti akan ada lelaki lain yang akan menyayangi aku lebih baik dari dia

Jangan mimpi la korang nak ubah sikap laki korang tu apatah lagi dah sah-sah yang dia memang tak nak berubah dan tak kan berubah. Ini yang dikatakan ilusi yang melampau. Setiap orang boleh berubah. Tapi dengan kehendak diri dia sendiri. Bukan sebab kehendak orang lain. Sumpah korang kene tipu kalau laki jenis macam tu cakap hanya korang je yang boleh ubah dia.

Pegang pada prinsip :
Aku tidak akan menunggu dia terlalu lama sampai berubah. Waktuku terlalu berharga dihabiskan hanya untuk menunggunya

Bahagia ke? Sekarang ni mungkin bahagia, untuk saat ni je. Esok, lusa, tulat belum tentu lagi dijamin kebahagiaan tu. Bagi korang, selagi tangan dia tak naik, kaki dia tak melayang masih lagi boleh bertahan. Tapi jaga-jaga sikit, dia pasti akan menyeksa mental dan tak mustahil satu hari nanti dia akan menyeksa fizikal plak. Lagi-lagi bila korang tak tunaikan permintaan dan keinginan dia. Siapa tahu kan?

Pegang pada prinsip :
Suatu masa nanti dia pasti akan menyakiti aku sepertimana yang dilakukannya pada orang lain sebelum ini

Korang rasa dialah segala-galanya. Dialah dunia korang, dialah akhirat korang. Cilaka apa? Nampak beno nipunya. Manada orang yang sempurna dalam dunia ni? Biar pun dia dah banyak sakitkan hati korang, tapi sebab di mata korang dialah yang paling perfect.. korang sanggup terus bersabar. Kamonlah, tak payah nak merendah diri sangat. Korang pun cukup sempurna jugak untuk memiliki lelaki yang sempurna.

Pegang pada prinsip :
Aku yakin boleh dapat lelaki yang lebih baik dari dia

Yes! Betul! Aku setuju. Peluang memang ada banyak kali. Bukan sekali, bukan dua kali. Tapi peluang yang kedua, ketiga, keempat da so on tidak akan sama dengan peluang pertama. Tapi kena pikir jugak, kesian kan lah kat diri korang tu. Kenapa mesti nak berkorban dan menjerat diri? Cinta untuk dinikmati, bukan untuk ditangisi. Beri peluang kedua dengan hanya berkawan dan menjadi pendengar kepada masalah dia je, bukan dengan menjalinkan special relationship. Itu bullshit!

Pegang pada prinsip :
Dia boleh dapat peluang kedua tapi bukan dengan aku

Ayat ni lah yang membuatkan korang terperangkap dengan cinta boya darat. Tak payah lah nak terima kekurangan tu kalau ianya sesuatu yang merugikan korang. Kalau kekurangan setakat bangun pagi lambat, suka tidur, itu masih boleh diterima lagi. Kalau yang jenis nak-nak yang kaki perempuan, apa cerita? Pokok pangkalnya, jangan nak susahkan diri korang.

Pegang pada prinsip :
Kalau kekurangan itu hanya menyakitkan aku, lebih baik berpisah

Untunglah dapat laki yang boleh sayang korang, boleh ikut ape je yang korang tetapkan untuk dia. Tapi jangan over confident sangat lah kan. kalau dah laki tu jenis memang liar tahap gaban, bukan senang nak jinakkan dia. Kalau macam ni lah, hasilnya akan sentiasa menghampakan korang lebih-lebih lagi bila korang je yang berterus-terusan berkorban untuk dia. Pui lah!

Pegang pada prinsip :
Andai kamu boleh menyakiti hati orang lain, kenapa tidak dengan aku

Korang anggap sajalah semua benda yang korang kongsikan bersama dengan dia sebagai hadiah buat kenang-kenangan kat dia. Kalau dah namanya hadiah, sepatutnya diberikan secara ikhlas, tulus dan mulus lahir dari hati. Tak rugi pun kalau mintak clash dengan dia. Korang rugi bila korang tetap bertahan lagi dengan dia.

Pegang pada prinsip :
Pengorbanan aku untuk dia cukup sampai di sini

Aku dah muak dengar alasan yang jenis macam ni. Nak-nak pulak yang first love kan? Sudah lah! Korang tak pernah nak kenal dengan laki lain, mana korang tahu tak dek orang boleh gantikan tempat dia? Bukaklah pintu hati korang tu luas-luas. Banyak lagi pintu kat depan korang. Jangan hanya memandang pada satu pintu je, lagi pulak pintu yang belakang tu. Dunia ini terlalu luas untuk diterokai.

Pegang pada prinsip :
Aku masih muda. Masih banyak kesempatan untuk mencuba berkenalan dengan lelaki lain

p/s : Walaupun cinta itu tak dek mata, tapi ia tetap boleh membutakan manusia samada bermata dua atau bermata empat. Haha.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment